Rabu, 29 Julai 2009

Dah lama dah

Kalau nak diikutkan aku tak nak cerita pasal perkara nie. sebab khuatir nanti orang cakap aku bangga diri atau riak. Sebab tak ramai orang terpilih untuk dapat “hidayah” macam nie. aku sendiri pun kalau cerita belum pasti lagi motif untuk apa. Sama ada nak bagi pengajaran atau sengaja nak bangga diri. Biarlah Allah sahaja yang tahu sama ada aku nie riak atau memang ikhlas nak bagi pengajaran kat korang. (alahai, ayat berhikmah la sangat, macam perasan je)

Bukan apa, sebenarnya aku nak cerita pasal Ijtimak. Aku tak tahu sama ada korang tahu atau tak pasal ijtimak nie. sebab aku pun baru kenal ijtimak nie beberapa minggu lepas. Honestly aku cakap, memang baru kenal pasal Ijtimak nie tak sampai sebulan. Korang nak cakap aku jahil? Nak cakap aku nie tak cukup ilmu? Atau nak label aku nie manusia akhir zaman? Suka hati la. tahu la korang dah kenal ijtimak nie lagi lama kan? walaupun aku baru kenal beberapa minggu lepas, aku tetap bersyukur tau. (ehem, lagi sekali, ayat macam baik je)

Tapi tu bukan apa yang aku nak cerita. Bukan nak cerita pasal dah lama kenal Ijtimak atau tak. Tapi nak cerita pasal pengalaman aku kat sana. Aku pun rasa pelik gak mula – mula tu. bukan apa. Aku tak pernah “keluar” 3 hari, 20 hari, sebulan, 4 bulan, setahun, and so on. Sebab aku nie jenis yang lemah sikit kalau hal – hal macam nie, tapi tak bermaksud aku anti tau. Biasalah, remaja konvensional, apa yang boleh korang expect. Tapi hari tu aku macam kena tarik jugak la dengan satu force. Padahal aku dah plan nak balik umah hujung minggu tu. last – last lain pulak jadinya. Tu la, manusia merancang, tuhan menentukan.

cerita dia macam nie, aku memang dah nak balik dah. tapi disebabkan tak de fulus, tengok wallet pulak “tiba – tibak” kering, so aku pinjam la kat member lain. Disebabkan aku meminjam orang lain, so aku kena la ikut syaratnya. Nak tahu apa? Of course la kena ikut pergi IJtimak, nak tak nak pergi je la. Tapi aku pergi bukan sebab terpaksa. Sebab aku terfikir jugak, masa nie la nak timba ilmu sampingan. Bila lagi, kan? Am I right?

Yes, you are right! Dari situlah aku diberi keizinan dariNya untuk ikut dorang pergi kat kuarters KLIA kat Nilai. Malam jumaat lepas isyak siap – siap lepas tu kumpul kat surau. Then lepas pukul sebelas lebih baru bas sampai. Dalam pukul 1 lebih baru sampai Nilai. Err, Ijtimak tu bukan hari start khamis (9/7/2009) ke? Memang la tapi kitorang ada kekangan kelas, tak kan nak ponteng pulak. So, jumaat malam je la yang boleh.

Ok, berbalik pada plot cerita (cewah). Kitorang sempat tidur dalam 4 jam je macam tu lah and then bangun pagi. Lepas tu tak yah cerita la ye. Rutin harian la, Cuma satu je tertinggal : Mandi. Memang tak boleh mandi masa tu sebab air terhad. Guna untuk wudhu’ dan istinjak je. Tapi aku tak mandi bukan sebab dah tahu tak boleh mandi tapi sebab ramai sangat orang. Tak biasa la mandi ramai – ramai.

Lepas subuh kitorang dengar bayan. Mula – mula aku tak tahu pulak apa tu bayan, (Nak panggil aku jahil lagi? Go On). Lepas tu baru lah dorang bagitahu. Macam mana nak cakap ek, pada pemahaman aku bayan nie macam tazkirah+ceramah+motivasi+tips+pesanan. Macam tu la. kalau salah bagitahu la ye. Banyak kali jugak la dengar bayan. Senang cerita bila lepas sembahyang je, ada bayan. Hari first tu mula macam rasa bosan gak la. tapi bila aku set balik Mind aku baru ok. Memang tak bosan kalau dengar betul – betul sebab apa yang Maulana sampai memang ada isi. Yang penting, lain dari apa yang biasa kita dengar. Tapi yang uniknya Maulana cakap dalam bahasa Urdhu kalau tak silap. Tapi nasib baik translator dia bagus. Bukan pandai terjemah je, tapi siap dengan intonasi sekali. Macam dorang pulak yang bagi bayan. Bagus – bagus.

Part yang paling best ialah time nak berhajat. Apsal? Sebab tandas super VIP. Tak pernah aku guna tandas macam tu. memang VIP sangat lah. Tak yah panjang – panjang la pasal tandas. Kang ada yang termuntah pulak. Apa yang penting aku nak bagitahu ialah aku Nampak satu hikmah bila guna tandas VIP tu :

Jangan membazir air – kita memang tak sedar yang kita memang dah banyak bazirkan air dan tak guna sepenuhnya. Mana tak nya, sedangkan air yang terhad pun boleh guna untuk istinjak dengan sempurna, ni kan pulak air yang sure boleh melimpah – limpah kat bilik air kita. berapa banyak air yang kita bazirkan (masa air tu melimpah)

Kena pandai gunakan keperluan yang minimum dengan maksimum – tak faham? Macam nie, senang cakap, gunakan benda yang sikit untuk banyak perkara. Sebagai contoh, aku amik air dalam botol besar. Pernah tak korang terfikir yang satu botol air boleh guna untuk wudhu, lepas tu basuh tangan, basuh muka? Mesti la pernah kan, tapi pernah aplikasikan? Jarang sekali, tak yah belagak, aku pun sama.

Jangan bangga dengan status korang – kat sini aku nampak semua orang sama. Yes, I admit it. Aku tak nampak member aku yang annoying, penyibuk, and so on. Lepas tu aku tak nampak YB, tengku, tan sri, dato’, i.r, siswa, budak sekolah, orang kaya, loaded, orang sederhana, orang miskin. Bukan sebab dorang takde, tapi sebab aku tak nampak. Aku nampak semua sama je, except yang aku kenal la sebab dah kenal. Maknanya, semua orang sama je bila berhadapan denganNya. Tu je point aku. ni baru kat Nilai. Belum lagi kat mekah nanti pergi umrah ke haji ke (InsyaAllah,akan datang, amin). Lagi banyak orang yang macam – macam jenis tapi kelihatan sama yang kita boleh nampak. Belum cerita pasal padang mahsyar pulak. Tak nak kau cerita, tak pandai sangat bab macam nie.

Banyak lagi sebenarnya yang aku nampak dan banyak jugak klu yang aku dapat dan perlu kaji. Tapi apa – apa pun, aku nak cakap. Kalau kita nak buat baik. Kat mana – mana pun jadi. Memang betul pepatah cakap : di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kat sini aku cuma berniat nak tambah lagi ilmu tu yang dapat ilmu tambahan. Maknanya, kalaulah awal – awal aku berniat nak dekatkan diri dengan Allah, agaknya lagi banyak aku dapat kot. Tapi takpe la. buat masa ni, nie je dulu rezeki aku kot. Ala macam yang sahabat beritahu masa dulu (Lebih kurang macam nie) :

“Kalaulah kamu berhijrah untuk mendapat keredhaan Allah, maka kamu akan mendapatkannya. Tetapi jika kamu berhijrah kerana untuk mengahwini orang di sana, maka kamu akan mendapat itu sahaja.”

Macam tu la bunyinya. Berbalik pada plot perjalanan aku sekali lagi. Ahad petang lepas zohor kitorang gerak dari khemah menuju ke bas, pe lagi, nak balik la. Masa nie aku nampak berduyun – duyun orang nak balik. Macam training untuk sae’i pun ada. ramai sangat. Boleh kata ramai gila la. korang yang baca surat khabar tahu la berapa ramai. Jomheboh pun tak ramai macam ni kot. Ada jugak yang tak nak balik dulu. Tapi kitorang memang kena balik sebab esoknya ada kuliah. Aku dengan sorang member nie pergi la cari bas. Punya la susah. Dah la jalan kaki, bas pulak parking jauh. Memang dugaan la masa tu. last- last kitorang jumpa jugak bas. Tapi masa tu sebenarnya kitorang dah tawakal je sebenarnya. Mana taknya, kitorang memang dah tak jumpa bas dah tapi member aku lagi sorang tu macam dah malas nak cari, so kitorang balik je kat khemah. Member – member kat khemah pandang kitorang dengan harapan ada la berita baik nak dengar . Aku pulak tak sampai hati nak cakap, so member aku yang sama – sama cari bas tadi buat la ayat. Bukan menipu tau. Dia cakap la yang kitorang semua gerak ramai – ramai dulu keluar dari khemah lepas tu tunggu kat parking luar. Bas tak boleh masuk dalam. (Sebab memang tak boleh masuk dalam). Semua pun ikut la kan cakap dia, tak lama lepas kitorang tunggu kat parking luar, tiba –tiba je aku nampak klinik yang jadi sign tempat bas tu parking. Terus kitorang bergegas kat bas tu and then jumpa terus naik. Memang macam tak percaya jugak la masa tu.

Sebab tu la aku cakap yang kalau ada kemahuan di situ ada jalan.

Dah, habis cerita. Nie pun macam cerita untuk pengalaman je, pengajarannya sikit je pun.

Tak pe la, biar kecil asalkan berhasil (Pernah dengar tak ayat nie?)

Aku sebenarnya dapat inspirasi nak tulis pasal benda ni pun sebab tergerak nak tulis. So tak kan nak biar terbang macam tu je, aku tulis la kat sini nie. tu pun lepas baca Hamka punya cerita

p/s : Aku masih belum tergerak nak “keluar”. Maknanya aku belum dapat kesannya ke?
frensicksignature

Tup tap tup tap

Dah masuk minggu ke empat aku kat sem baru nie. segalanya berjalan lancar. Ye la memang la lancar, sebab tu aku terkial – kial nak kejar.

Start dari minggu pertama lagi sebenarnya banyak gak la masalah yang agak remeh datang. Walaupun remeh, masalah tu agak mengganggu prestasi belajar aku gak la. (ceh ayat tak bleh blah). Tapi takpe, alah bisa tegal biasa. Lama – lama ok la kan. tapi tak tahu la bila nak ok.

Tengok macam sentiasa KO je. tu la, apa nak jadi, setiap kali awal sem je mesti ada masalah.
Masa – masa macam nie lah baru aku lapang sikit nak update. Tu pun kesian gak tengok ruangan nie. mana tak nya, dah bersawang dah. Tu belum masuk lagi error yang tiba – tiba occur kat tempat nie. ingat nak decorate la kejap kan masa online hari – hari lepas, tengok – tengok makin tak lawa jadinya. (Tu la, dulu masa kuliah belajar programming tidur je, sekarang kan dah susah). Tak pe la jugak. Kali nie biar aku kurangkan sikit “sampah” kat sini (rasanya dari hari tu lagi cakap nak bersihkan tapi tak jalan jugak).

Serius aku nak cakap yang sindrom Insomnia aku datang balik. Malam tak boleh lelap tapi siang terhegeh – hegeh nak datang mimpi yang indah (indah la sangat). Yang buat aku geram, time lecture tengah bercakap or bagi kuliah kat depan kelas time tu lah nak tersengguk – sengguk (atau terhangguk – hangguk). Masa nie lah nak apply lagu Ahli fiqir – Angguk – angguk geleng – geleng. Time lecture tengah pantau apa kitorang buat tak de lak macam tu. Dah la tak de rezeki duduk kat depan. Kat belakang jangan cerita la. aku rasa macam nak menyumpah je tapi nasib baik boleh kawal lagi. Tapi dalam hati tak yah cakap la ye. Paling bad aku rasa ialah bila dapat beli buku masa hari isnin minggu ke tiga. I said minggu ke TIGA. Tu pun buku latihan or buku untuk note je. Belum masuk yang lain. Buku reference belum beli lagi ye (ala, yang tebal – tebal tahap gaban tu dan harga yang boleh buat sakit kepala jugak la). Bayangkanlah macam mana lancarnya proses perjalanan P&P (Pengajaran dan Pembelajaran) aku nie. dah minggu ke tiga baru nak kemaskini senjata untuk berjuang. Eh, aku cakap pasal Insomnia kan? Tu la nak Tanya, macam mana nak rawat penyakit nie ek? Malas la nak cari kat internet. Terlalu banyak, dah la berfalsafah pulak. Ada ke patut info pasal medic nak tulis lawa – lawa sampai macam berpuisi?

Ada budak dapat masuk IPT, gembiranya. Tapi aku tak rasa sangat. Ye la sebab aku dah rasa dah. Agak tak gembira la sebab tak nampak sangat budak batch baru masuk. Semua nampak sama je. Tak tahu mana freshie mana direct entry dan mana senior. Except bila dorang pakai Name Tag dengan rantai baru, tak pun kalau ada yang pakai beg baru, warna ? Ungu Putih la apa lagi (Agak cantik jugak la berbanding batch aku tahun lepas).

Sem nie dapat amik koko. Ape tu? kokurikulum la. aku amik Kayak sebab kelab lain dah full. Yang belum full pulak macam suam – suam kuku je. Tak best langsung. Pada pandangan aku la. minat orang bukannya sama kan? ingatkan Kayak nie best la jugak. Tapi first impression aku tengok lagi tak best dari suam – suam kuku. Mana taknya, dah la aku sorang je budak 2BMCD yang masuk, ingatkan dorang masuk gak kayak, last – last tengok masuk kelab lain. Tak guna korang. Tambahan lagi dengan coach yang ala – ala tahu semua, dengan erti kata lain belagak. (Tapi memang dia tahu semua pun, pasal kayak la, bekas atlet Negara la katakan). Memang “heaven” la sangat. Tapi tak pe, kalau ada masalah aku mengeluh la dalam hati. Lantaklah, aku masuk kelab nie pun dah kira bagus, tolong penuhkan, tu pun tak reti bersyukur. Kalau tak disebabkan kuota, mimpilah nak masuk kelab nie. (Err, siapa yang tak reti bersyukur tu?). Straight to the point, aku tak suka coach yang berlagak tu. ingat dia sorang je yang pandai berkayak?

Sabtu lepas pergi kem, nama kem tu bukan main lagi : “Sejambak Kasih Pengikat Sayang”. Jiwang la pulak. Siapalah pilih nama macam tu. anywayz, walaupun satu hari je, ok la jugak. Ada jungle tracking, obstacle, river crossing, cheers competitions. Yang penting, tak bayar. Sebab kena paksa atas alasan sebagai ketua rumah, so kena pergi.

Ada orang cakap aku nie tak matang lagi. Sebabnya? Sebab aku suka cerita yang bukan – bukan. Ye ke? Rasa korang? Kalau budak perempuan cerita bukan – bukan boleh pulak ek? Alasan, dah memang jiwa dorang macam tu. hamlau… tau la korang tu “matured” habiskan, aku nie siapa la. cakap sikit je nak kritik, cakap sikit je nak label aku macam – macam. Kalau korang tu matured sangat pasal tak buat buku tulis macam nie : “cara – cara nak matang”

P/s : nak buat itu terhalang, nak buat ini terhalang, macam dah malas nak buat apa - apa…
frensicksignature

Isnin, 20 Julai 2009

Pukul 3 Pagi

“Pukul 3 Pagi… “

(Sila baca dengan nada seperti Allahyarham Tan Sri P ramlee dalam cerita Anak Bapak,maybe sebab aku dah lupa cerita apa. Tapi mesti korang ingat scene tu)

Bukan apa, aku cuma tak dapat tidur pertama kali dalam sem baru nie dan jam menunjukkan pukul 3 pagi. Tu je. Tak tahu kenapa. (Padahal sakit perut yang buat kacau, tu je). Tapi takpe la,
memandangkan tengah tak ada kerja. Biar aku buat – buat sibuk.

Sebenarnya nak cerita sikit pasal sem baru nie. agak suam – suam kuku je bila first time sampai kat kolej kediaman. Haha, untuk pengetahuan korang semua, aku dah tak duduk Murni tau. Macam yang dijanjikan. Tapi bila sampai je kat Kolej Kediaman macam tak ada feel langsung.

Tak tahu kenapa. Hari pertama pergi kuliah macam biasa je. Tak macam sem 2 lepas. Bilik jangan cerita la, panas ya amat walaupun kipas dah ON sampai speed ke-5 (Tu pun nak merungut lagi, tak bersyukur, padahal rumah kat tingkat bawah je)

Rasa bosan pulak bila dah naik cuti nie, macam nak cuti lagi je. Padahal, masa minggu lepas nak sangat naik sem cepat – cepat. Tapi bila dah naik, macam nie pulak ceritanya. (Perut tangah sakit lagi sekarang nie).

Beberapa kelas dah briefing. Nampak macam lebih susah dari sem lepas. Hehe, nampaknya kena usaha lebih la sem nie. banyak subjek yang boleh dikatakan tough la jugak. InsyaAllah, aku cuba yang terbaik, tak nak jadi macam sem lepas. Main – main je. Tapi sem ni pun macam main – main jugak lak

(Perut tengah berkeroncong lagi nie, bukan lapar ye)

FAKULTI KAMI…!!!

Nak tengok fakulti kami? Nak lihat betapa cantiknya fakulti kami? Lihat bawah


Lawa tak? Tu lah, bukan niat nak mengutuk atau mengeluh., kalau nak tahu ceritanya, tunggu lain hari. Tu pun kalau aku nak cerita.
Sampai di sini dulu…

p/s : dah duduk sebelah blok dengan awek MMU yang selalu mesej, tapi sampai sekarang tak jumpa – jumpa. Hamlau… (Psst, jangan bagitahu sesiapa!)
frensicksignature

Khamis, 16 Julai 2009

Aku Tau

Aku tau dah bersawang dah tempat nie...
tak pe lain kali aku bersihkan..
siapa yang dah bosan, jangan tambahkan lagi bosan korang...
frensicksignature

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails