Khamis, 15 Julai 2010

Terlalu Banyak Perumpamaan | Kebarangkalian Bahagian 1






Probability

Apa itu probability?

Apa itu kebarangkalian?

Barangkali kita tahu, barangkali kita tak tahu.

Probably we know, probably we not.

Tu je yang kita dapat jawab sendiri. Sebab kita sendiri tak tahu berapa ramai yang tahu tentang kebarangkalian. Sebab itu kita hanya boleh jawab barangkali, bukan pasti. Sebab kita tak tahu berapa ramai yang tahu perkara itu. Dan kita jugak tak tahu berapa ramai yang akan tahu. Diulangi, kita tak tahu berapa ramai yang AKAN tahu.

Akan, satu perkataan yang membawa maksud mendatang, yang bermaksud belum lagi terjadi tetapi barangkali terjadi dalam masa terdekat (atau jauh). Sebab itu digunakan perkataan “akan” sebab ia belum jadi.

Jika kita meramal perkara yang belum terjadi, ia adalah suatu perkara yang sangat bahaya. Kerana termasuk dalam perkara yang dilarang dan berdosa. Akan tetapi, kenapa kita belajar kebarangkalian dalam matematik? Bukankah apa yang dipelajari dalam bab kebarangkalian adalah suatu yang belum pasti terjadi? Sesuatu yang belum tentu terjadi. Kenapa kita belajar kebarangkalian?

Di dalam konsep kebarangkalian yang dipelajari sebagai subtopik dalam mata pelajaran matematik asas atau moden, ada beberapa kriteria yang diabaikan dan tidak diambil kira kerana sifat subjektifnya yang amat besar dan infiniti (Mungkin). Ini menyebabkan ia diabaikan dan menyebabkan orang yang bertanggungjawab mengkaji konsep kebarangkalian membenarkan ia dipelajari.

Sebagai contoh, dalam suatu eksperimen fizik, beberapa aspek perlu diabaikan kerana sifat subjektifnya dan sifatnya yang tidak boleh diukur (Immeasurable). Aspek yang tidak boleh diukur seperti inersia (inertia), yang hanya boleh ditentukan dengan kewujudan jisim dan pecutan. Tidak boleh diukur secara terus, contoh lain seperti rintangan angin ketika eksperimen pecutan buah epal ketika jatuh. Seperti jumlah daya geseran antara molekul – molekul ketika dikenakan daya mampatan atau regangan. Sifat seperti ini adakalanya diabaikan kerana terlalu kecil nilainya dan ada juga terlalu sukar untuk dikira. Sebab itu ia diabaikan (Neglected).
Begitu juga dengan pelajaran kebarangkalian, terdapat beberapa perkara yang diabaikan dalam mengambil kira keputusan sesuatu perkara. Sebagai contoh:

Jika terdapat dua biji bola merah dan kuning di dalam kotak, berapakah kebarangkalian bola merah diambil?

Tentu jawapannya 50% kan?

Kenapa? Sebab kita hanya mengambil kira jumlah bola yang terdapat dalam kotak itu. Kia tidak mengambil kira aspek lain seperti aspek minat si pengambil bola. Kita tidak mengira aspek lain seperti kewujudan bola luar.

Cuba lihat soalan ini pula :

Jika terdapat dua biji bola merah dan kuning di dalam kotak, berapakah kebarangkalian bola merah diambil? Si pengambil bola hanya dibenarkan untuk mengambil bola merah.

Jawapannya sudah tentu 100% bukan?

Bagaimana pula dengan ini :

Jika terdapat dua biji bola merah dan kuning di dalam kotak, berapakah kebarangkalian bola merah diambil? Si pengambil bola hanya dibenarkan untuk mengambil bola merah, tetapi dia minat akan bola kuning.

Bagaimana pula jawapannya?


Jawapan ditinggalkan untuk anda fikirkan





Maaf, perbincangan terpaksa ditangguhkan bahan tak cukup, kita sambung kelak...





frensicksignature

Betul Apa Yang Mereka Cakap

Betul apa yang mereka cakap, siapa mereka itu tidak perlu dipersoalkan tetapi apa yang perlu dipersoalkan ialah apa yang mereka cakap

Mereka cakap :

“Bila kita kejar dunia, dunia akan lari, tapi bila kita kejar akhirat, dunia akan kejar kita.”

Siapa yang tak setuju? Sila buat eksperimen sendiri. Sila buat pemerhatian sendiri dengan hati dan pemikiran yang neutral. Ingat neutral. Tidak berat ke kanan atau ke kiri. Tidak terlalu berat, tidak pula ringan. Tidak terlalu peka dan tidak pula leka. Itulah yang dinamakan keseimbangan (Equilibrium)

Kenapa mereka cakap dunia akan lari bila dikejar? Kenapa perlu kejar dunia? Apa yang dimaksudkan dengan “dunia” yang dikejarkan?

Apa yang kita lihat, apa yang kita nampak, apa yang kita rasa, apa yang kita dapat capai dengan pancaindera kita itulah dunia. Yang kita lihat, dengar, rasa, sentuh, suka, puja. Itulah dunia.

Renungkanlah,

Apalah gunanya cahaya yang cantik, pemandangan yang indah, matahari yang menyinar jika tidak dapat dikesan oleh nikmat pandangan?

Apalah guna nasi lemak, kari kepala ikan, sotong masak merah, kerapu masak tiga rasa kalau tiada nikmat lidah untuk merasa?

Apalah gunanya alunan lagu yang mendayu, suara yang lunak, bunyi burung yang menenangkan jika tiada nikmat mendengar?

Apalah gunanya semua itu dan lain lagi yang diberi kepada kita jika nikmat akal tak digunakan sepenuhnya?

Tapi kenapa semua yang diberi itu dikejarkan? Kenapa? Kenapa perlu mengejar dan melihat si kacak dan si jelitawan sehingga sanggup mengejar dan melihat lebih dari itu? Sehingga sanggup mengejar dan melihat apa yang dilarang? Mengejar dan melihat apa yang tidak sepatutnya? Kenapa biarkan orang lain melihat apa yang kita tak patut mereka lihat? Kenapa biarkan diri “dilihat”?

Kenapa perlu mengejar hasil dunia sehingga lupa akan tanggungjawab? Kenapa perlu kejarkan pekerjaan yang disangka punca pemberi rezeki makanan sehingga lupa yang lima? Kenapa perlu makan sehingga sanggup tinggal puasa? Kenapa?

Kenapa perlu mendengar “halwa telinga” dunia sehingga lupakan “halwa telinga” akhirat?





Kenapa?






Kenapa?

tak perlu mencari mood sebagai seorang yang bijak beragama. Tak perlu mencari mood dan membayangkan diri sebagai seorang yang alim untuk merenungkan hal nie. Cukup sekadar kita faham apa yang kita sedang fikirkan dan dapat menyedari apa yang sedang berlaku sekarang.
Itulah dunia? Tapi apa itu akhirat? Tiada jawapan bagi yang tidak mencarinya? Dan aku sedang mencarinya. Kesimpulannya aku tak boleh jawab. Mungkin inilah yang dinamakan ILMU KETUHANAN, sedikit berbeza dari ilmu keagamaan dan sudah tentu lain dengan ilmu

keduniaan.



Kalau kita rasa kita dah kebal untuk cabar hukum tuhan, silalah bakar kulit sendiri. Cukup sekadar itu untuk buat kita rasa sakit, pedih, yang amat sangat. Di situ kita boleh ambil pengajaran.

p/s : nota untuk sendiri. Tidak mengharapkan sesiapa untuk faham. Ketawalah puas – puas bagi mereka memahami dan yang kenal aku punya true face.










frensicksignature

Isnin, 12 Julai 2010

Untuk cuti

Selama beberapa hari cuti pada musim cuti nie segalanya kelihatan dah semakin surut. Semua momentum yang ada dah semakin luntur. Semakin malas pun ada. Mungkin agak ‘cliche’ kalau nak cakap “dah lama tak update blog kan?”. Tapi itulah kenyataannya. Momentum untuk menulis dah semakin berkurang. Mungkin akibat dari stress belajar yang masih belum hilang (mungkin) dan juga rasa malas yang membuak – buak.

Kalau masa belajar dulu dalam sem, asyik buat perkara yang sama tanpa kelainan. Asyik – asyik bangun pagi pergi kelas, pergi kuliah, balik mandi, buat kerja tugasan, online kejap, sambung tugasan sambil online sampai lambat tidur dan kadang – kadang sampai tak tidur. Sekarang pulak aku rasa hampir sama jek “loop”nya. Bangun pagi, buat kerja (kadang – kadang tidur balik sampai tengah hari kalau tak ada kerja), malam pulak melepak (Adakalanya sampai pagi).
Untuk beberapa bulan nie (Dan mungkin hampir setahun) aku rasa kerajinan, kesungguhan, kreativiti, dan segala perkara yang baik dah mula luntur. Mungkin ini jugak agak ‘cliche’ untuk aku cakap kerana seringkali aku ulang perkara yang sama dalam post yang lepas. Asyik – asyik dengan rintihan, keluhan, renungan dan apa – apa sahaja perkara yang berkaitan dengan keluhan dan cerita yang agak “sedih”. Sedih tentang akademik yang merosot, sedih tentang kawan yang menjauh, sedih tentang masa yang berlalu dan lain lagi. Mungkin ada sesiapa diluar sana yang sedang membaca tulisan nie ketawa dan mula memikirkan perkara yang negatif (Negative impression) dan juga mula nak judge si penulisnya.

Jangan bimbang sebab tidak ada lagi “entry terpanjang di abad ini” versi kedua seperti yang pernah dibuat sebelum nie. Rasa ghairah nak buat macam tu dah tak ada dah. Rasa malu pun ada jugak bila baca dan tengok balik apa yang telah ditulis sebelum nie. Rasa macam tak percaya, betul ke aku yang tulis semua nie? Ada tulisan macam budak – budak. Ada tulisan berwarna – warni macam tulisan perempuan. Ada pulak buat Tag segala, dengan award pulak tu. Macam apa entah. Siap ada nak buat trivia la. Campur dengan entry yang gah dengan “Memartabatkan Bahasa Melayu” lah. Memang macam – macam. Tapi tu dulu, sekarang nak tengok satu dua post pun payah. Kalau ada pun post yang di kedepankan (Forward). Kalau ada masa dan rajin pun, rajin baca page orang lain sahaja. Idea tu memanglah mencurah – curah tapi apakan daya, rasa malas menguasai. Kesimpulannya, idea yang mencurah – curah tu hanya setakat sampai diingatan. Akan dibicarakan kenapa idea yang mencurah – curah tu hanya setakat sampai diingatan. tunggu...

Sekian sahaja untuk masa sekarang, terima kasih banyak – banyak kerana sudi membuang masa membaca entry keluhan yang tiada faedah nie.


frensicksignature

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails