Selasa, 6 April 2010

Tips Hilangkan Kebosanan Ketika Berada Di Dalam Lif

Dulu aku cerita pasal nak cara gilakan roomate, sekarang lain plak

Bagi sesiapa yang berkerja di bangunan yang bertingkat-tingkat lif semestinya sudah tidak asing lagi baginya. Dan bagi orang yang tidak bekerja di bangunan yang tinggi pun, mereka juga biasa menggunakan lif terutamanya apabila pergi bershoping di mana-mana mall.


Dan perlakuan biasa bagi sesiapa yang menggunakan lift adalah masuk, diam, pandang kiri, pandang kanan, pandangan atas, pandang bawah, keluar.. Tidak berkata apa-apa. Membosankan bukan.?

So kali ini aku ada tips yang baik punya untuk menghilangkan rasa bosan korang dan juga orang lain semasa berada dalam lif. Tidaklah hanya berdiri dan diam sahaja.:)



1. Ketika hanya berdua dengan orang yang tidak dikenali, cuit bahunya kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain kemudian tanya "nape.? ada orang cuit bahu ke.?"

2.Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam!, semua diam! kenapa korang bising sangat ni!" (walaupun orang lain memang sudah diam pun.:)

3. Kalau ada baca camera atau hp berkamera, ambil gambar semua orang yang ada dalam lif tersebut kemudian kata "saya ajen FBI, hendak cari suspek rompakan"

4.Kalau anda membawa bungkusan, letakkan di sudut lif kemudian jika ada yang baru masuk anda tanya adakah mereka mendengar bunyi tik..tik..tik.. kalau dorang jawab ya atau tidak pun korabng bagitahu "aku rasa dalam lif ni ada bom la".

5.Ketika pintu hendak tutup, beri pengumuman kepada semua orang. " Bertenang,jangan panik, nanti pasti akan terbuka lagi"

6.Kalau anda membawa beg tangan, sambil melihat ke dalam beg tangan anda kemudian tanyalah, "ada siapa di sana.? Keluarlah orang sudah tidak ramai ni"

7.Dekapkan telinga anda kepada dinding lif seolah-olah mendengar sesuatu didalam dinding lif dan berkata, "eh, ada tikus la dalam dinding lif ni"

8.Ketika orang tengah ramai bersesak-sesak dalam lif, anda berkata "alamak, terkentut la pulak."

9. Ketika semua orang tengah tenang, anda nyanyikan bahagian corus lagu kesukaan anda. Kalau boleh lagu rock sikit. Kasi gegar satu lif..:)

10. Anda ambil kapur atau marker, kemudian buat garisan disekeliling anda dan bagitahu " ini adalah wilayah SAYA"..

----------------

Amacam.?
ok tak tips² yang aku bagi ni..
Sesiapa yang sudah buat sila inform ye.:)

Kalau ada sesiapa yang hendak tambah tips di atas,sila bagitahu.:)

credit to : unwanted

frensicksignature

4 ulasan:

Aidy Shahiezad berkata...

ahaha...
kau berjaya buat aku gelak ari nie...

neway, opis aku ade 55 tingkat..
dan aku kt tingkat 31...
jenuh nk menyampai tingkat atas tue tiap kali...

Hasrol Nizam berkata...

haha..tips buat pengumuman tu mmg tak boleh blah~

l0veyd0veyd00 berkata...

wahahhaha..aku pernah baca tp dlm english...so bila baca dlm bm, bertambah kelakar plak aku rasa... hahahhaha

Nisaeciz berkata...

hahahaha. memang lawak. nk try la nti.


jom komen saya punya pulakkk = apa je yang anda nak komen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails