Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Mei 2011

Terlalu Banyak Perumpamaan | Tekanan





Tekanan bukanlah perkara yang baik kalau diinterpretasikan dalam kehidupan sehairan kita.
Siapalah yang nak kan tekanan dalam hidup mereka. Walaupun ada yang cakap tanpa tekanan, manusia tak kan berubah. Tapi, tekanan yang macam mana?

Carbon kalau diberi tekanan yang tinggi akan menjadi Grafit. Akan tetapi apabila menerima tekanan yang lagi tinggi akan menjadi Berlian? Betulkan?
Tapi antara Grafit dengan berlian, mana lagi banyak dekat bumi nie? Fikirkan sendiri.



Berbalik pada soal tekanan. Dari segi sains, tekanan akan tinggi apabila ruang atau luas permukaan rendah atau nilanya kecil tetapi rendah apabila luas permukaan tinggi.


Tahu kenapa Daya dalam istilah sains dipanggil 'Force'? Sebab ia lebih kurang sama dengan paksaan. Nanti akan dibincangkan kenapa daya dipanggil 'Force'. Macam biasalah, kalau ada masa, kalau aku tak lupa dan kalau aku tak malas. Sekarang kita bincang pasal tekanan dahulu. berbalik kepada tekanan lagi, Dari segi sains, tekanan akan tinggi apabila ruang atau luas permukaan rendah atau nilanya kecil tetapi rendah apabila luas permukaan tinggi. Begitu juga dengan kehidupan kita.

Jadi bagaimana nak atasi tekanan?

Yang pertama ialah kita perlu lapangkan hati kita. Lapangkan dada supaya tidak mudah putus asa dengan apa yang terjadi, walau seberat manapun tekanan yang kita hadapi itu. Banyak cara untuk kita lapangkan hati kita, kalau nak senang cari je kat internet, memang banyak.

Yang kedua ialah kita perlu luaskan pemikiran kita supaya tidak sempit dan tidak tertekan dengan keadaan sekeliling kita.

Salah satu cara nak luaskan pemikiran kita ialah dengan berjalan, bersiar, melancong untuk lebih tinggi tahapnya. Kalau kita sebagai student, cukup sekadar berjalan - jalan bersiar. Sebagai contoh berjogging, bermain futsal, beriadah, melawat tempat - tempat berfaedah, tak kira mana jua asalkan berjalan dan tidak melakukan perkara yang tidak sihat.
Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan Luas pemandangan."

Pernah dengar cerita "Hati Sebesar Cawan Dan Hati Sebesar Kolam"?
cerita nie memang berkait rapat dengan perumpamaan yang dibincangkan.

Ceritanya macam nie:

"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.

"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.

"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.

Sumber Cerita : ILuvIslam
frensicksignature

Isnin, 2 Mei 2011

Cerita Menarik Tentang Jodoh Dan Epal | Versi Lebih Baik

Dulu aku pernah cerita tentang jodoh dan epal
tapi nie versi yang lebih baik



Pada zaman dahulu ada seorang pemuda yang amat soleh dan warak. Dia juga terkenal sebagai seorang yang sangat jujur dalam percakapan mahupun perbuatannya. Dia tinggal di sebuah kota kecil di negeri Parsi. Abu Salih adalah seorang pemuda Islam yang kuat beribadat, ilmu pengetahuannya amat luas dia tidak tertarik langsung kepada kesenangan dunia. Setiap hari dia suka duduk di tepi sungai sambil memikirkan kebesaran Allah S.W.T.

Pada suatu hari ketika Abu Salih sedang duduk di tepi sebuah sungai, tiba-tiba dia ternampak sebiji buah epal sedang dihanyutkan air. Ketika itu Abu Salih belum lagi makan apa-apa sebagai alas perutnya. Sebaik sahaja dia ternampak epal itu perutnya terasa lapar, lantas dia pun mengambil buah epal itu dan memakannya. Tiba-tiba dia tersedar akan kesalahannya. Buah epal itu adalah dari pokok kepunyaan orang.

Oleh kerana Abu Salih seorang yang sangat beragama, dia berasa tidak senang hati kerana telah memakan buah yang bukan haknya. Dengan tidak membuang masa dia terus mencari tuan punya buah epal yang dimakannya itu. Dia benar-benar ingin meminta maaf di atas keterlanjurannya. Dia ingin memohon di halalkan buah epal yang dimakannya itu.

Setelah sekian lama dia mudik mengikut sungai itu, akhirnya dia ternampak dahan pokok epal tersebut berjuntai ke dalam sungai. Setelah dilihatnya pokok epal itu, maka dia yakin bahawa epal yang dimakannya adalah dari salah satu pokok epal yang terjuntai itu. Kerana rasa takut di atas kemurkaan Allah serta tuan punya pokok epal, lantas dia terus berjalan mencari tuan punya pokok epal itu. Tidak lama kemudian Abu Salih pun tiba di sebuah rumah yang sederhana besarnya. Abu Salih mengesyaki rumah itu adalah kepunyaan tuan punya pokok epal tersebut. Rumah itu sebenarnya kepunyaan seorang wali Allah yang terkenal bernama Abdullah Sawmai.

Setelah memberi salam dan masuk ke rumah orang itu, Abu Salih meminta maaf di atas kesalahan yang telah dilakukannya. Abdullah Sawmai bersedia memaafkannya tetapi dengan syarat Abu Salih mesti tinggal bersamanya selama 12 tahun. Wali itu sengaja menguji sejauh manakah ketakwaannya. Di dalam hati wali itu berkata, “Baik sungguh orang muda ini, hinggakan termakan buah epal pun dia berasa perlu meminta maaf kepadaku.”

Abu Salih yang lurus itu bersetuju dengan syarat yang diberikan oleh Abdullah Sawmai. Sejak dari hari itu tinggallah dia dia bersama wali tersebut. Semasa dia berada di situ, dia telah membantu membuat pelbagai kerja rumah dan taat pada setiap kerja yang diberikan kepadanya. Setelah genap 12 tahun dia tinggal di situ, dia pergi berjumpa semula dengan wali itu untuk meminta maaf sekali lagi kerana hendak pulang ke kampung halamannya.

Sebaik sahaja selepas dia meminta maaf, Abdullah Sawmai pun berkata kepadanya, “Aku bersedia memaafkan engkau dengan syarat engkau mesti kahwin dengan anakku yang buta, pekak dan juga cacat”. “Kenapa bergitu berat sekali hukuman yang diberikan kepadaku, sedangkan aku hanya memakan sebiji epal”, bisik hati Abu Salih. Dia terfikir juga itu mungkin satu cubaan terhadap dirinya oleh Allah S.W.T. Mungkin ada hikmah disebalik denda tersebut. Akhirnya dengan rela hati Abu Salih menerima syarat Abdullah Sawmai itu.

Setelah mereka dinikahkan, Abu Salih amat terkejut apabila didapatinya isterinya tidak buta, tidak pekak dan tidak cacat seperti yang dikatakan oleh bapa mertuanya. Sebaliknya isterinya adalah seorang gadis yang amat cantik yang tidak pernah di temuinya sebelum ini sepanjang hidupnya. Di dalam hatinya dia berkata, “Mungkin ini adalah balasan Allah terhadapku kerana menahan sabar. Tetapi kenapa pula ayah mertuaku tidak berkata yang sebenarnya kepadaku dahulu”.

Pada suatu hari ketika ayah mertuanya sedang duduk di pintu, Abu Salih pun datang menghampirinya seraya bertanya, “Wahai ayahku, kenapakah ayah berkata bahawa anak ayah itu buta, pekak dan cacat?” Maka Abdullah Sawmai pun menjawab, “Aku katakan Fatimah isterimu itu buta sebab dia belum pernah melihat orang lain selain dari ayahnya. Aku katakan dia pekak kerana dia dia belum pernah mendengar sebarang kata nista dan aku katakan dia cacat kerana dia tidak pernah membuat dosa”.

Semenjak dari hari itu Abu Salih hidup berbahagia bersama isterinya yang bernama Ummu Khair Fatimah.

p/s : Cerita kat atas nie dengan cerita yang aku sendiri sampaikan ada banyak perbezaan, maklumlah, cerita yang sampai dari mulut ke mulut, lagipun masa tu aku kecil lagi. apapun yang penting mesejnya pasti sampai.

Sumber : Syahirul


frensicksignature

Doa Yang Patut Aku Amalkan

Syaikh Muhammad Abdul Athi Buhairi dalam bukunya La Tahzan Inna Ma'a al-'Usri Yusra, menyarankan, orang yang sedang mengalami kebingungan, kesedihan dan kesusahan supaya segera menadah tangannya dan dengan penuh rendah hati berdoa kepada Allah. Nabi Muhammad (SAW) mengajarkan doa di bawah yang dapat kita baca apabila kita berada dalam keadaan demikian :



"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, ubun-ubunku adalah dalam genggaman-Mu, berlaku hukum-Mu ke atasku dan ketentuan-Mu adil kepadaku. Aku memohon daripada-Mu dengan semua nama yang Engkau miliki, yang telah Engkau turunkan dalam kitab-Mu, jadikanlah al-Quran itu penyejuk jiwaku, menjadi cahaya petunjuk dalam dadaku, menghilangkan kesedihanku, menghilangkan kesusahanku. Ya Allah, hilangkanlah kesusahanku dan gantikan kesedihanku dengan kebahagiaan."

frensicksignature

Rabu, 13 April 2011

When People Attack...

frensicksignature

Ahad, 10 April 2011

Advice for me and also for all brother and sisters

Highlight on 7:40, siapa kita utk beri pendapat sebelum merujuk kepada kalamNya? (



Walaupun dah berapa kali tonton, masih lagi malu dengan diri sendiri bila dengar dia cakap macam tu

frensicksignature

Rabu, 16 Februari 2011

Cerita Menarik Tentang Jodoh Dan Epal


(Cerita nie dah lama dah tersimpan, tapi baru sekarang nak post)

Cerita bermula disini :

Pada suatu masa dahulu ada seorang pengmebara yang berjalan – jalan dan kemudian berhenti di sebatang sungai untuk merehatkan badan lepas beberapa lama berehat disungai tu, dia ternampak sebiji epal yang terapung kat sungai tu ( macam mana epal boleh terapung kat sungai, tu aku tak tau, atau memang epal boleh terapung?)

Lepas je epal tu dicapai, pengembara tu pun makanlah epal tu dan dimakannya sampai habis. Lepas je habis makan, dia terasa lain macam. Bukan terasa nak buang air tetapi terasa yang dia macam dah buat salah. Dia rasa bersalah kerana dah makan buah tu tanpa kebenaran pemiliknya. Kalau kita, nak ke kita fikir tentang pemiliknya? Terus makan ada la kan? Harta yang dah tau ada empunya pun kita main amik jek. Betul tak?

Lepas tu dia pun berjalan sepanjang tebing sungai tu untuk mencari pemilik epal tu. mana la tau ada ladang yang berhampiran dengan sungai tu.

Jalan – punya jalan, akhirnya dapat juga pengembara tu ke tempat yang sepatutnya iaitu tempat epal tu mula – mula jatuh ke sungai. Dia nampak ladang epal dengan satu rumah kat tengah – tengah lading tu. dia terus menuju ke rumah tu dan mencari penghuninya.

Akhirnya Berjaya juga berjumpa dengan pemilik epal tu. tanpa berlengah dia pun menyatakan hasratnya ke rumah pemilik epal tu. dia telah termakan epalnya dan tidak mampu untuk membayar ganti.

Apabila mendengar sahaja perkara yang diberitahu, pemilik epal tu pun menyatakan yang dia akan menghalalkan epal yang dimakan oleh pengembara tu. tetapi dengan syarat, ya syarat!
Pengembara tu dikehendaki untuk bekerja dengan pemilik epal tu selama setahun, ya setahun. Kalau kita nak ke? Tanpa banyak soal, pengembara tu pun setuju untuk bekerja dengan pemilk epal tu selama setahun.


Setahun kemudian…


Pengembara tu pun menyatakan kepada epmilik epal tu yang syaratnya sudah diselesaikan. Akan tetapi pemilik epal tu masih belum berpuas hati lalu diletakkan satu lagi syarat. Kalau kita tentu dah marah kan?

Syarat yang lagi satu ialah, pengembara tu dikehendaki berkahwin dengan anak perempuan pemilik epal tu. sebelum bertanya adakah pengembara tu setuju dia menyatakan bahawa anaknya itu buta, pekak, bisu, tiada kaki dan tangan. Dia tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan anaknya sehingga sudah bernikah.

Tanpa banyak soal pengembara itu pun setuju juga. Pengembara itu pun berkata dalam hati

“kalau itu sudah jodoh ku, aku redha”

Kalau kita tentu sudah maki hamun orang tu kan, pasal epal pun nak syarat macam tu?

Lepas sahaja sah bernikah dengan anak perempuan pemilik epal tu maka dengan debar hatinya pengembara tu pun masuk lah ke dalam bilik. Inilah kali pertama dapat melihat isterinya tu.
Alangkah terkejutnya apabila pengembara tu melihat bukan isterinya tetapi orang lain yang berada dalam bilk tu. dia terkejut lalu berkata

“Siapa kamu?”

Wanita itu pun menjawab “Aku ialah anak kepada pemilik epal yang kamu makan”

Dengan keadaan masih terkejut, pengembara itupun terus lari mendapatkan pemilik epal tu. dia berkata dan bertanya siapakah wanita di dalam bilknya itu?

“Itu adalah isteri kamu”

Lalu pengembara tu pun berkata

“Isteri saya bukankah buta, bisu dan pekak, malah kudung kaki dan tangannya?”

Pemilik epal tu pun berkata untuk member penjelasan

“Yang dimaksudkan dengan buta ialah kerana dia tidak pernah melihat perkara yang buruk, yang sia – sia dan yang maksiat. Yang dimaksudkan dengan bisu ialah kerana dia tidak pernah mengeluarkan kata – kata yang kesat dan buruk. Yang dimaksudkan dengan pekak ialah dia tidak pernah mendengar perkara yang lagha dan yang tidak benar. yang dimaksudkan denga kudung kakinya ialah kerana dia tidak pernah melangkahkan kakinya ke tempat yang tidak sepatutnya. Yang dimaksudkan dengan kudung tangan ialah kerana dia tidak pernah membuat perkara yang berdosa. Itulah maksudnya.”

Apabila mendengar sahaja pernyataan pemilik epal tu. pengembara tu pun bersyukur dengan sesyukurnya dan berterima kasih dengan pemilk epal tu.pemilik epal tu berkata bahawa dia sudah memerhatikan perilaku pengembara itu sejak mula mereka bertemu dan sepanjang bekerja dengannya. Sebab itu dia menyatakan hasrat untuk mengahwinkan mereka berdua.

The End

p/s: segala watak dan cerita adalah hasil dari penceritaan dan ditokok tambah untuk kesesuaian cerita. Namun mesej asal adalah tidak diubah.


Semasa aku kecil dulu, dalam usia lingkungan 7 atau 8 tahun (tak ingat), aku pernah mengikuti rombongan ke kuala lumpur. Masa tu ada konvensyen tentang Zhulian, ya Zhulian. Jangan salah anggap, aku tak ada kena mengena dengan syarikat tu ok. Masa tu aku baru budak – budak lagi. Aku ikut orang jek pergi konvensyen tu.

Iklan : masa tu la aku mula kenal perkataan konvensyen dan lepas tu keliru dengan istilah konvokesyen bila aku mula dengar istilah onvokesyen tu. that’s fact.

Masa konensyen tu berlangsung ada artis jemputan yang dating untuk buat persembahan. Artis tu ialah Rabbani, kenapa, tak percaya? Percayalah. Masa tu rabbani nyanyikan lagu intifada dan cari pasangan. Yang menceritakan tentang cerita kat atas itu ialah:









AL – Fatihah untuknya...





frensicksignature

Rabu, 10 November 2010

Just Do iT (Video Version)

Baru je lepas post tentang cerita aku. Yang berkaitan dengan Do iT

lepas tu ada kawan kat facebook post pasal video nie, kat bawah nie aku rasa boleh dijadikan video penyokong.



p/s: tak tahu la, walaupun aku beri korang motivasi tentang perkara nie, tapi aku sendiri seolah - olah tak nak gunakannya...



frensicksignature

Just Do It



ini bukan nak cakap tentang NIKE sebab aku pun bukan peminat jenama NIKE.

Pada masa dahulu kala (ceh) atau paling tepat masa dalam tingkatan lima, aku pernah menghadiri satu seminar atau boleh dikatakan ceramah atau juga boleh dikatakan program kecemerlangan akademik yang dianjurkan oleh sekolah aku. Masa tu ada seorang Dr yang bagi ceramah dia kata :


“If you do it, you can get what you want!”



Selepas itu tertera ‘slide show’ yang tertulis...




“DO IT, DO IT, DO IT, DU IT, DU IT, DU IT...”




Dan akhirnya jadi...



DUIT, DUIT, DUIT...!!!



Semua orang yang berada dalam dewan tu tergelak dengan terbahaknya dalam macam-macam jenis gaya gelak termasuk cikgu tapi cikgu gelak sopan sikit.

Selepas itu, Dr tu bagi satu soalan yang mudah untuk dijawab tapi agak ‘bermain dengan perkataan’.

Beliau kemudian mengeluarkan wang kertas RM 10 dan bertanya kepada semua orang dalam dewan tu dengan soalan :

“Boleh beritahu saya macam mana nak ambil duit RM 10 dari tangan saya nie?

Semua orang pun jawab la dengan ayat masing – masing. Ada yang cakap “amik je la!”. Ada pulak yang cakap “Amik dengan tangan”. Tak kurang juga yang cakap “Amik dengan tangan, jalan dengan kaki!”

Tapi semua tu tak menjawab soalan yang diberikan malah salah sama sekali. Dr tu hanya diam dan tersenyum sambil menggelengkan kepalanya menandakan jawapan yang diberi tu salah.

Maka, untuk kali keduanya, semua orang pun jawab la dengan ayat masing – masing. Ada yang cakap “amik je la!” dengan lagi kuat . Ada pulak yang cakap “Amik dengan tangan” dengan nada yang makin tinggi . Tak kurang juga yang cakap “Amik dengan tangan, jalan dengan kaki!” di ulang untuk kali kedua, ketiga dan kali keempat dan seterusnya.

Tapi semua tu tetap tak menjawab soalan yang diberikan malah salah sama sekali. Dr tu hanya diam dan tersenyum sambil menggelengkan kepalanya menandakan jawapan yang diberi tu masih salah.

Habis tu apa jawapannya? Semua orang bertanya kembali kepada Dr tu.

Dr tu masih lagi diam dan kini dia mengangkat RM 10 yang berada di tangannya, kini lagi tinggi.


Sedang berfikir untuk mencari jawapan, aku seolah – olah tahu apa jawapannya. Baru sahaja tergerak hati nak bangun, tiba –tiba seorang pelajar bangun dan terus mengambil wang kertas RM 10 yang berada ditangan Dr tu. Dengan wajah pelik Dr tu pun cakap sesuatu, korang nak tau dia cakap apa? Macam nie :






Dengan ini, saya hadiahkan RM 10 itu kepada awak!






Pengajaran : kalau dah tahu macam mana cara nak selesaikan sesuatu masalah, jangan hanya tahu berkata-kata tetapi perlu dibuktikan dengan kelakuan!.







Oh lupa pula, Dr itu ialah seperti dalam gambar di bawah










Kenal dia? kalau tak kenal klik pada gambar.








frensicksignature

Jumaat, 22 Oktober 2010

Pahala Selepas Mati

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

  1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
  2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
  3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
  4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
  5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
  6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
  7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

  1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
  2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
  3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

frensicksignature

Kebenaran Dari Mulut Si Penipu

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.

Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek :

"Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau :

"Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"

Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahwa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahwa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.

"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."

Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan :

"Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu saja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga."

"Lepaskan saya," pencuri itu memohon.

Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahwa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa akhirnya pencuri itu berkata :

"Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. (Dan seterusnya sampai akhir ayat). Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.

Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.

"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.

"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.

Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. (Dan seterusnya sampai akhir ayat). Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula :

"Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang ertemu denganmu tiap malam itu?"

"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.

"Itulah syaitan."





p/s : Aku tak dapat mengesahkan akan kebenaran cerita nie. tetapi kalau la betul ia berlaku, pasti terkesan hikmahnya.



frensicksignature

Rabu, 20 Oktober 2010

Kisah Lima Perkara

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.


frensicksignature

Ahad, 17 Oktober 2010

Mencuri Dalam Sembahyang | Tamakninah

Dalam entry terdahulu, ada diceritakan tentang bagaimana kita boleh mencuri dalam sembahyang. Kali ini kita akan membincangkan lagi tentang mencuri dalam sembahyang dengan lebih mendalam, insyaAllah.

Tamakninah sebahagian daripada rukun solat yang sering diabaikan. Kesannya, ramai yang tidak sedar bahawa solatnya tidak sah. Tamakninah dalam bahasa mudah bererti bertenang. Ibarat memandu sebuah kenderaan, waktu di persimpangan hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergek semula. Selagi kenderaan itu bergerak, tidaklah dikira tamakninah.

Rukun yang wajib disertakan tamakninah

Disenaraikan di sini rukun solat yang perlu disertai tamakninah dan akan batal jika tiada tamakninah.

  1. Rukuk : Sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama rata dan kedua – dua belah tangan memegang kepala lutut, hentikan pergerakan seketika. Itulah kadar tamakninah. Barangkali sempat membaca subhanallah.
  2. Iktidal (Bangun daripada rukuk): Pergerakan daripada ruku terus menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri sebentar itulah tamakninah.
  3. Sujud : Sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (Dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Itulah kadar tamakninah.
  4. Duduk antara dua sujud : Sewaktu duduk sambil membaca doanya, tidak harus bergerak anggota kasar. Itulah kadar tamakninah.

Tempat yang sering diabaikan tamakninah

  1. Iktidal : terdapat sesetengah orang terutamanya orang tua, apabila bangun daripafa ruku kepada iktidal, belum sempat tulang belakangnya lurus seperti sebelumnya, dia telah turun untuk sujud. Solat ini tidak sah kerana tidak tamakninah.
  2. Sujud: waktu sujud kedua-kedua kakinya bergerak – gerak dan ada yang mengangkatnya (Tidak mencecahkan jari kaki ke lantai). Sujud dalamkeadaan ini tidak sempurna dan tidak tamakninah maka solatnya tidak sah.
  3. Bangun daripada sujud: waktu bangun daripada sujud kedua, ketika hendak berdiri tegak ke rakaat seterusnya tidak ada tamakninah tetapi disunatkan duduk sebentar yang member nama duduk istirahat.



frensicksignature

Kepandaian Yang Berbeza

Satu hari seorang professor bijak pandai sedang menyeberangi sebuah sungai yang luas dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pak cik pendayung.
Di tengah perjalanan, professor itu bertanya, “kamu pandai menulis dan membaca?”

“tidak tuan, saya buta huruf,” jawab pendayung sampan.
“Oh, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu! Orang yang tidak pandai menulis dan membaca telah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan Berjaya.”

Sampan terus bergerak meredah sungai yang luas itu. Sejurus kemudian, profesor itu bertanya lagi, “Kamu ada membuat simpanan untuk masa depan?”

“Tiada tuan. Pendapatan saya hanya cukup – cukup makan,” jawab pendayung sampan lagi.

“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh dari kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tidak menyimpan wang boleh hidup dengan selesa pada masa akan tua nanti.”

Sampan terus bergerak. Tiba – tiba sampan itu terlanggar bucu sebuah batu dan bocor. Air mula memasuki sampan. Mereka berdua bergegas mengambil apa juabekas untuk mencedok air keluar dari sampan. Namun usaha mereka tidak berhasil. Kerana air begitu deras masuk. Ternyata sampan itu akan tenggelam.

Dalam keadaan cemas itu, si pendayung itu bertanya kepada professor,

“Tuan, tuan pandai berenang?”

“er, er, saya tidak tahu berenang!” Jawab professor panic.

“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”

Pengajaran : Allah tidak jadikan manusia ini bodoh, tetapi Dia jadikan setiap orang mempunyai “Kepandaian” yang berlainan. Masing – masing punya kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jadi tidak ada manusia bodoh, yang ada hanya manusia dengan kepandaian yang berbeza.

Petikan Dari : Majalah Solusi Isu #22 M/S 108


frensicksignature

Jumaat, 8 Oktober 2010

Adam Dan Hawa

Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa…
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.






DAN












Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.



frensicksignature

Rabu, 30 September 2009

Yang selalu di dengar

Tazkirah nie aku jumpa kat buletin tadi, Benda nie dah selalu kita dengar tapi selalu jugak la kita buat - buat tak tahu dan buat bodoh.

Ye la, dah bosan sangat jadi pandai kan?

"Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kitasedang dicabut."

Aku pun nak try diam time azan tapi time ni jugak la "mereka - mereka" nak sibuk bercakap, sibuk nak tanya itu ini, kalau aku tak jawab, macam kurang ajar, tapi dorang tak nampak ke aku tengah try nak jawab azan? And even paling teruk "mereka - mereka" nie terdiri dari orang yang rapat dengan aku dan kaum kerabat pun sama gak. macam mana aku nak praktikkan dengan selesa ha?

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .."semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbala'lamin .."




frensicksignature

Khamis, 10 September 2009

Mencuri Dalam Jemaah?

Mencuri dalam jemaah tu bukan la maksud aku curi barang dalam ramai – ramai orang. Bukan jugak la mencuri secara berjemaah. Tapi aku nak cakap sikit pasal mencuri dalam solat berjemaah. Jangan ingat korang tu suci sangat. Sedangkan dalam solat pun kita boleh mencuri.

Dulu aku ada cerita pasal mencuri dalam sembahyang. Tu kalau kita sembahyang sorang – sorang. Tapi kali nie aku nak cerita pasal mencuri masa kita sembahyang berjemaah pulak. Macam mana tu saf? Ntah aku pun tak tahu. hampeh, habis tu kenapa aku buat – buat tau pulak? Dah la tu, pandai – pandai post kat page ni pulak. Kalau tak tahu tu buat la cara tak tau.

Wei, kawan, ni la cara aku buat – buat tak tahu sebab memang aku tak tahu sangat pasal perkara nie. aku tau sikit jek, sebab tu aku tak nak mengaku aku arif pasal nie. dah, dah, berbalik pada soalan. Macam mana mencuri dalam sembahyang berjemaah?
Macam kita sembahyang sorang – sorang, mencuri dalam jemaah nie berlaku masa ruku’ dan sujud jugak (Pada penyelidikan aku la, tak tau la ada lagi yang lain atau tak). First sekali aku nak cerita masa kita nak ruku’. Biasanya siapa ruku’ dulu? Kita makmum atau imam? Imam la yang ruku’ dulu kan? pernah kita dengar makmum ruku’ dulu dari imam? Setau aku tak ada. tak tau la kalau ada.

So, kalau imam nak ruku’ mesti dia lafaz “Allahuakbar” kan? dan lepas tu imam ruku’ kan? soalannya, masa bila turn kita pulak nak ruku’? soalan senang jawapan pun senang la, masa bila lagi, selepas imam lafaz “Allahuakbar” la. aku ulang balik, masa bila lagi turn kita untuk ruku’? lepas imam lafaz “Allahuakbar”. Aku cakap selepas, maksud aku selepas, bukan sebelum, bukan semasa. Faham tak?

Biasa dan selalu kita tengok bila imam mula nak ruku je, makmum pun sibuk nak ruku’ sekali. Tak boleh ke tunggu imam tu sempurna ruku’nya dulu baru kita ruku’? kalau dari segi matematik, selagi imam tak 90 darjah tepat membongkok, atau kepala selari dengan badan, selagi tu la kita sebagai makmum tak boleh mula ruku’. Apa yang nak dikejarkan? Aku pernah dengar yang selagi imam belum ruku’ sampai habis bongkok, selagi tu la makmum tak boleh ruku’. Nanti tak dapat syafaat atau fadhilat (Aku dah lupa apa namanya) berjemaah.

Sama jugak la masa sujud, selagi kepala imam tak cecah tempat sujud, selagi tu la kita tak boleh mula nak sujud. Faham tak? Kalau ada gambar lagi senang tapi aku tak ada gambarnya.

So, lepas nie cek balik la diri kita. sama ada kita betul atau tak sembahyang berjemaah. Atau kita ada mencuri dalam sembahyang berjemaah. Kadang – kadang aku terperasan jugak orang lain sembahyang, bila imam nak ruku’ atau sujud, makmum pun terkejar – kejar nak ruku’ atau sujud sekali. Kalau boleh nak buat serentak dengan imam.

Dah setakat tu je cerita aku, sekali lagi aku nak cakap, kalau ada isi dalam page aku nie yang silap atau tak betul, sila beritahu cepat – cepat sebab aku tak nak belagak pandai.
frensicksignature

Isnin, 7 September 2009

Mencuri dalam sembahyang?

“Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”

Ayat yang dah biasa kita dengar, tak biasa kita apply. Betul tak? Kenapa kita selalu sembahyang tapi sering buat dosa? Adakalanya tak tenang, ada masa tak dapat jaga badan, pancaindera dan nafsu dari buat benda tak elok? Di mana silapnya? “Ha, itu yang kita tak tahu!” (Ayat amik dari filem Los Dan Faun)

Tau tak kenapa solat kita adakalanya tak mencegah kita dari perbuatan keji dan mungkar? Pernah tak kita tanya? Mesti la pernah kan? lebih – lebih lagi orang macam aku nie yang boleh dikatakan banyak jugak la buat dosa (Naduzubillah) .

Ada ulama cakap yang mungkin solat kita tak betul, tak khusyuk, dan mungkin ada kekurangan. Bagi aku setuju sangat dengan perkara tu. salah satu sebab kenapa solat kita tak betul ialah sebab kita mencuri dalam sembahyang. Macam mana pulak tu?

Kita mesti pernah dengar orang cakap mencuri dalam sembahyang, mesti dah tau macam mana mencuri dalam sembahyang tu kan? orang cakap mencuri dalam sembahyang tu bermaksud tak ruku’ dan sujud dengan sempurna. Ya betul, 10 markah untuk diri sendiri. Tapi pernah tak kita tanya macam mana ruku’ dan sujud yang tak sempurna tu?

Orang cakap kalau dah ruku’ dan sujud tu kira sempurnalah, kalau dah bongkok masa ruku’ dah
kira sempurna dan kepala jejak tempat sujud tu dah kira sujud dengan sempurna la. oh oh tidak bagi aku. setelah aku kaji dan buat sikit penyelidikan (Cewah, belagak), aku tengok tu bukan maksud sebenar ruku’ dan sujud dengan sempurna.

Kenapa? Sini aku nak soal. Pernah tak kita dengar perkataan tama’ninah? Aku tak tau nak eja macam mana, aku harap ejaan tu betul la. tama’ninah nie maksudnya diam sebentar semasa sujud atau ruku’ dan sebelum baca ayat semasa sujud atau ruku’. Faham tak? Kan kalau kita nak sujud atau ruku’ kan ada baca ayat tertentu kan?
Macam nie :

“subhanarabbial azimi…(Sampai habis ayat) (Ignore ejaan sekali lagi, aku tak tahu nak tulis arab dalam rumi)

So, tama’ninah nie dibuat atau dilaksanakan sebelum kita lafazkan ayat tu 3 kali. Maksud sebenar dia ialah Diam sebentar atau seketika pada kadar subhanallah. Tu yang ustaz aku cakap masa aku sekolah agama dulu – dulu. Tak tau la betul ke tak aku sampaikan balik nie. harap – harap betul la kan.

Sebenarnya kita dah banyak kali atau mungkin paling baik pun sekali masa ekcik dulu mencuri dalam sembahyang nie. paling teruk sampai sekarang kita masih mencuri dalam sembahyang. Yang mana salah satunya ialah dengan tak ruku’ dan sujud dengan sempurna. Sembahyang nak terkejar – kejar. Tak tau apa yang nak di”rush”kan. kalau benda lain tu boleh pulak buat relkas – relaks. Tapi bila bab sembahyang, cepat giler. Aku pun ada jugak buat macam tu, dan aku rasa hampir selalu kot.

Aku mengaku memang susah nak buat benda nie, tapi kalau tak mula memang la susah. Kalau dah biasa buat senang la. awal – awal memang la payah sikit. Macam pulak nak overcome benda nie? senang jek, sebelum korang lafazkan ayat yang nak dibaca masa sujud atau ruku’ tu, kita diam kejap. Tu je. senangkan? Kalau korang tak tahu nak diam sampai bila, atau berapa saat. Senang jek, sebelum lafaz ayat tu, ambik nafas dulu. (Kira macam rehat sekejap la). lepas tu baru baca ayat masa sujud atau ruku’. Alahai senang nye? Memang la senang, tapi bila buat? Yang biasa orang kita buat pulak lain. Belum sempat badan tu nak sampai 90 darjah dah ulang dua kali dah ayat dibaca. Belum sempat kepala jejak tempat sujud, dah start baca ayat dah. Kalau macam tu cepat la habis, tapi sempurna tak? Macam ustaz aku cakap, tu bukan la cara yang betul ye.

*****


Mencuri dalam sembahyang berjemaah


La, ada jugak? Macam mana pulak mencuri dalam sembahyang berjemaah?
Nanti lain kali aku cerita pasal perkara nie. yang dah ada nie pun aku takut – takut nak bagitahu. Sebab aku tak biasa sangat cakap pasal ibadah nie. kalau apa yang aku cakap nie kurang tepat, tak betul tau salah cepat – cepat la beritahu ye. Sebab aku cerita tentang solat. Yakni ibadah khusus, bukan sahaja khusus, malah amalan yang pertama yang akan dihisab. So maknanya kalau ada yang silap, korang bagitahu la. nanti aku boleh betulkan. Kalau tak pun, delete. Supaya tak ada yang tersalah ajar lak.

frensicksignature

Khamis, 3 September 2009

Petua Imam Syafie

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata

1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan Bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatMalam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakDimakan.

4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

p/s: Jangan anggap aku yang tulis benda nie, aku cuma copy and paste je. sebab saje je nak kongsi, betul atau salah, korang kaji sendiri. Masing - masing dah besar, kan?


frensicksignature

Isnin, 31 Ogos 2009

Siapa yang haramkan?

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya…” [24:31]

Cerita nie aku amik dari bulletin yang friends aku post kat friendster.

baca sampai habis, pastu komen Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di malaysia Ahli ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia ini berikutan dengan faktor faktor kesihatan.

Ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini. Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai tudung.

Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ni sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak deteliti tidak akan nampak.adakah kerajaan malaysia takut akan hal ini.yang dulu begitu marah terhadap Singapura yg memberhentikan 2 org murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah.

Ape sudah jadi dengan isu ini?? di diam begitu sahaja.Sekarang ape sudah jadi.. paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.Sekarang malaysia sanggup mengHARAMKAN pemakaian tudung. Pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini.

Ini kerana semuaya terletak di tangan menteri menteri di Malaysia. bagaimana pula dengan Pak Lah yg selalu menjadi imam di masjid masjid?? adakah die juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini?? jadi bagaimana seorang imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM).International Islamic University Malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi. universiti ini dahulu yg mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja terhadap isu pengharaman tudung ini. apa sudah jadi dengan Malaysia sekarang??

MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama islam. kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita islam wajib memakai tudung. isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun ape-ape reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. adakah malaysia sudah lemah... pihak kementerian juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah.

Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI
2)TUDUNG PERIUK
3)TUDUNG TERMOS
4)TUDUNG CAT

Hahaha, kelakar tak? Pada yang dah baca memang tak kelakar, lawak dah basi la katakan. Tapi perasan tak yang korang dan kita sebenarnya dah apply benda nie? maaf la kalau aku terkasar bahasa, kalau yang terasa tu aku minta maaf banyak – banyak. Bukan nak menuding jari atau nak tunjuk baik atau nak salahkan sesiapa. Cuma nak menegur dengan cara yang aku rasa ok la. (nak cakap berhikmah macam masih tak boleh).

Cuba kita tengok, kalaulah perkara macam nie berlaku, agak – agak melatah tak orang kita? mungkin ada memberontak atau jugak yang nak buat demonstrasi. Tapi tak sedar berapa orang yang dah “haramkan” tudung nie dalam diri diorang. Maafkan aku sekali lagi jika korang terasa, mungkin cara hidup yang lain buat ada sesetengah dari kita rasa tak kisah sangat kalau tak bertudung nie, asalkan hati baik. Tapi kita kena ingat, perintah nie dah ada dalam kalam Allah. Maknanya dah tak boleh nak berdalih lagi tau. Kalau yang perempuan tu berdosa kalau tak bertudung, yang lelaki lagi berdosa kalau tak menegur.

Ala cakap senang la saf. memang pun, agak sukar la nak menegur mereka – mereka yang berkaitan nie. orang rapat dengan kita lagi susah nak ditegur dari orang luar.tak yah cakap banyak, aku pun susah jugak nak tegur orang sekeliling aku. kawan rapat aku jugak ada yang macam tu. kadang aku rasa tak yah tegur pun tak pe (Naudzubillah). Mana tak nya, kalau dah hari – hari macam tu, kita jadi biasa je, tak de nak rasa bersalah.

Hari tu aku pergi bazaar kat hometown aku, rasa best sangat sebab dah lama tak jenguk. Bazaar yang bagi aku paling besh. Tapi yang tak besh nye bila aku nampak ramai couple dok syok jalan – jalan dengan tak rasa bersalah. Yang perempuan cantiknya punya body kasi tayang kat orang lain, yang lelaki punya la bangga dengan “awek” diorang sampai peluk bahu lagi. Kesian aku tengok diorang tu (Jealous pun ada gak). Pernah jugak aku jalan – jalan dengan kawan perempuan tapi tak la sampai nak berpeluk. Maybe sebab masa tu kau bukan couple saf. Memang la, tapi kalau couple pun boleh jadi lesen ke korang nak berpeluk? Masa nie la aku teringat kata – kata ustaz yang aku rasa korang pun selalu dengar :

“Ramai orang yang berpuasa hanya dapat lapar dan dahaga sahaja...”

Aku rasa aku pun termasuk dalam golongan tu kot. Sebabnya? Mana tak nya, kalau dah keluar jalan je nampak pemandangan yang “indah” macam mana tu? dah tu bukan nak elak pun. Tak ke sia –sia je puasa tu? harap – harap la lepas nie aku dan korang jugak dapat apa yang sepatutnya. Amin…

Korang korang dan korang jangan marah aku ye kalau terasa. Think positive, kalau ada yang terasa maknanya tu positive result. Maknanya ada terdetik dari hati korang untuk faham yang apa yang kita buat tu tak betul. Kalau hati kering tak pun orang cakap dalam bahasa kasar hati mati. Tak kan tersa punya kalau dah beratus kali kena tegur, so korang kena bersyukur sebab terasa.

Korang, korang dan korang. Janganlah korang aim aku pulak lepas nie. nak boikot aku. aku tau la kali rasanya agak drastic sikit aku punya post.

p/s : dalam mood takut – takut.
frensicksignature

Isnin, 10 Ogos 2009

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari

Aku dapat artikel nie dari member aku, masa copy paste file yang aku minat. Kitorang memang suka share benda – benda macam nie. Thanks Are Kir.

Bukan nak takutkan orang perempuan. Sangat bagus kalau korang baca. Lebih – lebih lagi orang wanita, lelaki kena amik tahu jugak sebab boleh bagitahu kenalan korang yang wanita

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.


1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur punggung.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk punggung pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.


Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia.

Itu tidak benar sama sekali...!!!

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.

HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....

PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment

Sape suruh buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai???

Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel....Sape yang cakap tu??

wallahua'lam


frensicksignature

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails