Rabu, 23 Disember 2009

Seinci dari keaiban

seinci dari keaiban
hanya satu gerak yang membezakan
kesilapan dan kekhilafan
kesedaran dan keuntungan
mana satu pilihan
berpandukan ajaran
ataupun kepercayaan
jauh sekali hasutan syaitan
yang sentiasa menghancurkan
dan membinasakan
fikirkan
sebelum tiba masa yang tidak diinginkan

tiada siapa memahami
jauh sekali untuk mengerti
kerna semua sibuk sekali
sibuk memikirkan masalah sendiri
yang dicari mahupun dibuat sendiri

mengapa aku harus mengadu?
pada mereka yang sepintas lalu
untuk membuktikan yang aku tak mampu?
untuk pikul sendiri semua bebanku


hatiku kosong
jiwaku termenung
tiada siapa yang sudi menolong
walau saat aku menghitung
walau ku tunggu seperti patung

ku inginkan keceriaan
bukan kesunyian
ku inginkan kegembiraan
bukan kedukaan
ku inginkan senyuman
bukan kemurungan

bukan kesepian
bukan kesakitan
bukan kisah silam
hanya keharmonian
dan kelegaan
serta kelapangan
untukku bernafas
sebagai orang yang riang


frensicksignature

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails