Ahad, 17 Oktober 2010

Mencuri Dalam Sembahyang | Tamakninah

Dalam entry terdahulu, ada diceritakan tentang bagaimana kita boleh mencuri dalam sembahyang. Kali ini kita akan membincangkan lagi tentang mencuri dalam sembahyang dengan lebih mendalam, insyaAllah.

Tamakninah sebahagian daripada rukun solat yang sering diabaikan. Kesannya, ramai yang tidak sedar bahawa solatnya tidak sah. Tamakninah dalam bahasa mudah bererti bertenang. Ibarat memandu sebuah kenderaan, waktu di persimpangan hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergek semula. Selagi kenderaan itu bergerak, tidaklah dikira tamakninah.

Rukun yang wajib disertakan tamakninah

Disenaraikan di sini rukun solat yang perlu disertai tamakninah dan akan batal jika tiada tamakninah.

  1. Rukuk : Sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama rata dan kedua – dua belah tangan memegang kepala lutut, hentikan pergerakan seketika. Itulah kadar tamakninah. Barangkali sempat membaca subhanallah.
  2. Iktidal (Bangun daripada rukuk): Pergerakan daripada ruku terus menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri sebentar itulah tamakninah.
  3. Sujud : Sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (Dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Itulah kadar tamakninah.
  4. Duduk antara dua sujud : Sewaktu duduk sambil membaca doanya, tidak harus bergerak anggota kasar. Itulah kadar tamakninah.

Tempat yang sering diabaikan tamakninah

  1. Iktidal : terdapat sesetengah orang terutamanya orang tua, apabila bangun daripafa ruku kepada iktidal, belum sempat tulang belakangnya lurus seperti sebelumnya, dia telah turun untuk sujud. Solat ini tidak sah kerana tidak tamakninah.
  2. Sujud: waktu sujud kedua-kedua kakinya bergerak – gerak dan ada yang mengangkatnya (Tidak mencecahkan jari kaki ke lantai). Sujud dalamkeadaan ini tidak sempurna dan tidak tamakninah maka solatnya tidak sah.
  3. Bangun daripada sujud: waktu bangun daripada sujud kedua, ketika hendak berdiri tegak ke rakaat seterusnya tidak ada tamakninah tetapi disunatkan duduk sebentar yang member nama duduk istirahat.



frensicksignature

Kepandaian Yang Berbeza

Satu hari seorang professor bijak pandai sedang menyeberangi sebuah sungai yang luas dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pak cik pendayung.
Di tengah perjalanan, professor itu bertanya, “kamu pandai menulis dan membaca?”

“tidak tuan, saya buta huruf,” jawab pendayung sampan.
“Oh, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu! Orang yang tidak pandai menulis dan membaca telah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan Berjaya.”

Sampan terus bergerak meredah sungai yang luas itu. Sejurus kemudian, profesor itu bertanya lagi, “Kamu ada membuat simpanan untuk masa depan?”

“Tiada tuan. Pendapatan saya hanya cukup – cukup makan,” jawab pendayung sampan lagi.

“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh dari kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tidak menyimpan wang boleh hidup dengan selesa pada masa akan tua nanti.”

Sampan terus bergerak. Tiba – tiba sampan itu terlanggar bucu sebuah batu dan bocor. Air mula memasuki sampan. Mereka berdua bergegas mengambil apa juabekas untuk mencedok air keluar dari sampan. Namun usaha mereka tidak berhasil. Kerana air begitu deras masuk. Ternyata sampan itu akan tenggelam.

Dalam keadaan cemas itu, si pendayung itu bertanya kepada professor,

“Tuan, tuan pandai berenang?”

“er, er, saya tidak tahu berenang!” Jawab professor panic.

“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”

Pengajaran : Allah tidak jadikan manusia ini bodoh, tetapi Dia jadikan setiap orang mempunyai “Kepandaian” yang berlainan. Masing – masing punya kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jadi tidak ada manusia bodoh, yang ada hanya manusia dengan kepandaian yang berbeza.

Petikan Dari : Majalah Solusi Isu #22 M/S 108


frensicksignature

Jumaat, 8 Oktober 2010

Adam Dan Hawa

Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa…
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.






DAN












Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.



frensicksignature

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails