Tamakninah sebahagian daripada rukun solat yang sering diabaikan. Kesannya, ramai yang tidak sedar bahawa solatnya tidak sah. Tamakninah dalam bahasa mudah bererti bertenang. Ibarat memandu sebuah kenderaan, waktu di persimpangan hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergek semula. Selagi kenderaan itu bergerak, tidaklah dikira tamakninah.
Rukun yang wajib disertakan tamakninah
Disenaraikan di sini rukun solat yang perlu disertai tamakninah dan akan batal jika tiada tamakninah.
- Rukuk : Sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama rata dan kedua – dua belah tangan memegang kepala lutut, hentikan pergerakan seketika. Itulah kadar tamakninah. Barangkali sempat membaca subhanallah.
- Iktidal (Bangun daripada rukuk): Pergerakan daripada ruku terus menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri sebentar itulah tamakninah.
- Sujud : Sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (Dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Itulah kadar tamakninah.
- Duduk antara dua sujud : Sewaktu duduk sambil membaca doanya, tidak harus bergerak anggota kasar. Itulah kadar tamakninah.
Tempat yang sering diabaikan tamakninah
- Iktidal : terdapat sesetengah orang terutamanya orang tua, apabila bangun daripafa ruku kepada iktidal, belum sempat tulang belakangnya lurus seperti sebelumnya, dia telah turun untuk sujud. Solat ini tidak sah kerana tidak tamakninah.
- Sujud: waktu sujud kedua-kedua kakinya bergerak – gerak dan ada yang mengangkatnya (Tidak mencecahkan jari kaki ke lantai). Sujud dalamkeadaan ini tidak sempurna dan tidak tamakninah maka solatnya tidak sah.
- Bangun daripada sujud: waktu bangun daripada sujud kedua, ketika hendak berdiri tegak ke rakaat seterusnya tidak ada tamakninah tetapi disunatkan duduk sebentar yang member nama duduk istirahat.
2 ulasan:
kdg2 nak solat cepat2 laju2.. sebab tu tak ada tamakninah ni..
tu la, klu solat pun nak rush, benda lain pun akan ter"rush jugak"
nnti nak cte kaitan solat ngan lifestyle...
Catat Ulasan