Ahad, 27 Mac 2011

Terlalu Banyak Perumpamaan | Kerja


Kalau kita bekerja adakah sudah memadai untuk dikatakan kerja?

Agak pelik soalan tu kan? Tapi itulah soalan yang aku nak tanya pada semua, adakah kita dianggap telah melakukan suatu kerja itu walaupun tiada hasil?

Secara rawaknya : Ya,
Secara faktanya: Tidak

kenapa?

kita lihat perumpamaan yang diberikan dahulu. perumpamaan bukan la semula jadi tapi adalah buatan manusia iaitu manusia sendiri prinsip ini ke atas hukum alam yang semulajadi. apa perumpamaan yang berkaitan tu? lihat bawah:



di dalam hukum fizik, sesuatu kerja itu berlaku apabila ada daya (Force) dan juga jarak atau sesaran (Distance). jika tiada keduanya maka kerja tidak akan berlaku.

Begitulah jua juga dengan dunia tempat kita duduki nie. Kita tak akan dianggap melakukan kerja jika tidak ada daya dan juga sesaran. Sesaran jika diterjemah ke dalam bahasa kehidupan seharian ialah sama dengan hasil, HASIL!.

Kerja kita tak akan diiktiraf jika tidak mempunyai hasil. itu adalah fakta yang sukar nak dipertikaikan tapi itulah dia. yang menyatakan prinsip nie dalam hukum fizik adalah manusia dan yang menyatakannya dalam kehidupan seharian ialah manusia juga.







Fikir - fikirkanlah










frensicksignature

Isnin, 14 Mac 2011

Senaman untuk blogger


Klik gambar untuk paparan lebih jelas
sumber: seperti yang tertera dalam gambar


frensicksignature

Rakyat Malaysia Paling Tinggi Bazir Air

Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna yang paling banyak membazir air berbanding pengguna negara lain di Asia Tenggara, kata Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui. Menurut Kajian Penggunaan Air Domestik, katanya, penduduk Malaysia menggunakan purata 226 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura (155
liter) dan Thailand sebanyak 90 liter setiap hari.

Katanya kadar penggunaan air yang disyorkan untuk setiap penduduk di negara ini ialah 165 liter setiap hari dan penggunaan air semasa oleh setiap individu mencerminkan tabiat pembaziran oleh masyarakat. "Sekiranya penduduk Malaysia mematuhi kadar penggunaan air yang disyorkan itu, maka pengguna boleh menjimat sehingga 28.2 meter padu setiap isi rumah yangmembawa kepada penjimatan RM18.33 sebulan," katanya ketika merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, hari ini.

Chin berkata mengikut kajian itu, 70 peratus daripada responden menyatakan mereka tidak mungkin mengurangkan jumlah penggunaan air di rumah masing-masing pada tiga tahun akan datang. "Kita tidak sedar tindakan kecil seperti membiarkan air paip terus mengalir ketika memberus gigi dan mengabaikan kebocoran paip boleh mengakibatkan jumlah besar pembaziran air yang dirawat," katanya.

Karnival sehari dengan tema '1Hijau 1Komuniti' yang dianjurkan oleh kementerian dan Greentech Malaysia antara lain menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup kehijauan serta menonjolkan inisiatif kehijauan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Seramai hampir 4,000 pengunjung menghadiri karnival itu yang menampilkan pelbagai aktiviti termasuk permainan untuk kanak-kanak, konsert mini, bengkel pendidikan dan menukar barangan kitar semula dengan hadiah.

- Kuala Lumpur, 13 Mac 2011

Source: ILuvIslam

frensicksignature

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails