Khamis, 11 Jun 2009

Kenapa Cepat Sangat Cuti?

Akhir – akhir nie aku rasa malas nak tulis bebanyak. Tak tahu kenapa. Maybe sebab apa yang aku tulis tak dapat sambutan atau aku rasa macam tak ada siapa pun yang jenguk ruangan nie. dan maybe aku desperate sangat nak dapat perhatian dari orang lain kat sini tapi tak dapat. Sebab tu kot aku rasa macam malas je nak tulis apa – apa sekarang nie. apa la, macam nie punya orang pun ada ke? Tapi tak apa la, janji aku dapat cara untuk release apa yg patut.

Hujung minggu lepas aku baru je penat rewang kenduri. Dari jumaat sampai ke Ahad. Rewang tak henti – henti. Penat jangan cakap la ye. Malam last tu ada joget lambak. Aku tak suka sangat joget lambak nie. Tapi bila tengok gelagat dia orang nie ber”joget”. Ada rasa macam geli hati lak. Aku tak suka sangat post benda macam nie. Tapi macam layan je. Nak tengok? Ni ha, kat bawah :





Maaf la ye, kualiti video kurang memuaskan, mana tak nya, pakai kamera 1.3 megapiksel je, faham – faham la ye.

Malam selasa lepas tengok cerita La Dolce Amira. Boleh la layan cerita nie, Ringan. Lagi satu, kisah dia agak lebih kurang macam cerita aku. hahaha, yang beza cuma jantina jek.kalau nak tahu sangat, tengok sendiri .

Aku tak tahu kenapa sejak akhir – akhir nie (maksud aku 5,6 hari lepas) rasa macam orang yang
selalu jumpa aku semua “hilang”. Yang jarang jumpa lak asyik ada depan mata.

Pusat Bandar masih lagi tak disinggah secara rasmi. Bila la aku nak bayar bil nie. Bil cepat lah datang, aku nak pergi Kompleks nie. Nak singgah UO, blanje puas – puas. “Universiti Oxford “(UO) tunggu aku ye.

Lagi satu, kenapa aku rasa cuti macam cepat sangat je berlalu? Kejap je dah sebulan lebih cuti. Aku belum puas nak cuti la. stress pun belum hilang.

Rasa macam nak buang je SAMPAH kat dalam nie. nak bagi bersih….
frensicksignature

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails