Ahad, 8 November 2009

Berakhirnya hikayat sang selipar

Berasal dari pergunungan yang tidak tahu mana hujung pangkalnya, aku di keluarkan dari sebatang pokok yang bernama pokok getah, kemudian aku di hantar kesebuah tempat ang amat tungkik bau nya. Aku digiling, dikeping, di… di… apa - apa lagi la…

Kemudian aku di hantar ke sebuah istana yang sangat menakutkan (Kilang). Aku di guling lagi, dikeping lagi, di… di… apa –apa la lagi… kemudian dengan tiba – tiba aku menjadi sepasang sesuatu yang sangat cantik. Aku diberi nama selipar Asadi Ultralite.

Kemudian lagi untuk kali kedua, aku di hantar ke sebuah istana yang sangat cantik (Kedai kasut). Aku diletak di atas bersama kawan baru. Dengan megah aku “berdiri” bersama selipar – selipar yang lain. Selang beberapa purnama, aku mula berasa bosan dengan kehidupan ku ini. Asyik menjadi tatapan, tidak menjadi pilihan. Namun begitu, kesunyian aku di ubat oleh seorang insan yang melihat aku dan terus membeliku.

Aku di bawa pulang ke rumah, lalu di sarungkan ku ke kakinya. Walaupun agak tak enak bau kakinya, namun aku berasa sangat gembira kerana dapat bekhidmat dengannya.

Namun itu, hanyalah tinggal kenangan, kerna aku sekarang sudah berada di dalam penjara yang bernama tong sampah…

tong sampah

tong sampa

tong samp

tong sam

tong sa

tong s

tong

tong ting tong...

*****






Tu la cerita tentang selipar kesayang aku tu. apsal aku nak post pasal benda mengarut ni lak? Sebab selipar aku tu ada sentimental value tau. Dah 3 tahun aku guna last – last putus lak. X ke sedih?

Oh selipar, aman la kau di sana, ahaks….!!!!


frensicksignature

Sabtu, 7 November 2009

Rasa Nak Menulis

Bila kita sedar yang kita dah banyak rugikan apa yang sepatutnya kita dapat, baru la masa tu kita nak menyesal, baru la nak terngadah, baru lah nak rasa diri tu tak berguna, padahal sebelum tu bukan main lagi enjoy, tak ingat dunia. Lupa semua benda penting, lupa yang kita ada tugas dan tanggungjawab.

Tapi hakikatnya, tu la manusia yang bernama insan. Sering lupa, sering lalai, sering leka dengan apa yang dimilki sekarang. Bila nikmat tu dah lari, masa tu la nak rasa nikmat tu.

Kalau dah berfalsafah tu mesti orang ingat kita ikut apa yang kita cakap kan. Mesti orang ingat kita ni sorang yang selalu berfikir tentang alam, manusia, sekeliling dan apa – apa lagi la. Padahal bagi aku semua tu bagi aku tak betul. Sebab tak semua yang kita cakap kita sendiri faham. Tak percaya? Kalau tak, fikirlah sendiri, aku pasti korang pun ada rasa macam tu jugak.

Sekarang ni tengah tunggu masa untuk sesuatu, apa dia? Tu aku tak nak bagitahu…
Sebenarnya bukan ada apa – apa yang penting pun, Cuma ada niat nak menulis, tu je.

Er, satu lagi, cerita pasal Terlalu Banyak Perumpamaan yang dah lama aku tak sambung tu akan diteruskan lagi, Cuma kena tunggu sikit lagi ok, ilham dah lari la



frensicksignature

Isnin, 2 November 2009

Monolog yang dikeluarkan dan dicurahkan

masih tidak dapat merasa kegembiraan yang boleh buat aku menangis

frensicksignature

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails