Rabu, 30 September 2009

Yang selalu di dengar

Tazkirah nie aku jumpa kat buletin tadi, Benda nie dah selalu kita dengar tapi selalu jugak la kita buat - buat tak tahu dan buat bodoh.

Ye la, dah bosan sangat jadi pandai kan?

"Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kitasedang dicabut."

Aku pun nak try diam time azan tapi time ni jugak la "mereka - mereka" nak sibuk bercakap, sibuk nak tanya itu ini, kalau aku tak jawab, macam kurang ajar, tapi dorang tak nampak ke aku tengah try nak jawab azan? And even paling teruk "mereka - mereka" nie terdiri dari orang yang rapat dengan aku dan kaum kerabat pun sama gak. macam mana aku nak praktikkan dengan selesa ha?

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .."semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbala'lamin .."




frensicksignature

Ahad, 27 September 2009

Sekembalinya...

Sekarang dah balik melaka, so ada la internet, walaupun macam tu, kemungkinan tak selalu online lepas nie. dah banyak kerja berlambak kat belakang stor aku nie, stor otak aku la. makin lama makin buat aku serabut dan tak tentu arah.

so kena amik masa nak repair balik, lepas tu kalau ada masa lagi baru aku update ok.

jangan marah






frensicksignature

Isnin, 14 September 2009

Selamat Hari Raya

Memandangkan aku akan balik rumah atau boleh dikatakan kampung halaman hari rabu nie, bermakna lepas rabu nie aku maybe jarang online lagi. So aku nak ambil kesempatan untuk wish hari raya. masih dianggap tak terlalu awalkan? So, aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin untuk semua kawan bloggers yang kenal aku dan jugak yang tak kenal aku. yang kenal dari blog nie pun aku ucap jugak. semoga korang pun berbahagia di hari yang mulia nanti.

Jangan lupa wish aku balik, hahaha, ok la, tak ada apa nak cakap. semoga korang berbahagia di samping yang tersayang.

insyaAllah Amin...



frensicksignature

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails