Memaparkan catatan dengan label Perumpamaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perumpamaan. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Mei 2011

Terlalu Banyak Perumpamaan | Tekanan





Tekanan bukanlah perkara yang baik kalau diinterpretasikan dalam kehidupan sehairan kita.
Siapalah yang nak kan tekanan dalam hidup mereka. Walaupun ada yang cakap tanpa tekanan, manusia tak kan berubah. Tapi, tekanan yang macam mana?

Carbon kalau diberi tekanan yang tinggi akan menjadi Grafit. Akan tetapi apabila menerima tekanan yang lagi tinggi akan menjadi Berlian? Betulkan?
Tapi antara Grafit dengan berlian, mana lagi banyak dekat bumi nie? Fikirkan sendiri.



Berbalik pada soal tekanan. Dari segi sains, tekanan akan tinggi apabila ruang atau luas permukaan rendah atau nilanya kecil tetapi rendah apabila luas permukaan tinggi.


Tahu kenapa Daya dalam istilah sains dipanggil 'Force'? Sebab ia lebih kurang sama dengan paksaan. Nanti akan dibincangkan kenapa daya dipanggil 'Force'. Macam biasalah, kalau ada masa, kalau aku tak lupa dan kalau aku tak malas. Sekarang kita bincang pasal tekanan dahulu. berbalik kepada tekanan lagi, Dari segi sains, tekanan akan tinggi apabila ruang atau luas permukaan rendah atau nilanya kecil tetapi rendah apabila luas permukaan tinggi. Begitu juga dengan kehidupan kita.

Jadi bagaimana nak atasi tekanan?

Yang pertama ialah kita perlu lapangkan hati kita. Lapangkan dada supaya tidak mudah putus asa dengan apa yang terjadi, walau seberat manapun tekanan yang kita hadapi itu. Banyak cara untuk kita lapangkan hati kita, kalau nak senang cari je kat internet, memang banyak.

Yang kedua ialah kita perlu luaskan pemikiran kita supaya tidak sempit dan tidak tertekan dengan keadaan sekeliling kita.

Salah satu cara nak luaskan pemikiran kita ialah dengan berjalan, bersiar, melancong untuk lebih tinggi tahapnya. Kalau kita sebagai student, cukup sekadar berjalan - jalan bersiar. Sebagai contoh berjogging, bermain futsal, beriadah, melawat tempat - tempat berfaedah, tak kira mana jua asalkan berjalan dan tidak melakukan perkara yang tidak sihat.
Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan Luas pemandangan."

Pernah dengar cerita "Hati Sebesar Cawan Dan Hati Sebesar Kolam"?
cerita nie memang berkait rapat dengan perumpamaan yang dibincangkan.

Ceritanya macam nie:

"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.

"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.

"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.

Sumber Cerita : ILuvIslam
frensicksignature

Ahad, 27 Mac 2011

Terlalu Banyak Perumpamaan | Kerja


Kalau kita bekerja adakah sudah memadai untuk dikatakan kerja?

Agak pelik soalan tu kan? Tapi itulah soalan yang aku nak tanya pada semua, adakah kita dianggap telah melakukan suatu kerja itu walaupun tiada hasil?

Secara rawaknya : Ya,
Secara faktanya: Tidak

kenapa?

kita lihat perumpamaan yang diberikan dahulu. perumpamaan bukan la semula jadi tapi adalah buatan manusia iaitu manusia sendiri prinsip ini ke atas hukum alam yang semulajadi. apa perumpamaan yang berkaitan tu? lihat bawah:



di dalam hukum fizik, sesuatu kerja itu berlaku apabila ada daya (Force) dan juga jarak atau sesaran (Distance). jika tiada keduanya maka kerja tidak akan berlaku.

Begitulah jua juga dengan dunia tempat kita duduki nie. Kita tak akan dianggap melakukan kerja jika tidak ada daya dan juga sesaran. Sesaran jika diterjemah ke dalam bahasa kehidupan seharian ialah sama dengan hasil, HASIL!.

Kerja kita tak akan diiktiraf jika tidak mempunyai hasil. itu adalah fakta yang sukar nak dipertikaikan tapi itulah dia. yang menyatakan prinsip nie dalam hukum fizik adalah manusia dan yang menyatakannya dalam kehidupan seharian ialah manusia juga.







Fikir - fikirkanlah










frensicksignature

Isnin, 14 Februari 2011

Terlalu Banyak Perumpamaan | Geseran


Kalau ada sesiapa yang amik mata pelajaran fizik masa sekolah dulu mesti ingat akan perkara yang aku nak cakap kan nie.

Pada masa sebelum – belumnya yang mungkin dah begitu lama bagi aku (Dalam lingkungan berbulan juga la) aku jalankan rutin maya seperti biasa iaitu jalan – jalan cari blog. Dalam pada leka mencari blog dan membaca suapan terbaru, aku terbaca satu pandangan dari rakan satu kelas masa matrik dulu. Pandangannya tentang kebolehan kita untuk melakukan sesuatu perkara. Aku tertarik dan mula terfikir perkara yang lain yang mungkin bagi aku ada kaitan dengan artikelnya.

Ini artikelnya : sakeenahwanstosay

Bagi aku, apa yang ditulis dalam tu sedikit sebanyak masuk dalam konsep yang aku nak buat iaitu Terlalu Banyak Perumpamaan. Kali nie aku nak bincangkan tentang pekali geseran, (pekali geseran?)

Atau dalam bahasa orang putihnya : Coefficient Of Friction



Ada dua pekali geseran iaitu pekali geseran statik dan pekali geseran kinetik. Atau dalam bahasa orang putihnya sekali lagi dipanggil Coefficient of Statik Friction and Coefficiant of Kinetik friction. Tak tahulah betul ke salah apa yang aku tulis nie.

Apa perkara penting yang aku nak cakapkan ialah, kalau kita belajara tentang pekali nie kita akan dapat lihat bahawa nilai pekali geseran statik adalah lebih tinggi dari pekali geseran kinetik. Betul atau tidak? (Anda Tentukan, hehe)

Apabila sesuatu objek itu berada dalam keadaan statik, pekali geserannya adalah tinggi (disebabkan oleh pekali geseran statik) akan tetapi apabila objek itu dikenakan daya dan mula bergerak, pekali geserannya berkurangan (kerana telah bertukar kepada pekali geseran kinetik).




Sekarang cuba kita tukarkan pekali itu kepada halangan/sifat malas/cabaran?

Kemudian kita tukarkan daya itu kepada daya usaha?

Do you get the picture?


Macam tu la kalau dalam dunia sebenar. hendak memulakan sesuatu tu memang susah tetapi apabila kita dah memulakannya dan terus melakukannya dengan berterusan (boleh dipanggil secara komitmen atau konsisten atau secara istiqamah). halangan dan rintangan tu sedikit sebanyak akan berkurangan akhirnya.

Tapi kena ingat, bila kita hendak pastikan objek itu terus bergerak, kita terpaksa kenakan daya yang berterusan (Continuously) keatasnya, baru la ia boleh bergerak. Kerana ia masih mempunyai rintangan.

Macam itulah dalam hidup kita. Bila kita hendak terus maju dalam apa jua perkara dan terus menghadapi rintangan, kita hendaklah terus berdaya saing dan juga tak boleh berputus asa.


frensicksignature

Khamis, 15 Julai 2010

Terlalu Banyak Perumpamaan | Kebarangkalian Bahagian 1






Probability

Apa itu probability?

Apa itu kebarangkalian?

Barangkali kita tahu, barangkali kita tak tahu.

Probably we know, probably we not.

Tu je yang kita dapat jawab sendiri. Sebab kita sendiri tak tahu berapa ramai yang tahu tentang kebarangkalian. Sebab itu kita hanya boleh jawab barangkali, bukan pasti. Sebab kita tak tahu berapa ramai yang tahu perkara itu. Dan kita jugak tak tahu berapa ramai yang akan tahu. Diulangi, kita tak tahu berapa ramai yang AKAN tahu.

Akan, satu perkataan yang membawa maksud mendatang, yang bermaksud belum lagi terjadi tetapi barangkali terjadi dalam masa terdekat (atau jauh). Sebab itu digunakan perkataan “akan” sebab ia belum jadi.

Jika kita meramal perkara yang belum terjadi, ia adalah suatu perkara yang sangat bahaya. Kerana termasuk dalam perkara yang dilarang dan berdosa. Akan tetapi, kenapa kita belajar kebarangkalian dalam matematik? Bukankah apa yang dipelajari dalam bab kebarangkalian adalah suatu yang belum pasti terjadi? Sesuatu yang belum tentu terjadi. Kenapa kita belajar kebarangkalian?

Di dalam konsep kebarangkalian yang dipelajari sebagai subtopik dalam mata pelajaran matematik asas atau moden, ada beberapa kriteria yang diabaikan dan tidak diambil kira kerana sifat subjektifnya yang amat besar dan infiniti (Mungkin). Ini menyebabkan ia diabaikan dan menyebabkan orang yang bertanggungjawab mengkaji konsep kebarangkalian membenarkan ia dipelajari.

Sebagai contoh, dalam suatu eksperimen fizik, beberapa aspek perlu diabaikan kerana sifat subjektifnya dan sifatnya yang tidak boleh diukur (Immeasurable). Aspek yang tidak boleh diukur seperti inersia (inertia), yang hanya boleh ditentukan dengan kewujudan jisim dan pecutan. Tidak boleh diukur secara terus, contoh lain seperti rintangan angin ketika eksperimen pecutan buah epal ketika jatuh. Seperti jumlah daya geseran antara molekul – molekul ketika dikenakan daya mampatan atau regangan. Sifat seperti ini adakalanya diabaikan kerana terlalu kecil nilainya dan ada juga terlalu sukar untuk dikira. Sebab itu ia diabaikan (Neglected).
Begitu juga dengan pelajaran kebarangkalian, terdapat beberapa perkara yang diabaikan dalam mengambil kira keputusan sesuatu perkara. Sebagai contoh:

Jika terdapat dua biji bola merah dan kuning di dalam kotak, berapakah kebarangkalian bola merah diambil?

Tentu jawapannya 50% kan?

Kenapa? Sebab kita hanya mengambil kira jumlah bola yang terdapat dalam kotak itu. Kia tidak mengambil kira aspek lain seperti aspek minat si pengambil bola. Kita tidak mengira aspek lain seperti kewujudan bola luar.

Cuba lihat soalan ini pula :

Jika terdapat dua biji bola merah dan kuning di dalam kotak, berapakah kebarangkalian bola merah diambil? Si pengambil bola hanya dibenarkan untuk mengambil bola merah.

Jawapannya sudah tentu 100% bukan?

Bagaimana pula dengan ini :

Jika terdapat dua biji bola merah dan kuning di dalam kotak, berapakah kebarangkalian bola merah diambil? Si pengambil bola hanya dibenarkan untuk mengambil bola merah, tetapi dia minat akan bola kuning.

Bagaimana pula jawapannya?


Jawapan ditinggalkan untuk anda fikirkan





Maaf, perbincangan terpaksa ditangguhkan bahan tak cukup, kita sambung kelak...





frensicksignature

Ahad, 31 Januari 2010

Terlalu Banyak Perumpamaan | Rantaian Makanan

Bangau oh bangau kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, , ikan tak mahu timbul 2x

Ikan oh ikan, kenapa tak mahu timbul?
Macam mana aku tak nak timbul, rumput panjang sangat 2x

Rumput oh rumput kenapa panjang sangat?
Macam aku tak panjang, kerbau tak makan aku 2x

Kerbau oh kerbau, kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan, perut aku sakit 2x

Perut oh perut, kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah 2x

Nasi oh nasi, kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah 2x

Kayu oh kayu, kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah, hujan timpa aku 2x

Hujan oh hujan, kenapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa, katak panggil aku 2x

Katak oh katak, kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku 2x

Ular oh ular, kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan, memang makanan aku 2x


***


Pernah dengar pasal rantaian makanan? Atau rantai makanan? Kalau tak, pernah dengar lagu “bangau oh bangau”?

Mesti pernah kan? Lagu bangau oh bangau tu salah satu contoh paling senang nak faham tentang rantai makanan. Macam mana? Ok, aku bagi konklusi tentang lagu tu dari segi peta minda.

Macam ni: -

Bangau kurus sebab tak makan ikan, ikan tak timbul sebab rumput panjang, rumput panjang sebab kerbau tak makan rumput, kerbau tak makan rumput sebab sakit perut, perut sakit sebab makan nasi mentah sebelum tu, nasi mentah sebab tak boleh nak d masak kerana kayu api basah, kayu api basah sebab hujan, hujan turun sebab katak panggil, katak panggil hujan sebab takut ular nak makan. Dari segi gambaran pendeknya macam ni :

Bangau – Ikan – Rumput – Kerbau – Perut – Nasi – Kayu Api – Hujan – Katak – Ular

Atau sebenarnya bermula dari : -

Ular - Katak - Hujan - Kayu Api - Nasi - Perut - Kerbau - Rumput - Ikan –Bangau

Kalau ular tak cuba nak makan katak, tentu katak tak panggil hujan, tentu hujan tak turun. Kemudian tentu kayu api tak basah dan menyebabkan nasi tak boleh dimasak dan terus mentah sehingga dimakan oleh kerbau. Kemudian kerbau sakit perut dan tak lalu nak makan rumput menyebabkan rumput jadi panjang lalu ikan pun tak dapat nak naik ke permukaan. Ini menyebabkan bangau sukar nak makan ikan dan hasilnya, kurus la bangau tu.

So, apa point yang aku nak tunjukkan kat sini?

Cuba kita fikirkan, kalau la ular tu tak cuba nak makan katak, boleh tak bangau tu jadi kurus? Mungkin boleh mungkin tidak. Tapi dari segi logiknya, dan dari pandangan ruang lingkup cerita ni, sama sekali tidak kan?

Macam tu la dengan the real life kita. Tak kan boleh lari dari “rantai makanan” kita dengan orang lain.

Pernah tak kita terfikir orang yang hidup pada masa dahulu boleh menentukan hidup orang masa depan? Macam karut pun ada jugak kan? Baiklah kita amik satu contoh.

Seorang jurutera yang hebat telah membina sebuah kapal yang sangat hebat dan dijangka tak kan tenggelam. Namun, dalam perjalanan kapal itu yang pertama, ia telah melanggar bongkah ais dan akhirnya tenggelam. Kemudian beberapa tahun selepas itu muncul beberapa orang pengarah dan penerbit berminat untuk mengadaptasikan cerita tentang kapal yang hebat itu ke dalam filem mereka. Lalu muncul la apa yang kita sudah sedia maklum filem paling box office sepanjang zaman iaitu TITANIC.

Pernah tak kita terfikir, kalau la tak kerana keangkuhan jurutera pada masa itu belagak mengatakan bahawa kapal mereka tak kan tenggelam, tentu kelasi dan anak – anak kapal akan lebih berwaspada. Kalau lah mereka nampak bongkah ais lebih awal tentu kapal mereka tak kan berlanggar dan seterusnya tenggelam. Maka tidaklah wujud cerita Titanic tu. point paling best ialah ; Leonardo DiCaprio tak kan terkenal.

Apa kaitan Leonardo DiCaprio dengan kapal tu? atau pun soalan paling bagus apa kaitan dia dengan cerita ni?

Leonardo DiCaprio adalah watak utama cerita Titanic. So cuba kita fikir balik. Kalau kapal tu tak tenggelam mungkin sebahagian besar penduduk dunia yang minat tengok wayang tak kan kenal siapa tu Leonardo DiCaprio. Faham?

Macam mana seorang (atau mungkin beberapa orang ) jurutera yang tidak ada kaitan langsung kehidupannya dengan seorang pelakon boleh mengubah kehidupan dan membuatkan pelakon itu terkenal hanya dengan berlakon tentang cerita yang berkaitan dengan kapalnya.

Contoh lain yang lagi senang, aku rasa la ;

pasal P Ramlee.

Kalau la dalam cerita Nujum Pak Belalang, tak ada skrip “Oh yang begitu tu..!!!”, mesti mesti dan mesti artis Senario especially apek tak kan tiru gaya lawak macam tu seterusnya tak ada syarikat Gitu – gitu production sekarang nie. Kan?

“Ala yang gitu - gitu tu”

Maknanya, hidup kita nie banyak dipengaruhi dari sejarah masa lalu dan apa yang berlaku pada masa lalu. So, jangan la lepas nie nak belagak kata hidup kita nie berdasarkan apa yang kita usahakan sendiri. Kalau tak ada tak kerana tokoh ilmuan dan tokoh sains dahulu kala, kita takkan dapat nikmat hidup macam nie, dengan teknologi sekarang. Tapi kalau tak ada Albert Einstein, kita tak kan dapat solve banyak masalah yang berkaitan dengan sains. Namun begitu, kalau tak ada Sir Isaac Newton, Albert Einstein mungkin tak kan dapat ilham nak buat satu rumus yang amat berguna untuk kita semua.

Dan lagi best, kalau tak ada sarjana islam yang hebat masa dulu, tentu Sir Isaac Newton tak kan dapat jawapan kenapa buah epal boleh jatuh kat kepala dia. Dan kalau sarjana islam tu tak apply apa yang ada dalam kitab Al – quran, tak kan keluar ilmu yang berguna tu.

Nampak tak perkaitan antara semua tu?

Kaitan macam ni jugak la yang membuktikan bahawa kita tak boleh nak melupakan sejarah kita, tapi ingat ;

“Orang yang tidak mengenang sejarah adalah yang tidak mempunyai jati diri namun yang terlalu mengagungkan sejarah adalah yang tidak mempunyai wawasan dan masa depan.”

Sekarang nie aku nak cerita dalam lingkungan student macam aku jugak. Dari segi kehidupan student, banyak sebenarnya yang boleh kita tengok yeng berkaitan dengan rantaian nie.

Contohnya, kalau kita berkawan dengan ramai orang, tentulah kita dapat banyak Rantaian atau kabel untuk buat sesuatu (macam nak cari kerja contohnya, sayang sangat sebab aku tak banyak kabel). Dan ini tentu memudahkan kerja kita. Siapa sangka yang kawan kepada kawan kepada kawan kita suatu hari nanti boleh jadi orang yang tolong kita tak pun jadi kawan karib kita. Mana tahu.

The point is, jangan sombong dengan orang walaupun kita tak kenal diorang. Tapi itu bukan alsan untuk mencapap atau melayan karenah semua orang. Ada jugak yang nak ambil kesempatan Kat kita, jadi pandai – pandailah tentukan yang mana ok tau tak. (amat malang jugak sebab aku tak pandai nak melayan orang dan aku bukan jenis peramah)

P/s : bercerita pasal kabel, tengah sakit hati sekarang sebab dipermainkan oleh wireless, nak pakai kabel tak cukup panjang. asyik buang masa dengan menunggu wireless ok. kalau tak bagi orang nak berinternet cakap awal - awal. tak payah aku nak buang masa.
frensicksignature

Ahad, 10 Januari 2010

Terlalu Banyak Perumpamaan | Parasitisme

Tanpa dimulai dengan kata – kata pendahuluan atau pun ayat – ayat berbunga, aku nak menceritakan apa yang sepatutnya aku ceritakan dulu.

Terlebih dahulu aku nak minta maaf banyak – banyak sebab buat korang tertunggu – tunggu akan cerita tentang TBP nie. Mungkin ada yang dah tak ingat lagi apa tu TBP sebab dah lama menunggu dan hampir malas nak fikir pasal TBP nie. Tak pe la, aku pun tak harap sangat korang menunggu sebab aku pun tak expect banyak info kat entry nie.

Dah lama dah aku rasa aku berfoya – foya dan berehat. Ini menyebabkan page aku agak huru – hara dan jadi sepi sekarang nie. Tapi tu dulu. Sekarang nie masa untuk menjadi seorang pemikir semula. Memikirkan tentang keadaan alam sekitar, tentang kehidupan yang selari dengan fitrah kita. Berfikir sehingga pening kepala kita.

Baiklah berbalik kepada apa yang kita nak bincangkan :



PARASITISME



Apa itu parasitisme? Apa maksud parasitisme? Kalau dalam entry yang lepas – lepas, dah diceritakan tentang konsep mutualisme dan komensalisme. Ok kalau ada yang faham baguslah. Sekarang nie ak diceritakan pulak tentang parasitisme. Parasitisme bermaksud hubungan dimana antara dua hidupan sama ada haiwan – haiwan, haiwan – tumbuhan, tumbuhan – tumbuhan, tumbuhan manusia, haiwan – manusia. Dan sebaliknya. Hubungan nie dimana member keuntungan kepada satu pihak akan tetapi memberi mudarat kepada pihak yang lain. Faham?

Sebagai contoh, virus ; virus hidup dalam badan haiwan dan juga dalam tumbuhan, termasuklah juga dalam badan manusia. Ia hidup dengan memakan apa yang perumahnya makan, atau lebih teruk memakan perumahnya. Ini sudah tentu merosakkan perumahnya. Sebab tu la kalau kita dihinggapi virus, kita akan merasa kurang sihat dan mengundang pelbagai penyakit.

Contoh lain ialah seperti ulat beluncas dalam suatu kawasan tanaman. Ulat beluncas hidup dengan memakan hasil tanaman, ini sudah tentu merosakkan tanaman tersebut.

Begitulah juga dalam kehidupan kita. Memang tidak mustahil berlakunya konsep parasitisme dalam kehidupan kita sehari – harian. Sebagai contoh orang yang membuat kerja berkumpulan dan salah seorang dari mereka hanya bertindak sebagai “penumpang” sahaja. Jika tiba masa untuk pembentangan si penumpang itu tidak tahu apa – apa tentang apa yang dibentangkan. Sudah tentu ini akan menjejaskan pemarkahan keseluruhan termasuklah markah mereka yang penat bekerja dan bersusah payah dalam sesuatu kumpulan itu.

Perkara macam ni dah pun berlaku pada diri aku, sebab tu la aku nak ceritakannya pada semua orang, betapa bahayanya konsep ni kat kita. Pernah suatu masa dulu (tidak lah begitu lama, dalam beberapa bulan lepas) aku menjadi ahli dalam kumpulan untuk membuat tugasan. Aku tidak begitu menghiraukan apa yang berlaku dalam kumpulan sibuk dengan perkara lain yang agak kurang penting sehinggakan terlupa akan tugas.Disebabkan perkara itu aku tidak dapat menyelesaikan bahagian tugasan yang diberi dengan sempurna.

Perkara ini amat memberi impak kuat pada kita kerana kita akan merasa seperti sudah kehilangan kepercayaan dari orang sekeliling kita. Kita akan merasa diri kita seperti orang yang tidak berguna kepada orang lain. Dan itu amat menyakitkan melainkan kita jenis orang yang “hati kering”.

Aku tak berapa pandai nak menganalisis apa yang aku peroleh tetapi kalau setakat satu dua tu boleh la. So dengan konsep yang aku dah bagi ni, cuba kita fikir balik apa hubungan kita dengan orang disekeliling kita? Adakah Komensalisme, Mutualisme atau Parasitisme?

Fikir – fikirkan lah…





frensicksignature

Isnin, 7 September 2009

Terlalu Banyak Perumpamaan | Mutualisme

“Aku tolong kau, aku tolong aku pulak”

Biasakan kita dengar ayat macam tu? biasa jugak la kita amalkan ayat macam tu jugak. Ini namanya konsep win – win situation. Aku pernah dengar orang cakap “mana ada win-win situation”. Bagi aku tu cakap orang yang tak fikir panjang. Tak pun orang tu pernah kena tipu dengan skim – skim yang entah – apa – apa – entah.

Tak sedar ke dah banyak kali kita apply benda nie? Cuma kita je tak nampak. Kalau dalam hidupan, mutualisme tu bermaksud : mutualisme (mutualism) : hubungan dimana antara dua jenis hidupan (Tak kira haiwan atau tumbuhan) yang membawa keuntungan kepada kedua –dua pihak. Kalau di fikirkan banyak benda kta buat ada kaitan dengan perkara nie.

Contohnya, teksi, bas, orang berniaga, kan diorang apply mutualisme? Kau dapat makanan, aku dapat bayaran, kau dapat pergi jalan – jalan dengan senang, aku dapat duit tambang, kau dapat barang, aku dapat duit kau bayar. Bukan ke tu konsep mutulisme? Yang mana dua – dua orang dapat untung?

Ok, tapi aku nak cakap konsep nie dari segi perkara lain. Contohnya dalam study. Oleh kerana aku sedang study, maknanya aku nak cakap pasal perkara nie dari pandangan seorang student. Boleh kan?

First sekali aku nak cakap atau nak soal, pernah tak kita apply mutualisme kat student life kita? aku rasa ada saf, tapi tak tahu la ok ke tak. Contohnya, aku tolong ajar budak yang tak faham, sebagai balasan aku dapat megi diorang. Alamak, kawan, tu bukan mutualisme yang sepatutnya
la. bagi aku memang la win – win situation tu ada, tapi tak sepatutnya la. kalau macam tu nampak sangat kau tak ikhlas nak tolong diorang. Cuba kalau kau tak mintak megi dari diorang, boleh tak? Agak – agak kau dapat untung tak? Aku rasa tak la saf.

Bagi aku, salah tanggapan tu. inilah yang kita selalu tak nampak. Kita sebenarnya dapat apa yang kita tak nampak. Cuba kita fikir balik, ilmu tu makin bertambah kalau kita gunakan? Maknanya kalau kita tolong orang ajar apa yang diorang tak faham, maknanya kita guna akal dam ilmu kita kan? tak ke bertambah ilmu kita? bayangkan pulak kalau soalan yang ditanya tu boleh masuk dalam ujian ke atau final exam? Tak ke untung kita, kawan kita ingatkan kita dengan tak sengaja? Diorang dapat untung sebab kita ajar, kita dapat untung sebab diorang ingatkan. Sebab tu la kita disuruh untuk study group. Supaya boleh kongsi berkongsi idea, pendapat, ilmu. Tegur – menegur.

Serius aku cakap yang aku tak ada idea tentang konsep nie. tapi aku nak bagitahu yang konsep mutulisme nie lebih baik dari komensalisme. Dan kalau boleh kita kena applykan dalam daily life kita. senang je nak apply. Tengok je kalau apa yang kita buat atau apa yang kita punya kawan buat tu beri kesan baik kat kita dan dorang sendiri. Maknanya ok la tu. tapi kalau beri kesan tak baik kat kita tak leh la. sama jugak kalau beri kesan tak baik kat dorang sendiri, sebab nanti takut dorang mengungkit pulak.





frensicksignature

Khamis, 27 Ogos 2009

Terlalu Banyak Perumpamaan | Puasa dan Nasi



“Kerana sebiji nasi, tetap akan membatalkan puasa”

Kenapa pulak ada quote macam tu? baca sampai habis…

Ok, aku minta maaf ok sebab terpaksa tangguh post pasal sambungan untuk isu T B P (Ala, yang sambungan untuk sesi mutualisme dan parasitime tu). Oleh kerana dah masuk bulan puasa nie, aku rasa nak nak bagi sikit nasihat kot. Nasihat yang aku rasa sangat sangat sangat basic tapi korang dan aku sekali aku rasa sangat sangat dan sangat abaikan dan buat buat lupa.

Tapi sebelum tu aku nak bagi satu perumpamaan dulu. Kalau tak takkan la tajuk pun T B P jugak. (Aku sekarang suka bermain dengan perumpamaan ye, kalau korang rasa itu perkara yang annoying aku minta maaf sangat sangat). Ok berbalik pada cerita, aku nak Tanya apa pentingnya sebiji nasi? Adakah ia penting atau tidak?

Jawapannya boleh jadi penting dan tidak. Macam mana tu? macam nie, sebiji nasi tu boleh jadi penting kalau korang jenis yang kebulur tapi tak pulak bile korang dah kenyang. Betul tak? boleh jadi penting bila dah tak ada nasi tapi tidak bila nasi tu berlambak kat pinggan korang. Tapi kalau nak tau hakikatnya, sebiji nasi tu tetap penting tak kira apa jua keadaan, sebab tuhan tak ciptakan sesuatu itu sia –sia.

Kalau korang belajar kimia, lebih – lebih lagi budak matrikulasi, mesti tau kepentingan nasi tu. tu kalau korang tak skip lecture dan jenis yang suka merenung kejadian alam la. sebabnya? Aku alami sendiri. Macam mana? Macam nie. dulu aku kalau pergi makan aku makan sampai habis sebab nak hargai duit yang aku bayar untuk beli makanan tu. tapi bila aku belajar kimia kat matrik, aku makan sampai habis dan licin sebab aku hargai tenaga yang akan aku dapat bila makanan tu masuk dalam badan aku. sebab dulu aku nampak apa yang 1 gram makanan boleh buat dalam badan kita. ye, walaupun hanya 1 gram. Tapi sekarang awareness tu dah berkurang (aku rasa lagi teruk) sebab aku dah mula banyak kali makan tak habis. Kalau tak licin boleh dimaafkan tapi nie tak habis. Kan membazir tu. apa la kau saf. Naudzubillah.

Ok apa pulak kaitannya dengan hidup kita? ada kaitanya, sebelum aku cerita panjang lebar aku nak korang bayangkan yang nasi tu Amalan baik,dan Amalan buruk. Kenapa pulak kena macam tu? ala bayangkan je la. kalau korang Nampak significance nya, aku rasa korang tak yah baca pun korang boleh faham apa yang Allah s.w.t nak “sampaikan”.

Pertama, aku nak korang bayangkan nasi tu dengan perkara baik atau amalan baik. Korang cakap sebiji nasi tu boleh jadi penting kalau korang jenis yang kebulur tapi tak pulak bile korang dah kenyang. Betul tak? boleh jadi penting bila dah tak ada nasi tapi tidak bila nasi tu berlambak kat pinggan korang. Sama la jugak dengan amalan baik. Korang rasa kena buat banyak amalan baik tapi bila dah banyak amalan baik yang korang buat, yang perasaan bagus tu mesti tak nak buat perkara baik yang korang anggap remeh kan? tak yah kecoh, aku pun sama, dan aku rasa lagi teruk sebab aku kalau buat baik sikit pun dah rasa bangga nak mamp*s.

Tapi hakikatnya kita kena buat semua amalan baik walau kecik mana pun. Sebab kita akan di beri ganjaran, lebih – lebih lagi dalam bulan puasa sekarang. Seperti apa yang di firmankan oleh Alah s.w.t dalam al – quran yang bermaksud :

“Dan barang siapa mengerjakan kebaikan (Walaupun) seberat zarah niscaya dia akan melihat balasannya.”

Aku rasa ayat tu pun dah cukup untuk konkrit kan apa yang aku cakap.


***********


Yang kedua, kita tukar pulak dengan amalan buruk. Tapi kalau nak tukar nasi dengan amalan buruk. Kena anggap yang korang sedang berpuasa. Memandangkan sekarang bulan puasa, so tak ada masalah la ye. Kenapa pulak kena bayangkan nasi dengan amalan buruk? Ok aku nak bagitau, kalau kita makan nasi sebiji batal tak puasa? Apa benda la kau ni saf, soalan bodoh pun nak tanyakan kat orang lagi, of course la batal. Dah tu, tak reti nak kaitkan dengan hidup kita? dalam hidup pun macam tu jugak, kalau korang buat salah, jahat atau silap sekali pun tetap akan dikira salah. Kalau korang baik mana pun tapi bila korang dah buat silap tetap orang akan pandang yang silap tu jugak. Macam sehelai kertas putih kosong dengan sehelai kertas putih yang ada 1 titik hitam. Kalau yang kertas kosong tu korang akan susah nak focus, tak tahu nak tengok bahagian mana, atas, bawah, tepi, tengah, kiri, kanan? tapi bila ada titik, Yang mana korang Nampak? Mesti titik hitam tu dulu kan?

Sebab tu la tuhan tak nak consider bila korang makan nasi sebiji pun tetap dikira batal. Sama la jugak hidup, bila korang buat salah tetap dikira salah. Tapi tuhan tak zalim, sebab tu wujudnya qada’ puasa, sebab Dia nak bagi perumpamaan yang kita boleh bertaubat. Tapi kalau korang tengok, kita tak puasa sehari pun orang dah pandang serong kan? walaupun kita dah qada’ puasa tu. maknanya, kita buat salah sekali pun orang tetap pandang serong kat kita.

Sebab tu la tuhan bagi peringatan dalam firmannya yang bermaksud :

“Dan barang siapa mengerjakan kejahatan (Walaupun) seberat zarah niscaya dia akan melihat balasannya.”


***********


Ada satu lagi nasihat, aku nak tanya kalau korang lapar, macam mana boleh jadi kenyang? Makan nasi la saf. Betul? Tidak bagi aku, kenapa pulak? Yang buat kita jadi kenyang bukan nasi tapi tuhan ok. Ingat tu. tapi saf, kalau tak makan mana boleh kenyang. Memang la betul, sebab tu la tuhan cakap, nak sesuatu kena ada usaha, dalam makan pun ada usaha, usaha korang angkat pinggan, masak nasi, jerang air, masak lauk, hidang nasi, bukan usaha ke tu? so, bila korang dah ada usaha untuk makan, masa korang makan nanti tuhan bagi la nikmat kenyang. Ada jugak yang tuhan tak bagi nikmat kenyang yang mana makan sampai nak termuntah tapi mengunyah lagi. Sebab apa? Sebab kita tak landaskan atau relate kan usaha kita tu terhadap Allah s.w.t dengan makan tak baca Bismillah, apatah lagi doa makan. Lepas tu makan dengan kurang adab atau lagi teruk tak ada adab. Tak yah kecoh lagi, aku pun sama gak, dua kali lapan.

Hari ni banyak cakap pasal nasi je, makanan lain tak boleh ke saf? Boleh la kalau korang nak gantikan nasi tu dengan makanan lain, tak kira la mi goreng ke, air milo ke, kueh tiaw ke, air katira ke, Janji sesuai. Serius sebenarnya aku nak korang bayangkan nasi tu dengan benda lain bukan amalan baik dan buruk je, tapi tak keluar pulak ilham tu bila nak taip. So dengan tak nak buang masa, aku taip je apa yang keluar dalam otak aku nie masa nak taip pasal post nie.
frensicksignature

Terlalu Banyak Perumpamaan | Komensalisme

Minta maaf la kalau ada antara korang yang tertunggu – tunggu untuk sambungan segmen T B P nie, walaubagaimanapun aku terharu sangat, kalau ada yang buat macam tu. Tapi aku nak minta maaf sekali lagi sebab mungkin kali nie input tak berapa sempurna dan aku rasa korang susah nak faham.

Aku terlupa nak cakap masa hari tu aku post pasal introduction untuk segmen Terlalu Banyak Perumpamaan, sebenarnya hidupan dan alam sekitar kita nie terdiri dari 2 bahagian besar iaitu Simbiosis dan Mangsa – Pemangsa. Di bawah simbiosis pulak baru ada 3 kategori hubungan yang aku terangkan hari tu iaitu Komensalisme, mutualisme dan parasitisme.

Tapi hari nie aku nak cakap pasal komensalisme dulu, apa dia? Aku ulang balik :

Komensalisme (Commensalism) : hubungan dimana antara dua jenis hidupan (Tak kira haiwan atau tumbuhan) yang tidak membawa keuntungan mahupun mudarat kepada kedua –dua pihak.

Ada jugak yang cakap maksudnya :

Komensalisme (Commensalism) : hubungan dimana antara dua jenis hidupan (Tak kira haiwan atau tumbuhan) yang membawa keuntungan pada sebelah pihak namun tidak membawa mudarat kepada kedua –dua pihak.

So, apa signifikannya kepada kita? apa perumpamaan yang tuhan nak tunjukkan kat kita dengan bagi hubungan macam tu?

Dari apa yang aku nampak, apa yang aku nampak la kita jugak sebenarnya amalkan hubungan macam tu. kat mana? Bila? Tu kita kena cari sendiri, detect sendiri.

Aku bagi contoh, macam yang aku alami sekarang, duduk satu rumah dengan budak kos lain. Aku kenal dorang tapi just kenal sahaja. Maksud aku, aku tak perasan apa – apa yang boleh dianggap advantages, atau disadvantage dalam hubungan kitorang. Masing – masing buat hal sendiri. Bukan ke macam komensalisme tu?

Jadi, Apa aku nak cakap sebenarnya pasal benda nie? aku cuma nak bagitau yang hubungan jenis nie bagi aku dianggap “diharuskan”. Apa maksud diharuskan dalam islam? Maksudnya dwi pilihan, iaitu nak buat takpe tak buat tak salah. Tapi bagi aku tak digalakkan korang teruskan hubungan macam nie, sebab tak ada perkembangan langsung. Kita kena ingat orang ada cakap :

“Hari ini kita mesti lebih baik dari semalam dan esok kita mesti lebih baik dari hari ini”

Kesimpulannya, dalam, perhubungan pun kena macam tu jugak, kena ada perkembangan dalam, ikatan silaturrahim. Baru la korang boleh upgrade connection korang. Aku pun sedang cuba untuk dekatkan jurang antara aku dengan haousmate aku tu. Banyak tau benefit kalau baik dengan orang lain.

Sebenarnya aku tak berapa nampak sangat hubungan jenis macam nie dan tak banyak pengalaman tapi aku nak cakap jugak. Kalau korang tak faham aku tak kisah. Sebab ni la namanya ilmu ketuhanan. Tak sama dengan ilmu agama sebab ilmu agama korang kena belajar tapi ilmu ketuhanan korang kena kaji sendiri dengan buat observation kat alam sekeliling.



frensicksignature

Isnin, 10 Ogos 2009

Terlalu Banyak Perumpamaan | Introduction

Sedang duduk bersahaja depan televisyen dengan hidung sok sek sok sek (Selsema), aku tiba – tiba aku terkenang zaman sekolah dengan wajah cikgu sains tingkatan 3 sedang mengajar kitorang. Bukan sebab cikgu tu sorang awek dan terbayang wajah manisnya (Maaf kalau cikgu terbaca) sebab beliau dah berkahwin. Cuma aku terkenang apa yang diajarnya masa tingkatan 3 dulu. Tajuk silibus dia kalau tak silap “Saling bersandaran antara hidupan dengan yang lain” tak pun “Saling bersandaran antara satu sama lain”. Macam tu lah. Kalau korang ingat, mesti korang tau.

Masa tu kalau tak silap ada tiga jenis hubungan antara semua jenis makhluk kat dunia nie. yang pertama Komensalisme (Commensalism), kedua mutualisme (mutualism), dan yang ketiga parasitisme (parasitism), macam tu la. apa maksud term – term tu? kat bawah nie penerangan nya.
  1. Komensalisme (Commensalism) : hubungan dimana antara dua jenis hidupan (Tak kira haiwan atau tumbuhan) yang tidak membawa keuntungan mahupun mudarat kepada kedua –dua pihak.
  2. mutualisme (mutualism) : hubungan dimana antara dua jenis hidupan (Tak kira haiwan atau tumbuhan) yang membawa keuntungan kepada kedua –dua pihak.
  3. parasitisme (parasitism) : hubungan dimana antara dua jenis hidupan (Tak kira haiwan atau tumbuhan) yang membawa keuntungan kepada satu pihak dan memberi mudarat kepada pihak yang lagi satu.
So, apa significance hubungan tu dengan kita? sebenarnya ada kaitan dengan kita. ingat, tuhan tu maha kaya, maha mengetahui. Tak ada yang diciptaNya sia –sia. Sebenarnya tuhan nak bagi perumpamaan kepada kita tentang kehidupan dengan bagi contoh yang ada dekat hidupan lain. Ingat tu, PERUMPAMAAN.

Macam yang kita tahu, orang melayu kaya dengan bahasanya kan? so, orang melayu jugak la yang buat perumpamaan dalam puisi dorang macam pantun, puisi dll. Maknanya, ada orang melayu dulu – dulu yang jenis berfikir nie nampak apa yang tuhan tunjuk untuk diorang dan untuk kita sekarang. Sebab tu kita jangan pandang sebelah mata dengan kesusasteraan melayu kita. sebab ada maksud tersirat yang orang dulu nak bagitahu.

Walaubagaimanapun, bukan pasal tu aku nak cakap. Bukan pasal bahasa. Sebab aku pun dah malas nak berdebat pasal nak martabatkan bahasa kat dunia elektronik nie. Aku nak cerita pasal terlalu banyak perumpamaan yang tuhan bagi kat kita. tapi buat masa nie, aku nak stop sini dulu, nanti sambung. Selsema mencemburui kita. nanti aku sambung lagi. Sok sek sok sek…

p/s : biar bagi suspen kat korang (macam la suspen sangat, ingat ada ke orang nak baca)

frensicksignature

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails