Kemudian aku di hantar ke sebuah istana yang sangat menakutkan (Kilang). Aku di guling lagi, dikeping lagi, di… di… apa –apa la lagi… kemudian dengan tiba – tiba aku menjadi sepasang sesuatu yang sangat cantik. Aku diberi nama selipar Asadi Ultralite.
Kemudian lagi untuk kali kedua, aku di hantar ke sebuah istana yang sangat cantik (Kedai kasut). Aku diletak di atas bersama kawan baru. Dengan megah aku “berdiri” bersama selipar – selipar yang lain. Selang beberapa purnama, aku mula berasa bosan dengan kehidupan ku ini. Asyik menjadi tatapan, tidak menjadi pilihan. Namun begitu, kesunyian aku di ubat oleh seorang insan yang melihat aku dan terus membeliku.
Aku di bawa pulang ke rumah, lalu di sarungkan ku ke kakinya. Walaupun agak tak enak bau kakinya, namun aku berasa sangat gembira kerana dapat bekhidmat dengannya.
Namun itu, hanyalah tinggal kenangan, kerna aku sekarang sudah berada di dalam penjara yang bernama tong sampah…
tong sampah
tong sampa
tong samp
tong sam
tong sa
tong s
tong
tong ting tong...
*****
Tu la cerita tentang selipar kesayang aku tu. apsal aku nak post pasal benda mengarut ni lak? Sebab selipar aku tu ada sentimental value tau. Dah 3 tahun aku guna last – last putus lak. X ke sedih?
Oh selipar, aman la kau di sana, ahaks….!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan