Terlebih dahulu aku nak minta maaf banyak – banyak sebab buat korang tertunggu – tunggu akan cerita tentang TBP nie. Mungkin ada yang dah tak ingat lagi apa tu TBP sebab dah lama menunggu dan hampir malas nak fikir pasal TBP nie. Tak pe la, aku pun tak harap sangat korang menunggu sebab aku pun tak expect banyak info kat entry nie.
Dah lama dah aku rasa aku berfoya – foya dan berehat. Ini menyebabkan page aku agak huru – hara dan jadi sepi sekarang nie. Tapi tu dulu. Sekarang nie masa untuk menjadi seorang pemikir semula. Memikirkan tentang keadaan alam sekitar, tentang kehidupan yang selari dengan fitrah kita. Berfikir sehingga pening kepala kita.
Baiklah berbalik kepada apa yang kita nak bincangkan :
PARASITISME
Apa itu parasitisme? Apa maksud parasitisme? Kalau dalam entry yang lepas – lepas, dah diceritakan tentang konsep mutualisme dan komensalisme. Ok kalau ada yang faham baguslah. Sekarang nie ak diceritakan pulak tentang parasitisme. Parasitisme bermaksud hubungan dimana antara dua hidupan sama ada haiwan – haiwan, haiwan – tumbuhan, tumbuhan – tumbuhan, tumbuhan manusia, haiwan – manusia. Dan sebaliknya. Hubungan nie dimana member keuntungan kepada satu pihak akan tetapi memberi mudarat kepada pihak yang lain. Faham?
Sebagai contoh, virus ; virus hidup dalam badan haiwan dan juga dalam tumbuhan, termasuklah juga dalam badan manusia. Ia hidup dengan memakan apa yang perumahnya makan, atau lebih teruk memakan perumahnya. Ini sudah tentu merosakkan perumahnya. Sebab tu la kalau kita dihinggapi virus, kita akan merasa kurang sihat dan mengundang pelbagai penyakit.
Contoh lain ialah seperti ulat beluncas dalam suatu kawasan tanaman. Ulat beluncas hidup dengan memakan hasil tanaman, ini sudah tentu merosakkan tanaman tersebut.
Begitulah juga dalam kehidupan kita. Memang tidak mustahil berlakunya konsep parasitisme dalam kehidupan kita sehari – harian. Sebagai contoh orang yang membuat kerja berkumpulan dan salah seorang dari mereka hanya bertindak sebagai “penumpang” sahaja. Jika tiba masa untuk pembentangan si penumpang itu tidak tahu apa – apa tentang apa yang dibentangkan. Sudah tentu ini akan menjejaskan pemarkahan keseluruhan termasuklah markah mereka yang penat bekerja dan bersusah payah dalam sesuatu kumpulan itu.
Perkara macam ni dah pun berlaku pada diri aku, sebab tu la aku nak ceritakannya pada semua orang, betapa bahayanya konsep ni kat kita. Pernah suatu masa dulu (tidak lah begitu lama, dalam beberapa bulan lepas) aku menjadi ahli dalam kumpulan untuk membuat tugasan. Aku tidak begitu menghiraukan apa yang berlaku dalam kumpulan sibuk dengan perkara lain yang agak kurang penting sehinggakan terlupa akan tugas.Disebabkan perkara itu aku tidak dapat menyelesaikan bahagian tugasan yang diberi dengan sempurna.
Perkara ini amat memberi impak kuat pada kita kerana kita akan merasa seperti sudah kehilangan kepercayaan dari orang sekeliling kita. Kita akan merasa diri kita seperti orang yang tidak berguna kepada orang lain. Dan itu amat menyakitkan melainkan kita jenis orang yang “hati kering”.
Aku tak berapa pandai nak menganalisis apa yang aku peroleh tetapi kalau setakat satu dua tu boleh la. So dengan konsep yang aku dah bagi ni, cuba kita fikir balik apa hubungan kita dengan orang disekeliling kita? Adakah Komensalisme, Mutualisme atau Parasitisme?
Fikir – fikirkan lah…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan