Khamis, 15 Julai 2010

Terlalu Banyak Perumpamaan | Kebarangkalian Bahagian 1






Probability

Apa itu probability?

Apa itu kebarangkalian?

Barangkali kita tahu, barangkali kita tak tahu.

Probably we know, probably we not.

Tu je yang kita dapat jawab sendiri. Sebab kita sendiri tak tahu berapa ramai yang tahu tentang kebarangkalian. Sebab itu kita hanya boleh jawab barangkali, bukan pasti. Sebab kita tak tahu berapa ramai yang tahu perkara itu. Dan kita jugak tak tahu berapa ramai yang akan tahu. Diulangi, kita tak tahu berapa ramai yang AKAN tahu.

Akan, satu perkataan yang membawa maksud mendatang, yang bermaksud belum lagi terjadi tetapi barangkali terjadi dalam masa terdekat (atau jauh). Sebab itu digunakan perkataan “akan” sebab ia belum jadi.

Jika kita meramal perkara yang belum terjadi, ia adalah suatu perkara yang sangat bahaya. Kerana termasuk dalam perkara yang dilarang dan berdosa. Akan tetapi, kenapa kita belajar kebarangkalian dalam matematik? Bukankah apa yang dipelajari dalam bab kebarangkalian adalah suatu yang belum pasti terjadi? Sesuatu yang belum tentu terjadi. Kenapa kita belajar kebarangkalian?

Di dalam konsep kebarangkalian yang dipelajari sebagai subtopik dalam mata pelajaran matematik asas atau moden, ada beberapa kriteria yang diabaikan dan tidak diambil kira kerana sifat subjektifnya yang amat besar dan infiniti (Mungkin). Ini menyebabkan ia diabaikan dan menyebabkan orang yang bertanggungjawab mengkaji konsep kebarangkalian membenarkan ia dipelajari.

Sebagai contoh, dalam suatu eksperimen fizik, beberapa aspek perlu diabaikan kerana sifat subjektifnya dan sifatnya yang tidak boleh diukur (Immeasurable). Aspek yang tidak boleh diukur seperti inersia (inertia), yang hanya boleh ditentukan dengan kewujudan jisim dan pecutan. Tidak boleh diukur secara terus, contoh lain seperti rintangan angin ketika eksperimen pecutan buah epal ketika jatuh. Seperti jumlah daya geseran antara molekul – molekul ketika dikenakan daya mampatan atau regangan. Sifat seperti ini adakalanya diabaikan kerana terlalu kecil nilainya dan ada juga terlalu sukar untuk dikira. Sebab itu ia diabaikan (Neglected).
Begitu juga dengan pelajaran kebarangkalian, terdapat beberapa perkara yang diabaikan dalam mengambil kira keputusan sesuatu perkara. Sebagai contoh:

Jika terdapat dua biji bola merah dan kuning di dalam kotak, berapakah kebarangkalian bola merah diambil?

Tentu jawapannya 50% kan?

Kenapa? Sebab kita hanya mengambil kira jumlah bola yang terdapat dalam kotak itu. Kia tidak mengambil kira aspek lain seperti aspek minat si pengambil bola. Kita tidak mengira aspek lain seperti kewujudan bola luar.

Cuba lihat soalan ini pula :

Jika terdapat dua biji bola merah dan kuning di dalam kotak, berapakah kebarangkalian bola merah diambil? Si pengambil bola hanya dibenarkan untuk mengambil bola merah.

Jawapannya sudah tentu 100% bukan?

Bagaimana pula dengan ini :

Jika terdapat dua biji bola merah dan kuning di dalam kotak, berapakah kebarangkalian bola merah diambil? Si pengambil bola hanya dibenarkan untuk mengambil bola merah, tetapi dia minat akan bola kuning.

Bagaimana pula jawapannya?


Jawapan ditinggalkan untuk anda fikirkan





Maaf, perbincangan terpaksa ditangguhkan bahan tak cukup, kita sambung kelak...





frensicksignature

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails