Tapi yang buat aku terfikir balik, betul ke aku sibuk? kalau sibuk mana hasilnya? hari - hari aku rasa tak sempat nak buat itu ini tapi aku tak nampak hasilnya pun. nak kata assignment siap, siap la jugak tapi ada yang kantoi.
Nak kata sibuk buat revision, tak jugak, tutor pun banyak tak siap. nak kata projek? tunggang langgang.
So, apa yang buat aku sibuk? nak kata aktiviti luar? tak jugak, tak amik masa study aku pun. dah tu kenapa aku rasa macam masa tak cukup jek? kenapa rasa macam tak sempat nak buat itu ini?
mungkin sebab banyak masa aku dibuang kerana menunggu. menunggu itu, menunggu ini. tunggu bas, member nak pergi kelas, tunggu waktu class start, tunggu member nak kumpul buat report sama - sama. tunggu turn nak mandi, tunggu laptop nak sembuh, tunggu waktu sesuai nak buat kerja, tunggu... arghhhh....!!!!
Boleh tension aku dibuatnya.
Exam dah nak dekat, lagi seminggu jek lagi, tapi aku rasa macam tak tau apa - apa. rasa kosong jek. takut tu jangan cerita la. memang takut giler.
sampai aku terfikir apa yang aku belajar sem ni? kenapa aku rasa kosong sangat? Sem ni aku rasa paling worst kot sebab betul memang aku kosong, tak tau apa - apa. takut sangat, exam dah nak dekat nie.
Pedih rasanya bila kita sedar yang kita mula rasa tak berguna pada diri sendiri.
rasa sedih bila tak dapat buat yang terbaik untuk diri kita sendiri, apatah lagi kepada orang lain.
tu yang aku rasa sekarang, even aku rasa lebih teruk kot.
Kepada orang yang berkenaan, thanks a lot sebab beri sokongan yang amat baik kepada aku. kepada yang lain aku nak minta maaf kalau ada salah silap, aku tau aku dah jadi parasit kat kumpulan korang, aku dah jadi orang paling malas sem ni. aku tak nak jadi macam ni tapi disebabkan kelemahan aku maka jadi jugak masalah nie, maaf bebanyak. tolong maafkan aku sebab aku nak jawab soalan dengan tenang.
Doakan kejayaan kita bersama ok.
Banyak yang aku nak cakap sebenarnya tapi bila tangan dah gatal nak menaip, ilham pulak nak relaks, semua yang aku ingat sebelum ni dah lupa balik. mungkin ada sebab kenapa boleh tak ada idea nak tulis apa sekarang ni.
kepada yang dah mula boring dengan page aku boleh lari dari blog aku, jangan nak buang masa baca lagi ok.