Memaparkan catatan dengan label "Life" ku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label "Life" ku. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Mei 2011

Terlalu Banyak Perumpamaan | Tekanan





Tekanan bukanlah perkara yang baik kalau diinterpretasikan dalam kehidupan sehairan kita.
Siapalah yang nak kan tekanan dalam hidup mereka. Walaupun ada yang cakap tanpa tekanan, manusia tak kan berubah. Tapi, tekanan yang macam mana?

Carbon kalau diberi tekanan yang tinggi akan menjadi Grafit. Akan tetapi apabila menerima tekanan yang lagi tinggi akan menjadi Berlian? Betulkan?
Tapi antara Grafit dengan berlian, mana lagi banyak dekat bumi nie? Fikirkan sendiri.



Berbalik pada soal tekanan. Dari segi sains, tekanan akan tinggi apabila ruang atau luas permukaan rendah atau nilanya kecil tetapi rendah apabila luas permukaan tinggi.


Tahu kenapa Daya dalam istilah sains dipanggil 'Force'? Sebab ia lebih kurang sama dengan paksaan. Nanti akan dibincangkan kenapa daya dipanggil 'Force'. Macam biasalah, kalau ada masa, kalau aku tak lupa dan kalau aku tak malas. Sekarang kita bincang pasal tekanan dahulu. berbalik kepada tekanan lagi, Dari segi sains, tekanan akan tinggi apabila ruang atau luas permukaan rendah atau nilanya kecil tetapi rendah apabila luas permukaan tinggi. Begitu juga dengan kehidupan kita.

Jadi bagaimana nak atasi tekanan?

Yang pertama ialah kita perlu lapangkan hati kita. Lapangkan dada supaya tidak mudah putus asa dengan apa yang terjadi, walau seberat manapun tekanan yang kita hadapi itu. Banyak cara untuk kita lapangkan hati kita, kalau nak senang cari je kat internet, memang banyak.

Yang kedua ialah kita perlu luaskan pemikiran kita supaya tidak sempit dan tidak tertekan dengan keadaan sekeliling kita.

Salah satu cara nak luaskan pemikiran kita ialah dengan berjalan, bersiar, melancong untuk lebih tinggi tahapnya. Kalau kita sebagai student, cukup sekadar berjalan - jalan bersiar. Sebagai contoh berjogging, bermain futsal, beriadah, melawat tempat - tempat berfaedah, tak kira mana jua asalkan berjalan dan tidak melakukan perkara yang tidak sihat.
Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan Luas pemandangan."

Pernah dengar cerita "Hati Sebesar Cawan Dan Hati Sebesar Kolam"?
cerita nie memang berkait rapat dengan perumpamaan yang dibincangkan.

Ceritanya macam nie:

"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.

"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.

"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.

Sumber Cerita : ILuvIslam
frensicksignature

Jangan Terlalu Baik?

Malam tadi (Sebenarnya dah lama dah, berbulan - bulan), sambil rehatkan diri sempat juga aku capai satu majalah yang baru saja aku beli. Majalah tu keluaran November 2008. Aku baca satu artikel… tiba-tiba aku tersenyum keseorangan.

Berikut antara petikan yang buatkan aku tersenyum. Aku terfikir, kenapakah aku tetiba tersenyum setelah membacanya…

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”

“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”

“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi. Jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai, Dia pasti akan berusaha untuk anda, sentiasa ada bersama.”

Ya, aku tahu aku ada yang dah tahu dan dah bosan serta dah basi dengan perkara nie. Aku tahu juga aku adalah antara orang yang paling akhir ceritakan tentang perkara nie, sebab aku memang "The Last Person". Tapi apa salahnya kalau kita ulanginya lagi, kan?




frensicksignature

Isnin, 2 Mei 2011

Cerita Menarik Tentang Jodoh Dan Epal | Versi Lebih Baik

Dulu aku pernah cerita tentang jodoh dan epal
tapi nie versi yang lebih baik



Pada zaman dahulu ada seorang pemuda yang amat soleh dan warak. Dia juga terkenal sebagai seorang yang sangat jujur dalam percakapan mahupun perbuatannya. Dia tinggal di sebuah kota kecil di negeri Parsi. Abu Salih adalah seorang pemuda Islam yang kuat beribadat, ilmu pengetahuannya amat luas dia tidak tertarik langsung kepada kesenangan dunia. Setiap hari dia suka duduk di tepi sungai sambil memikirkan kebesaran Allah S.W.T.

Pada suatu hari ketika Abu Salih sedang duduk di tepi sebuah sungai, tiba-tiba dia ternampak sebiji buah epal sedang dihanyutkan air. Ketika itu Abu Salih belum lagi makan apa-apa sebagai alas perutnya. Sebaik sahaja dia ternampak epal itu perutnya terasa lapar, lantas dia pun mengambil buah epal itu dan memakannya. Tiba-tiba dia tersedar akan kesalahannya. Buah epal itu adalah dari pokok kepunyaan orang.

Oleh kerana Abu Salih seorang yang sangat beragama, dia berasa tidak senang hati kerana telah memakan buah yang bukan haknya. Dengan tidak membuang masa dia terus mencari tuan punya buah epal yang dimakannya itu. Dia benar-benar ingin meminta maaf di atas keterlanjurannya. Dia ingin memohon di halalkan buah epal yang dimakannya itu.

Setelah sekian lama dia mudik mengikut sungai itu, akhirnya dia ternampak dahan pokok epal tersebut berjuntai ke dalam sungai. Setelah dilihatnya pokok epal itu, maka dia yakin bahawa epal yang dimakannya adalah dari salah satu pokok epal yang terjuntai itu. Kerana rasa takut di atas kemurkaan Allah serta tuan punya pokok epal, lantas dia terus berjalan mencari tuan punya pokok epal itu. Tidak lama kemudian Abu Salih pun tiba di sebuah rumah yang sederhana besarnya. Abu Salih mengesyaki rumah itu adalah kepunyaan tuan punya pokok epal tersebut. Rumah itu sebenarnya kepunyaan seorang wali Allah yang terkenal bernama Abdullah Sawmai.

Setelah memberi salam dan masuk ke rumah orang itu, Abu Salih meminta maaf di atas kesalahan yang telah dilakukannya. Abdullah Sawmai bersedia memaafkannya tetapi dengan syarat Abu Salih mesti tinggal bersamanya selama 12 tahun. Wali itu sengaja menguji sejauh manakah ketakwaannya. Di dalam hati wali itu berkata, “Baik sungguh orang muda ini, hinggakan termakan buah epal pun dia berasa perlu meminta maaf kepadaku.”

Abu Salih yang lurus itu bersetuju dengan syarat yang diberikan oleh Abdullah Sawmai. Sejak dari hari itu tinggallah dia dia bersama wali tersebut. Semasa dia berada di situ, dia telah membantu membuat pelbagai kerja rumah dan taat pada setiap kerja yang diberikan kepadanya. Setelah genap 12 tahun dia tinggal di situ, dia pergi berjumpa semula dengan wali itu untuk meminta maaf sekali lagi kerana hendak pulang ke kampung halamannya.

Sebaik sahaja selepas dia meminta maaf, Abdullah Sawmai pun berkata kepadanya, “Aku bersedia memaafkan engkau dengan syarat engkau mesti kahwin dengan anakku yang buta, pekak dan juga cacat”. “Kenapa bergitu berat sekali hukuman yang diberikan kepadaku, sedangkan aku hanya memakan sebiji epal”, bisik hati Abu Salih. Dia terfikir juga itu mungkin satu cubaan terhadap dirinya oleh Allah S.W.T. Mungkin ada hikmah disebalik denda tersebut. Akhirnya dengan rela hati Abu Salih menerima syarat Abdullah Sawmai itu.

Setelah mereka dinikahkan, Abu Salih amat terkejut apabila didapatinya isterinya tidak buta, tidak pekak dan tidak cacat seperti yang dikatakan oleh bapa mertuanya. Sebaliknya isterinya adalah seorang gadis yang amat cantik yang tidak pernah di temuinya sebelum ini sepanjang hidupnya. Di dalam hatinya dia berkata, “Mungkin ini adalah balasan Allah terhadapku kerana menahan sabar. Tetapi kenapa pula ayah mertuaku tidak berkata yang sebenarnya kepadaku dahulu”.

Pada suatu hari ketika ayah mertuanya sedang duduk di pintu, Abu Salih pun datang menghampirinya seraya bertanya, “Wahai ayahku, kenapakah ayah berkata bahawa anak ayah itu buta, pekak dan cacat?” Maka Abdullah Sawmai pun menjawab, “Aku katakan Fatimah isterimu itu buta sebab dia belum pernah melihat orang lain selain dari ayahnya. Aku katakan dia pekak kerana dia dia belum pernah mendengar sebarang kata nista dan aku katakan dia cacat kerana dia tidak pernah membuat dosa”.

Semenjak dari hari itu Abu Salih hidup berbahagia bersama isterinya yang bernama Ummu Khair Fatimah.

p/s : Cerita kat atas nie dengan cerita yang aku sendiri sampaikan ada banyak perbezaan, maklumlah, cerita yang sampai dari mulut ke mulut, lagipun masa tu aku kecil lagi. apapun yang penting mesejnya pasti sampai.

Sumber : Syahirul


frensicksignature

Doa Yang Patut Aku Amalkan

Syaikh Muhammad Abdul Athi Buhairi dalam bukunya La Tahzan Inna Ma'a al-'Usri Yusra, menyarankan, orang yang sedang mengalami kebingungan, kesedihan dan kesusahan supaya segera menadah tangannya dan dengan penuh rendah hati berdoa kepada Allah. Nabi Muhammad (SAW) mengajarkan doa di bawah yang dapat kita baca apabila kita berada dalam keadaan demikian :



"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, ubun-ubunku adalah dalam genggaman-Mu, berlaku hukum-Mu ke atasku dan ketentuan-Mu adil kepadaku. Aku memohon daripada-Mu dengan semua nama yang Engkau miliki, yang telah Engkau turunkan dalam kitab-Mu, jadikanlah al-Quran itu penyejuk jiwaku, menjadi cahaya petunjuk dalam dadaku, menghilangkan kesedihanku, menghilangkan kesusahanku. Ya Allah, hilangkanlah kesusahanku dan gantikan kesedihanku dengan kebahagiaan."

frensicksignature

Isnin, 14 Mac 2011

Senaman untuk blogger


Klik gambar untuk paparan lebih jelas
sumber: seperti yang tertera dalam gambar


frensicksignature

Sabtu, 26 Februari 2011

Monolog



Warning : this is the negative side of me!!!

Aku bukan la jenis yang suka cari pasal dan tak jugak jenis yang tak amik peduli pasal kawan. tapi kenapa aku kena "aim" macam aku nie parasit tahap S pulak kat kawan aku sendiri? apa salah aku, kalau ada pun besar sangat ke?

korang tak yah la berlagak baik depan aku tapi benci nak tak ingat dengan aku. depan - depan cakap baik semacam tapi belakang kutuk bukan main. cara kau pandang aku pun dah buat aku paham yang kau memang tak suka kat aku. kenapa?

sebab aku nie malas, miskin, buruk, bodoh, tak ada guna, tak boleh harap? so, apa guna korang sebagai kawan aku? bukan nak menegur tapi terus nak menghukum aku dengan cara paling halus, memang korang nie genius la.

Tak sedar yang sebenarnya semua orang kat sekeliling aku memang tak suka aku. sebab tu aku lebih rindukan zaman sekolah sebab aku lebih aman. walaupun tak ramai kawan tapi aku bahagia dengan siapa yang aku ada. tu dulu, sekarang pulak, apa yang aku ada dulu pun rasa nak macam lari dari aku jugak. tak macam sekarang. semuanya selfish, hipokrit, materialistik. lelaki perempuan sama je.

why it happen to me? what the reason?

p/s : bermonolog sebentar, harap maaf
frensicksignature

Rabu, 23 Februari 2011

Anak Jantan

Cerita yang aku rasa aku agak terasa. bukan sebab aku adalah sama seperti orang lelaki dalam cerita nie tapi macam nak jadi kat aku (atau dah jadi kot). bukan bergantung kepada awek sebab aku bukan jenis yang ada awek, tapi bergantung pada semua orang. macam lagi teruk jek?

mulanya cerita:

adalah teman sebilik anak perempuan saya di hostel. Sebagai seorang siswi yang tinggal jauh daripada ibu dan bapanya, Izra kerap berkunjung ke rumah saya pada hujung minggu. Itupun sekiranya dia tidak keluar berdating dengan teman lelakinya. Oleh kerana dia kerap datang ke rumah, selalu juga saya bersembang dengannya.

Pada suatu hari, Izra tampak muram. Lama sangat murungnya. Saya mengagak remaja sepertinya tidak mungkin bermuram begitu lama jika tidak kerana bermasalah dengan teman lelakinya. Oleh kerana risau dengan kerisauannya, saya mula menyelidik. Benar. Soalan saya dijawab dengan anggukan yang lemah, tanda dia tidak berdaya berdepan dengan problemnya.

Mengikutnya, semakin sehari, teman lelakinya kian bergantung kepadanya. Mula-mula sekadar meminjamkan buku-buku rujukan, kemudian teman lelakinya meminta pula nota-nota kuliah untuk disalin apabila dia ponteng. Sebagai teman, Izra ingin sekali membantu orang yang disayangi.

Namun, semakin sehari, teman lelakinya semakin [B]menyalahgunakan kebaikan gadis[/B] itu. Bermula dengan belanja makan, si teman lelaki sudah mula meminta Izra membuat top-up telefon bimbitnya, meminjamkan wang, membelikan pakaian dan akhirnya membasuhkan juga pakaiannya. Izra bukan sahaja menjadi teman wanita, tetapi akhirnya menjadi peminjam wang dan juga tukang dobinya.

Saya nasihatkan Izra agar berfikir panjang mengenai masa depannya sebagai siswi. Sebagai orang yang belum bergaji, dia perlukan setiap sen wang PTPTNnya untuk menampung kos pengajiannya. Dia tidak boleh menanggung orang lain, apatah lagi seorang teman lelaki. Ya. Seorang lelaki.

Apa yang dihadapi oleh Izra menjadikan saya kian bimbang dan rimas. Ini adalah kerana, semakin sehari, saya makin kerap terdengar cerita lelaki-lelaki yang bukannya anak jantan. Golongan ini adalah jenis yang lemah semangat dan pendirian. Mereka tidak berkeupayaan untuk berfikir dan memajukan diri. Berwawasan jauh sekali.

Saya teringat satu insiden beberapa tahun dahulu. Rakan sepejabat saya, Fazli menjawab telefon dengan suara tinggi dan membentak-bentak. Setelah meletakkan telefon, saya bertanya Fazli, apa yang membuatnya menyinga. Katanya, dia menerima panggilan bekas teman serumahnya, si polan yang hendak meminjam wang.

Fazli begitu marah kerana kawan lamanya itu sudah pun bekeluarga. Perangainya suka meminjam wang dan berhutang telah menjadi karakternya. Padahal, gajinya lebihkurang sama dengan Fazli. Kata-kata Fazli itu masih terngiang-ngiang di telinga saya,

"Sampai bila dia nak hidup dengan meminjam dan berhutang? Dia sudah ada keluarga, bukannya masih bujang! Bukan anak jantanlah, kalau hidup masih ditanggung orang!"

Di kalangan anak muda, golongan lelaki yang bukan anak jantan, hanya menghabiskan beras.

Mereka [B]bukannya memilih kerja, malah tidak mahu bekerja langsung[/B]. Mereka enggan membantu kerja-kerja di rumah walaupun sekadar menolong menghantar adik ke sekolah. Mereka lebih suka berlingkar di tempat tidur di sepanjang hari kerana mereka manusia malam.

Ada juga lelaki yang sepatutnya menjadi ketua keluarga lebih suka membiarkan si isteri menanggung segala perbelanjaan seisi rumah. Sewa rumah, bil api, air, astro dan perbelanjaan dapur semuanya ditanggung isteri. Gajinya hanyalah untuk dirinya sendiri.

Keadaan pada hari ini di mana si isteri turut bekerja bagi menampung ekonomi keluarga turut menjadikan lelaki yang bukannya anak jantan, naik lemak. Sikap baik si isteri ingin membantu akhirnya menjerat diri. Akhirnya, memberi nafkah kepada keluarga sudah beralih kepada si isteri.

[B]Lelaki sebegini mempunyai pandangan yang terbalik[/B]. Dia menjadi ketua keluarga atas kebetulan semata-mata. Entah-entah kahwinnya juga disponsor sepenuhnya oleh ibu dan bapa. Dia tidak tahu peranan, tanggungjawab dan kewajipan sebagai ketua.

Mereka mungkin sekali tidak menerima didikan mengenai peranan lelaki sebagai ketua, pemimpin dan suami daripada ibu bapa. Kelelakian adalah pembinaan peribadi tidak terdapat dalam sukatan pelajaran sekolah. Kerana itu, ibu bapalah yang seharusnya mencorakkan mereka agar menjadi lelaki yang sebenarnya, mengikut fizikal, mental dan perwatakannya.

Bila tiada didikan, golongan ini tidak tahu peranan mereka. Lalu mereka berbuat sesuatu mengikut suka hati. Akhirnya mereka menjadi lelaki-lelaki yang tiada kekuatan jiwa, rasa ingin merdeka untuk mencari rezeki sendiri dan ingin menguasai dengan menjadi pelindung keluarga yang mereka ketuai.

Oleh kerana lemahnya fikiran untuk belajar daripada suasana sekeliling, memperoleh ilmu melalui pembacaan dan mendapat iktibar melalui tatapan di TV mahupun internet, mereka tidak tahu yang mereka tidak tahu pentingnya ilmu menjadi anak jantan. Akhirnya mereka bukannya menjadi pemberi, sebaliknya hanya menjadi peminta, sama ada kepada kekasih, isteri mahupun ibu sendiri.

Dalam pada itu, [B]masih ramai lagi lelaki yang mempunyai sifat-sifat anak jantan[/B]. Lihatlah mereka yang bekerja sebagai petani, pesawah, nelayan, peneroka, drebar teksi, askar dan apa jua kerja-kerja yang memerlukan tenaga tulang empat kerat. Walau betapa susah dan payahnya mereka, dapur di rumah sentiasa berasap dan anak-anak mereka cemerlang di dalam pelajaran.

Jika direnung, pertambahan lelaki yang tidak bersikap seperti anak jantan [B] berpunca daripada kita yang sudah hidup selesa[/B]. Tentu sekali kita selesa hari ini kerana bermula dengan kepayahan. Bila sudah senang, kita tidak mahu anak-anak kita susah seperti kita dahulu.
Lalu kita tidak mahu melasak anak kita dengan kesusahan dan kepayahan.

Tanpa kita sedari, [B]anak-anak kita dimanjakan[/B]. Bangun pagi dikejut, tidurnya didodoi. Ke sekolah dihantar dan kembalinya dijemput. Mereka hanya duduk goyang kaki dan makan tidur di rumah. Sebiji pinggan pun mereka tak perlu mereka basuh. Biar ibu atau bibi sahaja yang menguruskan.

Jika kita inginkan anak-anak yang teguh personalitinya, [B]kita harus berani memberi kesukaran kepada anak-anak[/B], khususnya anak-anak lelaki. Latihan yang mensasarkan kepada pembinaan fikiran sudah terlalu banyak ditumpukan. Apa yang perlu dititikberatkan pula ialah latihan untuk membina fizikal.

Latihan kelasakan, keberanian, kecekapan dan ketangkasan fizikal perlu dijalankan seiring dengan latihan mental. Ertinya, kita perlu latih anak kita berlari, melompat dan memanjat. Mempekakan naluri kelelakian ini akan melahirkan lelaki yang bersikap seperti anak jantan!

Credit to: IluvIslam

frensicksignature

Isnin, 21 Februari 2011

You Are Not A Photographer

I'm not really aggreed with most of his speak, but not this time :

Totally Agreed!!

kredit to : Blogserius

frensicksignature

Selasa, 15 Februari 2011

My Therapy




Menulis adalah terapi aku untuk meluahkan rasa dengan cara yang berkias
tapi bila nak menulis pun tak ada masa, rasa sama je macam tak pergi klinik atau tak pergi pusat terapi. Sama la tu. Bagi aku ada dua sebab jek kenapa aku tak menulis. Yang pertama ialah sebab aku tak ada masa. Yang kedua ialah sebab aku ada masa tapi untuk perkara yang lain. Get it?

Kalau aku menulis maknanya aku dalam keadaan serabut mungkin, bosan mungkin, atau lebih teruk tak ada life. Ibarat kata orang, blog adalah tempat untuk orang yang tiada life. Don’t want to agree or not.

Selain menulis aku hilangkan stress atau berterapi dengan dengar lagu kuat-kuat pakai earphone. Masa makan pakai earphone, masa tengok tv pakai earphone, masa tidur pun pakai earphone. I know that not quite good. Pakai earphone lama – lama boleh beri kesan dekat telinga. Tapi nak buat macam mana. Dah minat.

Mungkin lepas nie boleh kurangkan dengar lagu guna earphone. Tapi bila earphone buat hal, aku terpaksa tahan la jugak nak dengar lagu, nak dgr ikut pc or loudspeaker nnt menganggu pulak org lain. Sebab tu la aku banyak kali tukar earphone. Mungkin lepas nie kurang jugak hendaknya tukar – tukar earphone.

Nanti aku cerita berapa banyak kali aku tukar earphone, tu pun kalau aku nak.

Do not found benefit from this entry? Aku tahu, sebab aku saja je tulis. Nak hilangkan stress buat lab report yang…

p/s : Betul - betul nak jadi orang yang optimis dan proaktif
frensicksignature

Isnin, 14 Februari 2011

Self Reflect

Mana pergi semangat nak bagi pendapat yang dulu kau canang - canangkan?

Mana pergi bau hangat- hangat yang kau hangatkan dulu?
Dah betul jadi tahi ayam ke?

Mana pergi ayat - ayat kebudak-budakan yang kau guna dulu masa mula - mula aktif?

Mana pergi saf si budak pendiam peredam bunyi yang kecoh sangat bila menulis dulu?

Mana pergi trivia yang kau kata nak buat setiap entry?
Mana pergi "percentage Bahasa Melayu" yang kau kata kau nak kira dulu?

Tak kan dah jadi betul - betul diam kot?

Dulu kata "my text is louder than word"
Sekarang dua- dua dah jadi the most silent thing in the world?

I know you know that "Silence is Golden"
but you must know that To much silence can be such a burden.

Terlalu Banyak Perumpamaan konon...

p/s : Just for me...

frensicksignature

Sabtu, 22 Januari 2011

Home

Bila frensick dah jadi Homesick, aku tengok dua video nie...





Kalau dilihat video pertama tu, macam kurang harmoni kan? Tapi macam mana video yang kedua tu? nampak menarik tak? Jarang kita lihat ayah dan anak nyanyi sama - sama macam tu...

I like It...

dapat dari review Blogserius

P/s : Video kedua tu dapat page views paling tinggi dari yang pertama...

frensicksignature

Selasa, 16 November 2010

Antara Garisan

Salam Aidil Adha...

Terasa sayu bila teringat yang esok dah hari raya aidil adha. Terasa lain dan sedih pun ada jugak bila tak dapat sama - sama keluarga pada hari rari yang sangat mulia nie. dan bila hati mula rasa sayu, mood pun ikut sama. so bila time macam nie mula la terasa nak dengar lagu yang tenang sikit...

nak dengar lagu lain macam tak ada feel... so, aku dengar la lagu nie...




kalau dengar lagu nie mesti teringatkan cerita nie kan? tapi aku tak, aku teringat kan cerita nie :





cerita yang mengingatkan kita supaya tidak meletakkan hukum sesuka hati dan bahawa sesiapa pun boleh terjerumus kalau tak betul jaga diri kita, even kita sangka kita dah cukup baik...

Kalau nak tahu ceritanya : SINI

frensicksignature

Ahad, 14 November 2010

Sukan Negeri China Dengan Penipuannya





Belum reda lagi kisah kontroversi pemain gymnastic china di sukan komanwel India, new delhi, timbul lagi kerja buruk mereka dengan bermain dengan berat sebelah...

Petikan Dari KOSMO

Malaysia tumbang angkara pengadil!!!



REAKSI Safiq yang ternyata kecewa selepas dilayangkan kad merah pada pertemuan menentang China di Stadium Tianhe, Guangzhou, China semalam. Malaysia tewas 0-3.

MALAYSIA tewas 0-3 kepada China pada perlawanan penuh kontroversi dalam saingan Kumpulan A temasya Sukan Asia 2010 di Stadium Tianhe, Guangzhou malam tadi.

Ini kerana pengadil dari Australia, Ben Williams telah melayangkan tiga kad merah kepada Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan.

Selain itu, lima pemain lain iaitu Fadhli Shas, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Asraruddin Putra Omar dan Muslim Ahmad turut dilayangkan kad kuning berbanding pemain China yang langsung tidak diberi sebarang kad.

Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal jelas begitu berang dengan keputusan 'berat sebelah' pengadil yang sama sekali telah meranapkan hasrat Malaysia sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri dengan China.

"Ini pertama kali dalam sejarah saya melihat pengadil seteruk ini. Ini juga pertama kali saya bertindak untuk memberi komen terhadap pengadil.

"Saya cukup kecewa. Jika satu kad merah tidak mengapa. Ini kami terpaksa main sembilan pemain sepanjang 55 minit dan lapan pemain pada 10 minit terakhir," kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan semalam.

Pada minit ke-24, Mahali dilayangkan kad merah setelah didakwa sengaja menyepak bola ke luar padang manakala Safiq turut menerima nasib sama kerana dikatakan cuba membantah keputusan pengadil.

Kunanlan pula menerima kad kuning pertama pada minit ke-79 dan kad kuning kedua seterusnya kad merah seminit kemudian kerana memberikan sepakan penalti.

"Semua pemain telah berkerja keras biarpun terpaksa lawan 11 pemain. Cuma sukar untuk terus bertahan pada baki 45 minit dengan kekurangan pemain," jelasnya.

Gol pertama China dijaringkan Li Jianbin menerusi tandukan selepas sepakan percuma pada minit ke-61 diikuti gol kedua hasil sepakan percuma Zhao Honglue pada minit ke-64 sebelum Zhang Linpeng menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-82.




KONTROVERSI... Williams melayangkan kad merah kepada kapten Malaysia, Safiq Rahim (tengah) pada aksi di Stadium Tianhe, Guangzhou semalam. Malaysia tewas 0-3.


Sementara itu, Safiq yang merupakan ketua pasukan negara memberitahu: "Saya hanya tanya pengadil kenapa Mahali dilayangkan kad merah. Kemudian saya diberi kad kuning.

"Apabila saya tanya pula kenapa saya kena kad kuning, pengadil terus keluarkan pula kad merah," katanya.

Malaysia bagaimanapun tetap berjaya layak ke pusingan kedua selaku empat pasukan tempat ketiga terbaik dan akan bertemu juara Kumpulan B, Iran petang esok.


p/s : tak suka orang yang mengkritik secara negatif . kepada pengkritik, jangan nak salahkan pemain malaysia sahaja dengan cakap "admit je la dah memang kita weak".


frensicksignature

Rabu, 25 Ogos 2010

Another Engineering Thinking



Did all of you remember about the "Food for your thought" that i gave before?

Here and Here

Recently i blog walking into my other friends page and i found this interesting things

click picture to enlarge it

For further information about her blog, see here

frensicksignature

Ahad, 8 Ogos 2010

Tanda-tanda kematangan

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.


www.iluvislam.com
dihantar oleh : Ukhti Izzah
editor : everjihad
frensicksignature

Jumaat, 30 Julai 2010

Terlalu Banyak Berfikir

Tahun lepas aku pernah cakap dan beritahu yang aku pernah (dan mungkin lagi sedang sekarang) mengalami perubahan fikiran. Agak bangga diri di situ bila mengatakan yang diri ini sedang alami perubahan. Tapi itu bukanlah apa yang aku nak maksudkan. Bukanlah sebenarnya niat aku bercerita tentang perubahan sikap yang bermula dari suka berfoya – foya kepada seorang yang kuat berfikir hanya semata – mata untuk menunjukkan sikap riak dan takbur dan bangga diri (mungkin sedikit tu ada la, mungkin, moga – moga dapat hinder dari sikap macam tu). Tapi lebih kepada rungutan dan luahan rasa hati yang tak seberapa.

Kenapa aku katakan yang cerita aku dulu tu satu luahan rasa hati dan rungutan?
Sebab pada mulanya aku rasa sikap atau pemikiran macam nie agak bagus. Pada mulanya aku rasa yang jika mempunyai pemikran macam nie, aku akan rasa aku seorang yang mempunyai akal yang bernas. Jika berfikir tentang alam sekeliling, berfikir tentang hal terkini, berfikir tentang masalah dunia, berfikir tentang konspirasi, berfikir tentang keindahan alam, berfikir tentang msalah sosial, berfikir tentang isu terkini, berfikir tentang keajaiban dunia, berfikir tentang keunikan ilmu, berikir tentang itu, berfikir tentang ini, aku akan jadi seorang yang agak berilmu. Dari situ mula timbul rasa ghairah dan rasa obsess tentang apa yang difikirkan.
Sebagai contoh, jika sedang menonton berita dan keluar berita tentang masalah sosial, dengan tiba –tiba sahaja otak aku bergetar dan ligat memerah keringatnya untuk berfikir tentang cara mengatasinya.Idea – idea yang bernas terus keluar bagai cendawan lepas hujan lebat, ditambah lagi baja yang semulajadi. Jawapan – jawapan terus keluar macam anak kambing keluar kandang, kalau boleh macam anak kambing keluar stadium, berlumba – lumba. Terus hujah – hujah keluar bagai hujan turun ke bumi (Agak hiperbola di situ). Tapi yang malangnya, hujah – hujah yang bernas itu hanya keluar dalam bentuk ingatan dan renungan sahaja. Hanya keluar dalam bentuk angan – angan sahaja. Tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk teks atau rekod yang boleh dipaparkan untuk tontonan umum, yang boleh digunakan untuk dijadikan bahan rujukan untuk orang lain untuk mengatasi masalah itu. Hujah – hujah yang tadinya bernas hanya sepintas lalu bermain difikiran. Idea – idea yang tadinya bagus, bernas, bijak hanya mampu bermain difikiran, hanya mampu lalu sebagai “angin sepintas lalu”.

Itu baru cerita tentang fikiran aku semasa tonton berita, belum masuk lagi ketika sedang berbual bersama rakan – rakan dan orang – orang tua. Belum masuk lagi ketika aku sedang berbicara tentang isu – isu terkini bersama mereka. Sewaktu itu otak aku sama juga ligat memerah keringatnya untuk berfikir tentang cara mengatasinya.Idea – idea yang bernas terus keluar bagai cendawan lepas hujan lebat, ditambah lagi baja yang semulajadi. Jawapan – jawapan terus keluar macam anak kambing keluar kandang, kalau boleh macam anak kambing keluar stadium, berlumba – lumba. Terus hujah – hujah keluar bagai hujan turun ke bumi (Sekali lagi, agak hiperbola di situ). Tapi sekali lagi yang malangnya, hujah – hujah yang bernas itu hanya keluar dalam bentuk ingatan dan renungan sahaja. Hanya keluar dalam bentuk angan – angan sahaja. Tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk teks atau rekod yang boleh dipaparkan untuk tontonan umum, yang boleh digunakan untuk dijadikan bahan rujukan untuk orang lain untuk mengatasi masalah itu. Hujah – hujah yang tadinya bernas hanya sepintas lalu bermain difikiran. Idea – idea yang tadinya bagus, bernas, bijak hanya mampu bermain difikiran, hanya mampu lalu sebagai “angin sepintas lalu”. Kalau dapat keluar pun, hanya sekerat dua. Itu pun sebab ada ‘point’ atau bahan yang nak diceritakan. Ditambah lagi lepas dua tiga minit nak buat ayat sebab aku bukan pandai sangat bercakap kalau dalam situasi spontan nie. Tengok sahaja ayat aku kat sini yang berterabur macam tongkang pecah, ingat rumah je boleh jadi tongkang pecah?

Itu belum masuk lagi ketika aku sedang baca artikel –artikel yang agak berat macam artikel Mistisfiles, Hamka, dan artikel dari blog – blog lain, artikel dari surat khabar, artikel dari majalah, artikel dari surat hebahan dari masjid, surau, artikel dari program (Banyak aktiviti program dianjurkan kat sini waktu cuti ni). Semua itu sama sahaja. dengan tiba –tiba sahaja otak aku bergetar dan ligat memerah keringatnya untuk berfikir tentang cara mengatasinya.Idea – idea yang bernas terus keluar bagai cendawan lepas hujan lebat, ditambah lagi baja yang semulajadi. Jawapan – jawapan terus keluar macam anak kambing keluar kandang, kalau boleh macam anak kambing keluar stadium, berlumba – lumba. Terus hujah – hujah keluar bagai hujan turun ke bumi (Untuk kali ketiga, agak hiperbola di situ). Tapi yang malangnya, hujah – hujah yang bernas itu hanya keluar dalam bentuk ingatan dan renungan sahaja. Hanya keluar dalam bentuk angan – angan sahaja. Tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk teks atau rekod yang boleh dipaparkan untuk tontonan umum, yang boleh digunakan untuk dijadikan bahan rujukan untuk orang lain untuk mengatasi masalah itu. Hujah – hujah yang tadinya bernas hanya sepintas lalu bermain difikiran. Idea – idea yang tadinya bagus, bernas, bijak hanya mampu bermain difikiran, hanya mampu lalu sebagai “angin sepintas lalu”.

Kalau setakat berfikir sahaja aku tidak kisah sangat, tapi yang membuatkan aku rasa tak selesa bila sibuk sangat berfikir sehinggakan lupa nak buat benda lain. Sehingga jadi seorang yang tidak peka, mungkin pekak kot. Bila otak dah aktif dan mula ligat, mulalah hujah – hujah tadi bermain dan kemudian, lupa nak makan, lupa nak buat itu, buat ini. Bila dah mula ligat otak nie, sampai siapa lalu depan mata pun tak nampak. Biasanya orang kata dah jauh mengelamun. Perkara nie biasanya berlaku pada orang yang angau, orang yang susah hati, orang yang tengah cari ilham, orang yang tengah marah. Tapi aku pulak kena hampir tiap masa.

Lagi teruk bila dah ada idea dan ada nota nak ditulis, hanya rajin nak tulis kata kunci sahaja (Keyword). Malas nak tulis banyak – banyak. Lepas tu simpan dalam desktop buat perkasam, lagi lama lagi bagus. Bila nak buka balik untuk buat rujukan, mulalah melopong tak faham kata kunci tu untuk apa. Tak faham apa yang patut ditulis. Bila gatal dan degil nak tulis jugak, tak sama macam idea asal. Jadi lain dari apa yang sepatutnya nak dicerita. Lagi bertambah teruk bila kerja lain pun ditangguhkan, kerja yang mudah dan sepatutnya boleh siap dalam berapa minit sahaja pun nak ditangguh dengan alasan idea tengah nak datang. Bila nak buat itu, nanti dululah, nak buat ini, nanti dululah. Akhirnya satu apa pun tak jadi. Dah jadi agak beban pulak. Beban yang dah lama bertapak sejak aku mula berblog lagi. Alahai, apalah nasib, penyakit cari sendiri, sebab itulah aku dipanggil Frensick kot, fren yang SICK.



Pernah baca pasal parasitisme? Segmen TBP Yang aku ceritakan dulu. Entry tu pun ada terselit jugak luahan hati aku tentang perkara macam ni tapi tak begitu detail dan tidak menjerumus ke arah bab tidak peka. Hanya cerita pasal sikap yang jadi seorang yang lupakan tugas sebagai ahli kumpulan. Antara punca terbesarnya, sikap inilah, sikap suka sangat berfikir tentang perkara luar bidang, berfikir tentang pengetahuan am sehinggakan lupa akan perkara penting yang perlu diutamakan.

frensicksignature

Kenapa Daftar Pertengahan Tahun?

Masa mula – mula aku hidup sebagai seorang yang betul – betul lepasan SPM, hidup aku tunggang langgang dengan perubahan mendadak yang aku alami. Dari kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah sehingga menjadi seorang penganggur yang tunggang – langgang. Cari kerja sana sini, berhempas pulas bekerja sambil merungut. Kenapa lah aku kena kerja. (Fakta: aku memang tidak suka bekerja)

Tempoh beberapa bulan berkerja membuatkan aku terfikir kenapa aku kena bekerja. Kenapa perlu ada cuti yang begitu lama. Mungkin untuk beri masa kepada lepasan SPM untuk berehat sebentar sebelum melangkah ke alam IPT. Ya lah, bukan senang menjadi seorang pelajar sekolah menengah nie. Banyak perkara perlu dipelajari. Banyak perkara perlu diingati. Banyak perkara jugak yang perlu di ambil berat terutamanya yang berkaitan dengan peperiksaan. Tambahan lagi, sewaktu sekolah dahulu, lebih menitikberatkan ilmu dari segi teori berbanding amali. Maknanya, lebih banyak perkara perlu dihafal, diingati, dan dipelajari. Maknanya juga, otak lebih banyak bekerja berbanding badan. For your information, penat otak adalah lebih penat dari penat fizikal. Sebab tu la kena banyak masa untuk otak berehat. Agak lama jugak kan?

Lama – kelamaan baru aku sedar yang sebenarnya tempoh masa untuk keputusan SPM keluar adalah lama dan dalam tempoh masa itu, aku tidak boleh duduk diam diri semata – mata untuk rehatkan otak . Kena belajar berdikari sedikit demi sedikit (Walaupun begitu, masih banyak lagi perkara yang belum dipelajari).

Semasa aku belajar sebagai seorang pelajar matrikulasi, aku masih lagi terfikir kenapa perlu ada cuti yang begitu panjang sehingga hampir setengah tahun selepas peperiksaan SPM. Aku pun berfikir lagi dan mendapat jawapan sedikit demi sedikit (Mungkin). Oh! Mungkin kerana peperiksaan SPM tu sangat penting dan perlu diperiksa dengan begitu teliti berbanding peperiksaan lain seperti UPSR dan PMR.

Tetapi peperiksaan PMR pun apa kurangnya? Agak penting juga untuk diperiksa dengan teliti? Sekali lagi aku mendapat jawapannya. Oh! Mungkin kerana subjek peperiksaan SPM tu lagi banyak dan spesifik, sedangkan di sekolah aku sendiri pelajar boleh mengambil 10 mata pelajaran, itu tidak termasuk yang belajar di sekolah teknik, sekolah vokasional, sekolah menengah agama, sekolah menengah sains, yang ambil peperiksaan sebagai calon luar juga tidak terkecuali. Tidak termasuk juga yang ‘gatal’ mengambil berbelas mata pelajaran, tidak kurang juga yang berpuluh. Sebab itu perlu lagi banyak masa. Untuk diperiksa, untuk dikemaskini dahulu sebelum dikeluarkan sebagai keputusan peperiksaan rasmi. Selepas itu aku tidak lagi bersoal tentang kenapa perlu cuti yang panjang selepas peperiksaan SPM.

Akan tetapi, sejak kebelakangan nie, persoalan tu makin segar balik dalam minda aku. Entah kenapa aku rasa masih lagi ada jawapan lagi kukuh yang boleh aku perolehi. Ada lagi persoalan kenapa kita perlu daftar untuk masuk di dalam IPT tidak kira awam mahupun swasta dalam pertengahan tahun. Kenapa perlu daftar dalam bulan 6 (Jun) atau 7 (Julai), paling cepat pun dalam bulan 5 (Mei).
Nak tahu jawapannya?


Tunggu...


P/S : Ada yang belum tahu jawapannya dan nak tahu, Ada yang belum tahu jawapannya, tapi buat – buat tahu. Ada yang sudah tahu tapi buat – buat tak tahu kerana ada agenda tersendiri, ada yang sudah tahu dan mahu beritahu lagi untuk berkongsi apa yang mereka tahu dan juga ilmu.
Kita mahu kita dimana?





frensicksignature

Khamis, 15 Julai 2010

Jangan Tanya Kepada Mereka, tanyalah mereka

Jangan tanya pisau
Apa itu kesaksamaan,
Kerana mereka hanya tahu memotong,
Bukan membahagi

Jangan tanya dacing, apa itu keadilan,
Kerana mereka hanya tahu hak sama rata
Bukan meletakkan sesuatu pada tempatnya

Jangan tanya mangkuk apa itu tolong-menolong
Kerana mereka hanya tahu menerima,
Bukan memberi

Jangan tanya pahat apa itu kepimpinan
Kerana mereka hanya tahu tunduk diketuk

Jangan tanya penukul apa itu ketaatan,
Kerana mereka hanya tahu mengarah
Bukan mendengar

Jangan tanya nila apa itu kemuliaan
Kerana mereka hanya tahu merosakkan
Susu di dalam satu tempayan,

Tanyalah semut apa itu kerajinan
Kerana hanya mereka yang tahu mana gulanya

Tanyalah lebah apa itu nikmat
Kerana mereka telah rasa madunya

Tanyalah ruyung apa itu kehormatan
Kerana hanya mereka tahu nilai sagunya

Tanyalah kitab apa itu ilmu
Kerana disitu terdapat apa yang tidak kau ketemu





frensicksignature

Terlalu Banyak Perumpamaan | Kebarangkalian Bahagian 1






Probability

Apa itu probability?

Apa itu kebarangkalian?

Barangkali kita tahu, barangkali kita tak tahu.

Probably we know, probably we not.

Tu je yang kita dapat jawab sendiri. Sebab kita sendiri tak tahu berapa ramai yang tahu tentang kebarangkalian. Sebab itu kita hanya boleh jawab barangkali, bukan pasti. Sebab kita tak tahu berapa ramai yang tahu perkara itu. Dan kita jugak tak tahu berapa ramai yang akan tahu. Diulangi, kita tak tahu berapa ramai yang AKAN tahu.

Akan, satu perkataan yang membawa maksud mendatang, yang bermaksud belum lagi terjadi tetapi barangkali terjadi dalam masa terdekat (atau jauh). Sebab itu digunakan perkataan “akan” sebab ia belum jadi.

Jika kita meramal perkara yang belum terjadi, ia adalah suatu perkara yang sangat bahaya. Kerana termasuk dalam perkara yang dilarang dan berdosa. Akan tetapi, kenapa kita belajar kebarangkalian dalam matematik? Bukankah apa yang dipelajari dalam bab kebarangkalian adalah suatu yang belum pasti terjadi? Sesuatu yang belum tentu terjadi. Kenapa kita belajar kebarangkalian?

Di dalam konsep kebarangkalian yang dipelajari sebagai subtopik dalam mata pelajaran matematik asas atau moden, ada beberapa kriteria yang diabaikan dan tidak diambil kira kerana sifat subjektifnya yang amat besar dan infiniti (Mungkin). Ini menyebabkan ia diabaikan dan menyebabkan orang yang bertanggungjawab mengkaji konsep kebarangkalian membenarkan ia dipelajari.

Sebagai contoh, dalam suatu eksperimen fizik, beberapa aspek perlu diabaikan kerana sifat subjektifnya dan sifatnya yang tidak boleh diukur (Immeasurable). Aspek yang tidak boleh diukur seperti inersia (inertia), yang hanya boleh ditentukan dengan kewujudan jisim dan pecutan. Tidak boleh diukur secara terus, contoh lain seperti rintangan angin ketika eksperimen pecutan buah epal ketika jatuh. Seperti jumlah daya geseran antara molekul – molekul ketika dikenakan daya mampatan atau regangan. Sifat seperti ini adakalanya diabaikan kerana terlalu kecil nilainya dan ada juga terlalu sukar untuk dikira. Sebab itu ia diabaikan (Neglected).
Begitu juga dengan pelajaran kebarangkalian, terdapat beberapa perkara yang diabaikan dalam mengambil kira keputusan sesuatu perkara. Sebagai contoh:

Jika terdapat dua biji bola merah dan kuning di dalam kotak, berapakah kebarangkalian bola merah diambil?

Tentu jawapannya 50% kan?

Kenapa? Sebab kita hanya mengambil kira jumlah bola yang terdapat dalam kotak itu. Kia tidak mengambil kira aspek lain seperti aspek minat si pengambil bola. Kita tidak mengira aspek lain seperti kewujudan bola luar.

Cuba lihat soalan ini pula :

Jika terdapat dua biji bola merah dan kuning di dalam kotak, berapakah kebarangkalian bola merah diambil? Si pengambil bola hanya dibenarkan untuk mengambil bola merah.

Jawapannya sudah tentu 100% bukan?

Bagaimana pula dengan ini :

Jika terdapat dua biji bola merah dan kuning di dalam kotak, berapakah kebarangkalian bola merah diambil? Si pengambil bola hanya dibenarkan untuk mengambil bola merah, tetapi dia minat akan bola kuning.

Bagaimana pula jawapannya?


Jawapan ditinggalkan untuk anda fikirkan





Maaf, perbincangan terpaksa ditangguhkan bahan tak cukup, kita sambung kelak...





frensicksignature

Betul Apa Yang Mereka Cakap

Betul apa yang mereka cakap, siapa mereka itu tidak perlu dipersoalkan tetapi apa yang perlu dipersoalkan ialah apa yang mereka cakap

Mereka cakap :

“Bila kita kejar dunia, dunia akan lari, tapi bila kita kejar akhirat, dunia akan kejar kita.”

Siapa yang tak setuju? Sila buat eksperimen sendiri. Sila buat pemerhatian sendiri dengan hati dan pemikiran yang neutral. Ingat neutral. Tidak berat ke kanan atau ke kiri. Tidak terlalu berat, tidak pula ringan. Tidak terlalu peka dan tidak pula leka. Itulah yang dinamakan keseimbangan (Equilibrium)

Kenapa mereka cakap dunia akan lari bila dikejar? Kenapa perlu kejar dunia? Apa yang dimaksudkan dengan “dunia” yang dikejarkan?

Apa yang kita lihat, apa yang kita nampak, apa yang kita rasa, apa yang kita dapat capai dengan pancaindera kita itulah dunia. Yang kita lihat, dengar, rasa, sentuh, suka, puja. Itulah dunia.

Renungkanlah,

Apalah gunanya cahaya yang cantik, pemandangan yang indah, matahari yang menyinar jika tidak dapat dikesan oleh nikmat pandangan?

Apalah guna nasi lemak, kari kepala ikan, sotong masak merah, kerapu masak tiga rasa kalau tiada nikmat lidah untuk merasa?

Apalah gunanya alunan lagu yang mendayu, suara yang lunak, bunyi burung yang menenangkan jika tiada nikmat mendengar?

Apalah gunanya semua itu dan lain lagi yang diberi kepada kita jika nikmat akal tak digunakan sepenuhnya?

Tapi kenapa semua yang diberi itu dikejarkan? Kenapa? Kenapa perlu mengejar dan melihat si kacak dan si jelitawan sehingga sanggup mengejar dan melihat lebih dari itu? Sehingga sanggup mengejar dan melihat apa yang dilarang? Mengejar dan melihat apa yang tidak sepatutnya? Kenapa biarkan orang lain melihat apa yang kita tak patut mereka lihat? Kenapa biarkan diri “dilihat”?

Kenapa perlu mengejar hasil dunia sehingga lupa akan tanggungjawab? Kenapa perlu kejarkan pekerjaan yang disangka punca pemberi rezeki makanan sehingga lupa yang lima? Kenapa perlu makan sehingga sanggup tinggal puasa? Kenapa?

Kenapa perlu mendengar “halwa telinga” dunia sehingga lupakan “halwa telinga” akhirat?





Kenapa?






Kenapa?

tak perlu mencari mood sebagai seorang yang bijak beragama. Tak perlu mencari mood dan membayangkan diri sebagai seorang yang alim untuk merenungkan hal nie. Cukup sekadar kita faham apa yang kita sedang fikirkan dan dapat menyedari apa yang sedang berlaku sekarang.
Itulah dunia? Tapi apa itu akhirat? Tiada jawapan bagi yang tidak mencarinya? Dan aku sedang mencarinya. Kesimpulannya aku tak boleh jawab. Mungkin inilah yang dinamakan ILMU KETUHANAN, sedikit berbeza dari ilmu keagamaan dan sudah tentu lain dengan ilmu

keduniaan.



Kalau kita rasa kita dah kebal untuk cabar hukum tuhan, silalah bakar kulit sendiri. Cukup sekadar itu untuk buat kita rasa sakit, pedih, yang amat sangat. Di situ kita boleh ambil pengajaran.

p/s : nota untuk sendiri. Tidak mengharapkan sesiapa untuk faham. Ketawalah puas – puas bagi mereka memahami dan yang kenal aku punya true face.










frensicksignature

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails