Khamis, 18 Mac 2010

Kenangan Yang Kembali Segar

Dah lama dah, lebih kurang tiga tahun sejak aku meninggalkan zaman kolej matrikulasi dan menyambung pelajaran di sini. Boleh tahan jugak la kenangan yang aku dapat dari sana. Walaupun tak banyak seperti hidup orang yang sentiasa happening, tapi aku berasa sangat gembira dan kalau boleh aku nak kembali ke masa lampau dalam dua tahun kebelakang untuk menikmati kembali apa yang aku nikmati dulu. Namun tu semua hanyalah khayalan semata. Hakikatnya aku tak boleh nak berpatah balik walau sesaat pun, tidak, bukan sahaja sesaat tapi kurang dari tu pun aku tak dapat.

Walaupun dah dua tahun aku meninggalkan zaman tu, namun kenangannya masih lagi ada, dan seperti biasa adakalanya kelam adakalanya segar. Dan sekarang nie masa untuk kenangan tu segar balik. Rasa rindu pun ada bila ingat balik apa yang aku dah alami masa dulu. Masa bersama rakan – rakan satu kelab, satu LDK, dan satu praktikum. Tapi yang paling aku rindu ialah rakan satu kelab. Tak tahu kenapa.

Sebulan dua sebelum ni pulak diorang macam tiba – tiba datang balik kat aku dengan tiba – tiba aku terjumpa diorang kat FB. Masih ada rezeki aku untuk jumpa balik dengan dorang. Rasa nak gelak pun ada. Ya lah, tiba – tiba sahaja semua orang macam berkejar – kejar muncul kat hidup aku, atau lebih tepat muncul kat suggestion friend sebelah kanan bila aku masuk kat laman web FB. Tapi itu satu dua bulan sebelum tu, sekarang lain pula ceritanya. Kalau dulu dia orang berkejar – kejar muncul dalam suggestion friend FB aku, sekarang dia orang berlari – lari pulak nak lesap dari pandangan mata atau lebih tepat makin menyepi dalam FB aku. Aku cuba komen tak ada respon, cuba mesej lambat “dua tiga tahun” baru dibalas. Entah la, dia orang nie ikut prinsip keabadian tenaga kot. Macam – macam la (Akibat terlalu banyak sangat buat Lab Report).

Lebih menyakitkan hati dan lebih membuat aku rasa aku betul – betul akan menjadi seorang frensick. Aku terasa yang mereka – mereka nie dah jauh dengan aku. Bukan sahaja kawan lama, kawan yang tak berapa lama pun macam tu. yang ada kat sekeliling tu jangan cakap la, memang dah bosan tengok muka aku. Aku sedar yang aku nie bukan la ada apa - apa yang istimewa sangat yang korang boleh bangga kan, aku tak ada apa - apa. Entah la, berapa lama lagi aku boleh survive dalam situasi sekarang, betul cakap orang.

“Kalau kita di atas, kawan kita akan kenal siapa kita, tetapi bila kita di bawah, kita akan kenal siapa kawan kita.”



frensicksignature

2 ulasan:

@fitridzulkifli berkata...

sekejap,
frensik tuh apa?huhu.





http://fitridzulkifli.blogspot.com

SaF_FreNsiCk berkata...

sama symptom dgn homesick...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails