Kenapa aku menghilang? Ya, mengapa? Adakah aku nak mengiyakan apa yang aku cakapkan sebelum nie? iaitu dah mula rasa bosan dengan dunia blog dan berhenti dari menulis apa yang patut? Atau pun aku rasa rimas asyik nak tulis perkara yang bukan – bukan?
Semua tu sama sekali tidak. Sebenarnya aku tak ada masalah. Yang masalahnya bini aku nie. lebih dua minggu buat hal. Kenapa? Sebab adaptor rosak. Hehe. Sebab tu je. Bukan apa pun.
Tapi aku terpaksa menahan niat untuk beronline kerana kerosakkan kecil sahaja. Repair? Bukan tak nak, Cuma nak guna waranti, nak guna waranti kena tunggu sampai bulan julai nanti. Sebab kedai tempat aku ”meminang bini” aku nie kat Melaka. So, kena tunggu naik cuti baru boleh ”rujuk balik”. Hehe.
Tapi mak pulak boleh tahu. Entah siapa yang beritahu rahsia nie pun aku pun tak tahu. Tapi tak boleh kata apa, mak la katakan, anak sendiri mesti la tahu buat apa. So dengan dipaksa aku kena repair kat johor dulu, pakai duit family. Nanti bayar balik.
Dengan kerosakkan yang dialami, aku terpaksa beragan lagi dengan dunia maya. Kali nie lagi teruk dari dulu. Mana taknya, lebih dua minggu aku tak ke udara. Mahu tak sakit jiwa dan raga?
Kalau nak diikutkan memang terlalu banyak perkara yang aku nak cakapkan. Tapi memandangkan aku fikir hampir semuanya tak penting dan mendatangkan faedah, so aku batalkan je niat nak cakap banyak – banyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan