Rabu, 29 April 2009

The Last stand


Hahaha, semangat X Men (sebab baru lps tgk movie td) best gila tahap gaban. Tapi yang buat spoilernya boleh pulak ada scene tak siap. Ada gambar orang dan persekitaran yang belum siap “render” lagi. Nasib, nasib…

Tu la, lain kali tengok movie yang original. Kan dah tak best tengok yang pirate punya…

Ok la, kali ini bukan itu yang aku mau ceritakan ye (macam ikut johan pulak, wei kau tak minat dia pun kan?). kali ni aku nak beritahu satu pengumuman yang mungkin agak menyedihkan atau mungkin juga agak menggembirakan kepada semua orang (serius ya amat…). Mulai dari hari ni dan seterusnya, kemungkinan besar aku akan jarang – jarang atau jarang kuasa dua meng’update’kan blog aku dan entry aku. Nak tahu kenapa? (kalau yang betul – betul ikut entry aku mesti dah tahu). Sebab aku kena alami cuti panjang (macam panjang sangat ye). For all of your information, start 30 hb april 2009 aku akan jarang melayari ruangan ini. Rumah aku dengan lengkapnya tiada perkhidmatan internet. Tidak kira streamyx, broadband, wireless, WiFi (sama la macam wireless, ngok…) GPRS, EDGE, dan etc (maksudnye lain – lain lagi yg berkenaan).

Secara kesimpulannya, aku akan jarang melayari dunia maya (my second most precious life) dan juga jarang melawati blogger ni. Tapi tidak mengapa kerana jika ada kesempatan, mungkin aku akan baca semua entry korang (termasuk yang suka update entry sekali sehari atau paling kerap sejam sekali). Paling kerap pun mungkin seminggu sekali aku akan online dan update aku punya entry dan blog (termasuk juga Friendster, myspace dan tagged). Walaupun agak berat dan mungkin terbeban namun akan ku gagahi jua membacanya (haha, ayat tak boleh blah, macam apa la…). kalau ada yang ingin meneruskan hubungan dua hala, sila emel kepada aku. Alamat? Cari sendiri… hahaha

Rindu? Tipu la kalau aku cakap tak rindu. Dah la baru kenal dengan banyak kawan kat blogger ni, tup tap tup tap dah nak kena “long term offline”. Sedih la (did someone else want to wipe my tears?). Korang pun jangan sedih ok? (jangan harap, kau ingat dia orang semua ingat kat kau ke?).

But honestly

Without all of you

I’m nobody

Without all of you

I’m nothing

Without all of you

I’m just being a loser

Yes, I mean it…




p/s : tengah syok lyn lagu Beyonce - Halo sambil buat entry ni. Ada cadangan supaya korg semua dengar lagu ni time sorg waktu malam sunyi2, lepas tu kenang balik kat time sekolah korg, walaupun lirik xde kaitan tapi best wo…

(tangkap masyuk beb…. Lagi2 kalau time tu hujan dan korg stay tepi tingkap)

kepada kak farhana, saf x dpt buat tag tu skang sbb tgh sepah kan bilik dan umah cari gmbr kecik, hehehe… nnt ada masa saf buat masa ye






fensick Saf Pictures, Images and Photos

Ahad, 26 April 2009

countdown again... 4 days remaining...



Tiga cerita dalam satu ruang



macam pelik je kan? tapi tu yang aku nak bagitahu. kali ini tiga cerita dalam satu entry.

wah, sedar tak sedar dah tinggal 4 hari lagi aku nak cuti. alahai malasnya nak cuti, membosankan...

ada siapa - siapa boleh bagi cadangan nak buat apa cuti nie?

malasnya aku fikir pasal cuti ni. dah la tu nak kemas barang lagi. tak tau mana nak letak semua barang ni. nak bawa balik? banyak sangat. boleh pulak aku punya family malas nak ambil, hampeh...

macam mana nak buat ni? dah la frust tak dapat jawab paper exam belum hilang lagi, ni pulak masalah nak letak barang kat mana lak datang.

ah lantaklah, relaks je, buat pe nak panik - panik, bukan dapat apa pun kan?

ok, tukar topik pulak, kali ini pasal award pulak, ha, award lagi?
entah la, empunya award ni pun tak tau nak panggil benda alah ni apa... nak panggil apa ha?

ni ha bendanya :
dapat dari kak farhana, "thanks a lot.."


ok tukar topik lagi, kali ini pasal ntahla, ntahla?
ye, ntahla, tapi bukan maksud aku tak tau apa- apa. ni berkenaan laman web Ntahla.

yeaaayy...!!!
blogku terpapar disana..
hahaha gembira jugak la...



gembira sangat tapi sedih pun ada gak, sebab rating 0..
tak pe, tu bukan penting pun, untuk permulaan memang macam tu la kan?





fensick Saf Pictures, Images and Photos

Sabtu, 25 April 2009

Rindu Kalian

Hai semua,
hai di sana,
hai sini,
hai disitu
hai disinun (ada ke?)
Udah udah tak payah nak merepek...

Kali saje je nak post gambar ni
sebab aku rindu kat kalian...
(hahaha, ayat merepek meraban...)

kepada ahli - ahli Praktikum fizikal 46
can all of you remember this time?
kem jati diri, ingat lagi tak abang hasrul fasilitator dari UTM tu?










fensick Saf Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails