Satu hari seorang professor bijak pandai sedang menyeberangi sebuah sungai yang luas dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pak cik pendayung.
Di tengah perjalanan, professor itu bertanya, “kamu pandai menulis dan membaca?”
“tidak tuan, saya buta huruf,” jawab pendayung sampan.
“Oh, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu! Orang yang tidak pandai menulis dan membaca telah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan Berjaya.”
Sampan terus bergerak meredah sungai yang luas itu. Sejurus kemudian, profesor itu bertanya lagi, “Kamu ada membuat simpanan untuk masa depan?”
“Tiada tuan. Pendapatan saya hanya cukup – cukup makan,” jawab pendayung sampan lagi.
“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh dari kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tidak menyimpan wang boleh hidup dengan selesa pada masa akan tua nanti.”
Sampan terus bergerak. Tiba – tiba sampan itu terlanggar bucu sebuah batu dan bocor. Air mula memasuki sampan. Mereka berdua bergegas mengambil apa juabekas untuk mencedok air keluar dari sampan. Namun usaha mereka tidak berhasil. Kerana air begitu deras masuk. Ternyata sampan itu akan tenggelam.
Dalam keadaan cemas itu, si pendayung itu bertanya kepada professor,
“Tuan, tuan pandai berenang?”
“er, er, saya tidak tahu berenang!” Jawab professor panic.
“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”
Pengajaran : Allah tidak jadikan manusia ini bodoh, tetapi Dia jadikan setiap orang mempunyai “Kepandaian” yang berlainan. Masing – masing punya kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jadi tidak ada manusia bodoh, yang ada hanya manusia dengan kepandaian yang berbeza.
Petikan Dari : Majalah Solusi Isu #22 M/S 108
2 ulasan:
ha betul tu..
tak semstinya dia tak pandai masa sekolah dulu, dia tak akan berjaya dalam hidup dia..
mcm nabil raja lawak..elok dari seornag despatch.tetapi skrng ni telah menjadi salah seorang orang yang berprofil tinggi kat Malaysia..hahahahaha
tu la, sebab tu kita kena hormat semua org..
Catat Ulasan