Sabtu, 16 Januari 2010

Sebuah kisah yang menyentuh perasaan

Mungkin ada yang dah pernah dengar cerita nie, mungkin jugak ada yang belum. Kepada yang dah dengar, kita imbas kembali dan kepada yang belum pernah jumpa cerita nie, jadikan ia pengajaran.

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah.. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!"

sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,

"Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah..Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik.Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namunadik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,

"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!""

Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!""

Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,"

aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak."Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti.

"Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku.

"Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapasebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab,

"Akak lihatlah pakaian adik ni.Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,

"Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,

"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?"

aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?

"kata adik."

Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak."

kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?"

katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.

Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,

"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab,

"Selain emak, kakak saya...."
katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut.. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. "

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria


frensicksignature

Khamis, 14 Januari 2010

Kenangan Zaman Sekolah

Sekarang nie dah lebih kurang 2 minggu mula musim sekolah kan? Hari mak bapak mula sibuk nak kejut anak – anak bangun pagi, suruh pergi mandi,lepas tu hantar anak pergi sekolah, ? Aku rasa la, sebab member aku cakap macam tu, kalau dia tipu maknanya aku kena tipu la. Tapi tu bukan la apa yang aku nak highlight kan sekarang. Lagipun aku mana ada anak lagi nak sibuk tau hal sekolah budak –budak. Bila cuti penggal pertama, penggal kedua pun aku tak tahu.

Cuma rasa sepi bila terkenang zaman sekolah, lebih – lebih lagi zaman sekolah rendah. Banyak perkara manis yang aku masih ingat masa sekolah rendah dulu. Pahit lagi banyak. Tu yang rasa nak post je perkara yang aku rasa ramai orang lalui, lebih – lebih lagi orang yang sezaman dengan aku la.

Ni ha perkaranya :

budak2 yg lahir pada tahun 70/80/90an mesti ingat :

1. kat skola ade salesman jual buku cerita, hari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau.
2. -salesman susu pun camtu gak.
3. kat library, budak2 memang baca buku tapi just tengok gambar je. bila ada program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku.
4. RMT kat skola makanan tak sedap, tapi yang berduit pun join RMT,
5. main lwn pemadam, sayang nak guna untuk padam, padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
6. pakai pembaris yg bergerigi, kat dalam ada air pastu ada bende berkilat dlm air tu.
7. cikgu pakai pembaris kuning panjang ada pemegang kat tengah tapi tak pernah nmpk cikgu
8. pegang pun kat situ.
9. bulu ayam jadi ramping kerana sering dijadikan rotan.
10. time pendidikan seni, lukis sume boleh tapi bile time kaler sume hampeh, ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
11. main game 2D, super contra, super mario, street fighter, part paling best ialah semuanya pakai tape.
12. takut BCG sampai kecoh itu la ini la.tapi bila lepas inject belagak la pulak
13. balik skola beli JoJo tak pun Dindang, Tora pun best jugak, beli semata - mata nak mainan, coklat tak makan pun.
14. -Suka cari kasut berlampu kat tapak, yg iklan dia kat TV bole tembak alien tu.
15. Siri kartun; Power Rangers, Ultraman, Transformers, Ninja Turtles, Thunder cats, Mask Man, Gaban dan macam lagi.


jangan lupa semua ni sebab zaman sekarang budak – budak tak dapat lalui apa yang kita lalui.


frensicksignature

Ahad, 10 Januari 2010

Terlalu Banyak Perumpamaan | Parasitisme

Tanpa dimulai dengan kata – kata pendahuluan atau pun ayat – ayat berbunga, aku nak menceritakan apa yang sepatutnya aku ceritakan dulu.

Terlebih dahulu aku nak minta maaf banyak – banyak sebab buat korang tertunggu – tunggu akan cerita tentang TBP nie. Mungkin ada yang dah tak ingat lagi apa tu TBP sebab dah lama menunggu dan hampir malas nak fikir pasal TBP nie. Tak pe la, aku pun tak harap sangat korang menunggu sebab aku pun tak expect banyak info kat entry nie.

Dah lama dah aku rasa aku berfoya – foya dan berehat. Ini menyebabkan page aku agak huru – hara dan jadi sepi sekarang nie. Tapi tu dulu. Sekarang nie masa untuk menjadi seorang pemikir semula. Memikirkan tentang keadaan alam sekitar, tentang kehidupan yang selari dengan fitrah kita. Berfikir sehingga pening kepala kita.

Baiklah berbalik kepada apa yang kita nak bincangkan :



PARASITISME



Apa itu parasitisme? Apa maksud parasitisme? Kalau dalam entry yang lepas – lepas, dah diceritakan tentang konsep mutualisme dan komensalisme. Ok kalau ada yang faham baguslah. Sekarang nie ak diceritakan pulak tentang parasitisme. Parasitisme bermaksud hubungan dimana antara dua hidupan sama ada haiwan – haiwan, haiwan – tumbuhan, tumbuhan – tumbuhan, tumbuhan manusia, haiwan – manusia. Dan sebaliknya. Hubungan nie dimana member keuntungan kepada satu pihak akan tetapi memberi mudarat kepada pihak yang lain. Faham?

Sebagai contoh, virus ; virus hidup dalam badan haiwan dan juga dalam tumbuhan, termasuklah juga dalam badan manusia. Ia hidup dengan memakan apa yang perumahnya makan, atau lebih teruk memakan perumahnya. Ini sudah tentu merosakkan perumahnya. Sebab tu la kalau kita dihinggapi virus, kita akan merasa kurang sihat dan mengundang pelbagai penyakit.

Contoh lain ialah seperti ulat beluncas dalam suatu kawasan tanaman. Ulat beluncas hidup dengan memakan hasil tanaman, ini sudah tentu merosakkan tanaman tersebut.

Begitulah juga dalam kehidupan kita. Memang tidak mustahil berlakunya konsep parasitisme dalam kehidupan kita sehari – harian. Sebagai contoh orang yang membuat kerja berkumpulan dan salah seorang dari mereka hanya bertindak sebagai “penumpang” sahaja. Jika tiba masa untuk pembentangan si penumpang itu tidak tahu apa – apa tentang apa yang dibentangkan. Sudah tentu ini akan menjejaskan pemarkahan keseluruhan termasuklah markah mereka yang penat bekerja dan bersusah payah dalam sesuatu kumpulan itu.

Perkara macam ni dah pun berlaku pada diri aku, sebab tu la aku nak ceritakannya pada semua orang, betapa bahayanya konsep ni kat kita. Pernah suatu masa dulu (tidak lah begitu lama, dalam beberapa bulan lepas) aku menjadi ahli dalam kumpulan untuk membuat tugasan. Aku tidak begitu menghiraukan apa yang berlaku dalam kumpulan sibuk dengan perkara lain yang agak kurang penting sehinggakan terlupa akan tugas.Disebabkan perkara itu aku tidak dapat menyelesaikan bahagian tugasan yang diberi dengan sempurna.

Perkara ini amat memberi impak kuat pada kita kerana kita akan merasa seperti sudah kehilangan kepercayaan dari orang sekeliling kita. Kita akan merasa diri kita seperti orang yang tidak berguna kepada orang lain. Dan itu amat menyakitkan melainkan kita jenis orang yang “hati kering”.

Aku tak berapa pandai nak menganalisis apa yang aku peroleh tetapi kalau setakat satu dua tu boleh la. So dengan konsep yang aku dah bagi ni, cuba kita fikir balik apa hubungan kita dengan orang disekeliling kita? Adakah Komensalisme, Mutualisme atau Parasitisme?

Fikir – fikirkan lah…





frensicksignature

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails