Selasa, 15 Oktober 2013

Kita Kawan

Kalau Dulu kita kawan, Sekarang dilihat umpama lawan
Kerana fahaman yang berlainan, Ramah kami tak dilayan

Langsung tak terima segala pandangan, Apatah lagi sedikit teguran
Kalau ada yang dipertahankan, Lagaknya seperti para ilmuwan

Bila bicara tentang kebaikan, hanya dilihat sekali jalan
Bila sebut tentang keburukan, Terus digelar pembawa kerosakan

Belum cerita tentang sukan, yang sepatutnya wadah penyatuan
Tetapi dilihat menjadi medan, caci maki dan juga tohmahan

Yang menjadi doa dipermainkan, yang auta diagungkan
Tunggu masa kebenaran tetap kebenaran, kesalahan tetap kesalahan

Ini kata buat pedoman, Tidak kira pembangkang atau kerajaan
Berhaluan kiri atau kanan, Orang utara atau selatan,

Tak kisahlah Johor atau Kelantan, Sabah tak pun Negeri Sembilan
Lautan atau daratan, dan juga yang masih di awangan

Ingat, kita masih ada iman, Tak perlu itu kita pertaruhkan
Kalau ada yang masih bercakaran, ayuh kembali pada Al-Quran

InsyaAllah cuba dilaksanakan, apa yang cuba dikatakan,
Kalau tak takut pada sultan, Takkan berani juga pada tuhan?

Jika masih ikut bisikan syaitan, Ada hati nak laungkan perpaduan?
Tak tahu perli, doa atau bukan, tetapi seringkali dilaungkan

Syukurlah Malaysia masih aman,
Katanya la kan...frensicksignature

Ahad, 23 Oktober 2011

Bulan – bulan kehilangan




Mesti ada yang tertanya kenapa aku dah tak menulis lagi atau mungkin juga yang suka aku tak menulis lagi. Bukan sengaja nak membiarkan ruangan yang pernah menjadi terapi untuk aku kosong begitu saja. Cuma sejak kebelakangan ni aku sering alami perkara – perkara yang agak mengecewakan aku. Lebih mudah untuk aku katakan yang bulan – bulan yang latest ni aku sering mengalami kehilangan.

Ya, kehilangan




Kalau nak diceritakan satu persatu mungkin akan membenihkan lagi rasa kecewa, hampa. Atau mungkin rasa meluat pada semua. Tapi apakan daya, aku tak boleh menahan lagi sorang diri. Aku terpaksa lepaskan dalam ruangan ni. Mungkin dilain hari aku akan ceritakan satu persatu. Sebab sekarang ada kekangan masa dan kerja.
Wait if you want to wait..


frensicksignature

Ahad, 8 Mei 2011

Thanks to Nabil

Baru sahaja tengok Maharaja Lawak dekat Youtube. Maklumlah, orang macam aku nie mana mampu nak langgan Astro. tengok kat Youtube sahajalah. Itupun kalau ada yang sudi muatnaik.

masa tengok Maharaja Lawak ikut bahagian (Part by part), yang buat aku tertarik ialah masa Nabil buat persembahannya. Ada satu bahagian tu dia gunakan lagu nyanyian Fauziah Idris iaitu Lagu Merindu.



Lepas dengar jek lagu tu terus selongkar folder lagu, mana la tau kalau ada simpan. Tetapi bila dah lama selongkar, tengok - tengok tak ada lagu tu.

How Come?!

Macam mana aku boleh tak ada lagu tu?

Lagu melati boleh ada pulak? Ni lagu yang aku minat pun boleh terlupa nak simpan? Alamak. Tak cukup melayu la.

Apa lagi, terus la cari lagu tu kat internet, nasib baik ada, dapat lepas rindu :-)

Layan lagu nie :



frensicksignature

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails