ini bukan nak cakap tentang NIKE sebab aku pun bukan peminat jenama NIKE.
Pada masa dahulu kala (ceh) atau paling tepat masa dalam tingkatan lima, aku pernah menghadiri satu seminar atau boleh dikatakan ceramah atau juga boleh dikatakan program kecemerlangan akademik yang dianjurkan oleh sekolah aku. Masa tu ada seorang Dr yang bagi ceramah dia kata :
“If you do it, you can get what you want!”
Selepas itu tertera ‘slide show’ yang tertulis...
“DO IT, DO IT, DO IT, DU IT, DU IT, DU IT...”
Dan akhirnya jadi...
DUIT, DUIT, DUIT...!!!
Semua orang yang berada dalam dewan tu tergelak dengan terbahaknya dalam macam-macam jenis gaya gelak termasuk cikgu tapi cikgu gelak sopan sikit.
Selepas itu, Dr tu bagi satu soalan yang mudah untuk dijawab tapi agak ‘bermain dengan perkataan’.
Beliau kemudian mengeluarkan wang kertas RM 10 dan bertanya kepada semua orang dalam dewan tu dengan soalan :
“Boleh beritahu saya macam mana nak ambil duit RM 10 dari tangan saya nie?
Semua orang pun jawab la dengan ayat masing – masing. Ada yang cakap “amik je la!”. Ada pulak yang cakap “Amik dengan tangan”. Tak kurang juga yang cakap “Amik dengan tangan, jalan dengan kaki!”
Tapi semua tu tak menjawab soalan yang diberikan malah salah sama sekali. Dr tu hanya diam dan tersenyum sambil menggelengkan kepalanya menandakan jawapan yang diberi tu salah.
Maka, untuk kali keduanya, semua orang pun jawab la dengan ayat masing – masing. Ada yang cakap “amik je la!” dengan lagi kuat . Ada pulak yang cakap “Amik dengan tangan” dengan nada yang makin tinggi . Tak kurang juga yang cakap “Amik dengan tangan, jalan dengan kaki!” di ulang untuk kali kedua, ketiga dan kali keempat dan seterusnya.
Tapi semua tu tetap tak menjawab soalan yang diberikan malah salah sama sekali. Dr tu hanya diam dan tersenyum sambil menggelengkan kepalanya menandakan jawapan yang diberi tu masih salah.
Habis tu apa jawapannya? Semua orang bertanya kembali kepada Dr tu.
Dr tu masih lagi diam dan kini dia mengangkat RM 10 yang berada di tangannya, kini lagi tinggi.
Sedang berfikir untuk mencari jawapan, aku seolah – olah tahu apa jawapannya. Baru sahaja tergerak hati nak bangun, tiba –tiba seorang pelajar bangun dan terus mengambil wang kertas RM 10 yang berada ditangan Dr tu. Dengan wajah pelik Dr tu pun cakap sesuatu, korang nak tau dia cakap apa? Macam nie :
Dengan ini, saya hadiahkan RM 10 itu kepada awak!
Pengajaran : kalau dah tahu macam mana cara nak selesaikan sesuatu masalah, jangan hanya tahu berkata-kata tetapi perlu dibuktikan dengan kelakuan!.
Oh lupa pula, Dr itu ialah seperti dalam gambar di bawah
Kenal dia? kalau tak kenal klik pada gambar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan