Jumaat, 8 Oktober 2010

Back To Basic (In Different Perception)



Found this idea accidentally when trying to sleep but it does not happen that day. But at least it give me a few effect (hopefully).

Baiklah, sebelum apa - apa berlaku, maaf dihulurkan, bukan kerana hari ni hari raya, bukan kerana mood raya yang belum habis tetapi nak minta maaf jikalau apa yang ditulis nie agak kasar sikit.

Sebenarnya baru lepas tonton balik cerita Ironman lakonan Robert Downey JR. Sebagai Tony Stark kalau sesiapa still tak tahu apa tu cerita Ironman boleh pinjam orang lain punya DVD atau download sendiri. Dah bertahun cerita tu sebenarnya tapi still tak bosan di mata aku kenapa?
Ada hidden messages yang boleh kita ambil dari situ. I think so.

Memang tak dinafikan ada hidden messages yang berunsurkan niat jahat dan berunsurkan ********** tapi bukan itu yang aku nak cakapkan sebab unsur tu terlalu besar dan bagi aku agak bahaya untuk dipersoalkan kat sini. Ini tempat luahan rasa dan idea, bukan untuk membincangkan hal yang serius yang sama level dengan hal ketenteraan dan kenegaraan. Apa yang penting sekarang aku cuma nak cakap pasal hidden messages yang boleh dijadikan tauladan dan aku tak nak cakap pasal hidden messages yang lain.

Kalau ditonton balik cerita tu apa yang aku nampak teknologi yang digunakan dekat kilang Tony Stark sangat tinggi dan tak boleh nak dipertikaikan dan masih jauh berbanding apa yang kita guna sekarang. Kalau kat rumah pulak kemudahan yang amat kompleks dah teliti sehinggakan ada “Jarvis“ yang jadi second assistant dalam rumah dia.

Tapi bila dia kena tangkap dengan askar Ten Ring tu, apa yang dia ada tak berguna langsung. Tak ada maknanya sebab semuanya tak ada nilai. Yang ada nilai masa tu ialah kebebasan dan ilmu. Ya. Kebebasan dan ilmu. Dan yang nak dikorek sekarang ni ialah ilmu. Kalau kita tengok, Tony Stark seorang yang suka akan peralatan yang canggih dan peralatan yang berteknologi tinggi. Tapi mana peralatan yang canggih tu semua masa dia kena culik? Tiada! Semuanya kat rumah dan kilang, bukan bersama dia.

Apa yang dia ada hanyalah ilmu. Itu sahaja. Dan dengan ilmu tu lah dia buat suit ironman yang basic dan lepaskan diri. Tapi kalau kita tengok balik macam mana dia buat suit tu? Dia tak ada teknologi yang tinggi dekat kawasan tahanan tu tapi masih boleh cipta benda yang canggih? Itu sebabnya kerana dia gunakan kaedah yang basic iaitu, kimpalan (Welding), (Casting),Pateri (Soldering),

Cuba tengok masa dia buat Acuan (Die Mold), dia gunakan pasir yang warna yang sama dengan apa yang kita orang belajar dulu dalam subjek Proses Pembuatan (Manufacturing Process). Cara yang digunakan juga sama. Kalau tengok lagi masa dia ketuk topeng besi dia tu, lepas tu dia masukkan dalam air bagi sejuk. Kalau dalam peraturan kejuruteraan. Tak boleh masukkan besi yang masih panas dalam air sebab boleh melemahkan dan menjejaskan struktur molekul besi tu untuk jangka masa yang lama. Tapi kenapa Tony langgar peraturan tu? Sebab dia tak tahu? Bukan! Tapi sebab dia tahu yang topeng besi tu tak guna untuk jangka masa yang lama. Hanya digunakan untuk lepaskan diri dari tahanan, tu sahaja. Dan topeng tu tak akan rekah dalam jangka masa yang pendek. Dan dia pulak kesuntukkan masa.




Kenapa seorang yang terlalu minat akan peralatan yang canggih masih boleh ingat akan benda yang basic macam tu? Sebab ingatan dia kuat? Mungkin jugak pengarah filem tu nak buat watak dia macam tu. Mungkin jugak pengarah filem nak buat watak dia tu seorang yang amat mementingkan amalan. AMALAN!.

Kalau kita patah balik kat babak dia belek – belek barang kat rumah dia, kita pasti perasan yang dia sedang explode engine motor dia (mungkin enijn motor). Dari situ kita boleh anggap dia memang still guna kaedah basic. Lagi satu babak kita boleh tengok masa dia pateri (solder) prototaip kaki Suit Ironman dia. Dia gunakan solder yang biasa je. Dengan alat yang biasa je dan kita boleh jumpa kat sekolah dan beli kat kedai alat elektronik. Jangan cakap kat rumah Tony Stark tak ada peralatan yang lebih canggih? Jangan cakap si Jarvis yang canggih tu tak boleh nak pateri? Sekarangkan dah ada teknologi yang tolong paterikan alat, macam teknologi pateri peranti kat dalam Litar Bersepadu (Intergrated Circuit, IC), Unit Pemprosesan Pusat (Central Processing Unit, CPU). Jangan cakap pengarah filem tu lupa nak tengok kat adegan tu dan lupa nak alter?





Itulah pentingnya amalan.

Salah satu sebab kenapa aku suka tengok cerita yang diterbitkan dari luar negara ialah kerana apa yang ditayangkan adalah nampak bersungguh – sungguh. Mereka terbitkan cerita tentang sesuatu bidang seolah – olah bukan orang awam yang tonton tetapi pakar dalam bidang itu yang tonton. Sebagai contoh cerita House dari abc studios. Cerita tu seolah – olah semua penonton dalam dunia nie adalah student medic dan doctor. Tapi apa yang dipersembahkan agak senang untuk difahami dan penonton especially student dari bidang lain pun boleh minat nak tengok (termasuk kawan – kawan aku yang memang bukan dari jurusan perubatan).dan kalau tengok cerita CSI pulak. Mereka buat cerita tu macam kita nie semuanya ahli forensic dan polis. Sedangkan tidak. Dan kalau cerita National Treasure, kita nie macam ahli sejarah dan ahli arkeologi. Tapi Cuma ada satu soalan. Kalau cerita macam The Matrix dan The Lord of The Ring, mereka buat cerita tu seolah – olah kita nie macam apa?

p/s : entry nie dah lama jadi perkasam kat folder dan draft...







frensicksignature

Rabu, 25 Ogos 2010

Another Engineering Thinking



Did all of you remember about the "Food for your thought" that i gave before?

Here and Here

Recently i blog walking into my other friends page and i found this interesting things

click picture to enlarge it

For further information about her blog, see here

frensicksignature

Ahad, 8 Ogos 2010

Tanda-tanda kematangan

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.


www.iluvislam.com
dihantar oleh : Ukhti Izzah
editor : everjihad
frensicksignature

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails