Tekanan bukanlah perkara yang baik kalau diinterpretasikan dalam kehidupan sehairan kita.
Siapalah yang nak kan tekanan dalam hidup mereka. Walaupun ada yang cakap tanpa tekanan, manusia tak kan berubah. Tapi, tekanan yang macam mana?
Carbon kalau diberi tekanan yang tinggi akan menjadi Grafit. Akan tetapi apabila menerima tekanan yang lagi tinggi akan menjadi Berlian? Betulkan?
Tapi antara Grafit dengan berlian, mana lagi banyak dekat bumi nie? Fikirkan sendiri.
Berbalik pada soal tekanan. Dari segi sains, tekanan akan tinggi apabila ruang atau luas permukaan rendah atau nilanya kecil tetapi rendah apabila luas permukaan tinggi.
Tahu kenapa Daya dalam istilah sains dipanggil 'Force'? Sebab ia lebih kurang sama dengan paksaan. Nanti akan dibincangkan kenapa daya dipanggil 'Force'. Macam biasalah, kalau ada masa, kalau aku tak lupa dan kalau aku tak malas. Sekarang kita bincang pasal tekanan dahulu. berbalik kepada tekanan lagi, Dari segi sains, tekanan akan tinggi apabila ruang atau luas permukaan rendah atau nilanya kecil tetapi rendah apabila luas permukaan tinggi. Begitu juga dengan kehidupan kita.
Jadi bagaimana nak atasi tekanan?
Yang pertama ialah kita perlu lapangkan hati kita. Lapangkan dada supaya tidak mudah putus asa dengan apa yang terjadi, walau seberat manapun tekanan yang kita hadapi itu. Banyak cara untuk kita lapangkan hati kita, kalau nak senang cari je kat internet, memang banyak.
Yang kedua ialah kita perlu luaskan pemikiran kita supaya tidak sempit dan tidak tertekan dengan keadaan sekeliling kita.
Salah satu cara nak luaskan pemikiran kita ialah dengan berjalan, bersiar, melancong untuk lebih tinggi tahapnya. Kalau kita sebagai student, cukup sekadar berjalan - jalan bersiar. Sebagai contoh berjogging, bermain futsal, beriadah, melawat tempat - tempat berfaedah, tak kira mana jua asalkan berjalan dan tidak melakukan perkara yang tidak sihat.
Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan Luas pemandangan."
Pernah dengar cerita "Hati Sebesar Cawan Dan Hati Sebesar Kolam"?
cerita nie memang berkait rapat dengan perumpamaan yang dibincangkan.
Ceritanya macam nie:
"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
" Masin!"
Lelaki tua itu tersenyum lagi.
"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.
"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."
"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."
"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."
Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.
Sumber Cerita : ILuvIslam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan