Rabu, 29 Julai 2009

Dah lama dah

Kalau nak diikutkan aku tak nak cerita pasal perkara nie. sebab khuatir nanti orang cakap aku bangga diri atau riak. Sebab tak ramai orang terpilih untuk dapat “hidayah” macam nie. aku sendiri pun kalau cerita belum pasti lagi motif untuk apa. Sama ada nak bagi pengajaran atau sengaja nak bangga diri. Biarlah Allah sahaja yang tahu sama ada aku nie riak atau memang ikhlas nak bagi pengajaran kat korang. (alahai, ayat berhikmah la sangat, macam perasan je)

Bukan apa, sebenarnya aku nak cerita pasal Ijtimak. Aku tak tahu sama ada korang tahu atau tak pasal ijtimak nie. sebab aku pun baru kenal ijtimak nie beberapa minggu lepas. Honestly aku cakap, memang baru kenal pasal Ijtimak nie tak sampai sebulan. Korang nak cakap aku jahil? Nak cakap aku nie tak cukup ilmu? Atau nak label aku nie manusia akhir zaman? Suka hati la. tahu la korang dah kenal ijtimak nie lagi lama kan? walaupun aku baru kenal beberapa minggu lepas, aku tetap bersyukur tau. (ehem, lagi sekali, ayat macam baik je)

Tapi tu bukan apa yang aku nak cerita. Bukan nak cerita pasal dah lama kenal Ijtimak atau tak. Tapi nak cerita pasal pengalaman aku kat sana. Aku pun rasa pelik gak mula – mula tu. bukan apa. Aku tak pernah “keluar” 3 hari, 20 hari, sebulan, 4 bulan, setahun, and so on. Sebab aku nie jenis yang lemah sikit kalau hal – hal macam nie, tapi tak bermaksud aku anti tau. Biasalah, remaja konvensional, apa yang boleh korang expect. Tapi hari tu aku macam kena tarik jugak la dengan satu force. Padahal aku dah plan nak balik umah hujung minggu tu. last – last lain pulak jadinya. Tu la, manusia merancang, tuhan menentukan.

cerita dia macam nie, aku memang dah nak balik dah. tapi disebabkan tak de fulus, tengok wallet pulak “tiba – tibak” kering, so aku pinjam la kat member lain. Disebabkan aku meminjam orang lain, so aku kena la ikut syaratnya. Nak tahu apa? Of course la kena ikut pergi IJtimak, nak tak nak pergi je la. Tapi aku pergi bukan sebab terpaksa. Sebab aku terfikir jugak, masa nie la nak timba ilmu sampingan. Bila lagi, kan? Am I right?

Yes, you are right! Dari situlah aku diberi keizinan dariNya untuk ikut dorang pergi kat kuarters KLIA kat Nilai. Malam jumaat lepas isyak siap – siap lepas tu kumpul kat surau. Then lepas pukul sebelas lebih baru bas sampai. Dalam pukul 1 lebih baru sampai Nilai. Err, Ijtimak tu bukan hari start khamis (9/7/2009) ke? Memang la tapi kitorang ada kekangan kelas, tak kan nak ponteng pulak. So, jumaat malam je la yang boleh.

Ok, berbalik pada plot cerita (cewah). Kitorang sempat tidur dalam 4 jam je macam tu lah and then bangun pagi. Lepas tu tak yah cerita la ye. Rutin harian la, Cuma satu je tertinggal : Mandi. Memang tak boleh mandi masa tu sebab air terhad. Guna untuk wudhu’ dan istinjak je. Tapi aku tak mandi bukan sebab dah tahu tak boleh mandi tapi sebab ramai sangat orang. Tak biasa la mandi ramai – ramai.

Lepas subuh kitorang dengar bayan. Mula – mula aku tak tahu pulak apa tu bayan, (Nak panggil aku jahil lagi? Go On). Lepas tu baru lah dorang bagitahu. Macam mana nak cakap ek, pada pemahaman aku bayan nie macam tazkirah+ceramah+motivasi+tips+pesanan. Macam tu la. kalau salah bagitahu la ye. Banyak kali jugak la dengar bayan. Senang cerita bila lepas sembahyang je, ada bayan. Hari first tu mula macam rasa bosan gak la. tapi bila aku set balik Mind aku baru ok. Memang tak bosan kalau dengar betul – betul sebab apa yang Maulana sampai memang ada isi. Yang penting, lain dari apa yang biasa kita dengar. Tapi yang uniknya Maulana cakap dalam bahasa Urdhu kalau tak silap. Tapi nasib baik translator dia bagus. Bukan pandai terjemah je, tapi siap dengan intonasi sekali. Macam dorang pulak yang bagi bayan. Bagus – bagus.

Part yang paling best ialah time nak berhajat. Apsal? Sebab tandas super VIP. Tak pernah aku guna tandas macam tu. memang VIP sangat lah. Tak yah panjang – panjang la pasal tandas. Kang ada yang termuntah pulak. Apa yang penting aku nak bagitahu ialah aku Nampak satu hikmah bila guna tandas VIP tu :

Jangan membazir air – kita memang tak sedar yang kita memang dah banyak bazirkan air dan tak guna sepenuhnya. Mana tak nya, sedangkan air yang terhad pun boleh guna untuk istinjak dengan sempurna, ni kan pulak air yang sure boleh melimpah – limpah kat bilik air kita. berapa banyak air yang kita bazirkan (masa air tu melimpah)

Kena pandai gunakan keperluan yang minimum dengan maksimum – tak faham? Macam nie, senang cakap, gunakan benda yang sikit untuk banyak perkara. Sebagai contoh, aku amik air dalam botol besar. Pernah tak korang terfikir yang satu botol air boleh guna untuk wudhu, lepas tu basuh tangan, basuh muka? Mesti la pernah kan, tapi pernah aplikasikan? Jarang sekali, tak yah belagak, aku pun sama.

Jangan bangga dengan status korang – kat sini aku nampak semua orang sama. Yes, I admit it. Aku tak nampak member aku yang annoying, penyibuk, and so on. Lepas tu aku tak nampak YB, tengku, tan sri, dato’, i.r, siswa, budak sekolah, orang kaya, loaded, orang sederhana, orang miskin. Bukan sebab dorang takde, tapi sebab aku tak nampak. Aku nampak semua sama je, except yang aku kenal la sebab dah kenal. Maknanya, semua orang sama je bila berhadapan denganNya. Tu je point aku. ni baru kat Nilai. Belum lagi kat mekah nanti pergi umrah ke haji ke (InsyaAllah,akan datang, amin). Lagi banyak orang yang macam – macam jenis tapi kelihatan sama yang kita boleh nampak. Belum cerita pasal padang mahsyar pulak. Tak nak kau cerita, tak pandai sangat bab macam nie.

Banyak lagi sebenarnya yang aku nampak dan banyak jugak klu yang aku dapat dan perlu kaji. Tapi apa – apa pun, aku nak cakap. Kalau kita nak buat baik. Kat mana – mana pun jadi. Memang betul pepatah cakap : di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kat sini aku cuma berniat nak tambah lagi ilmu tu yang dapat ilmu tambahan. Maknanya, kalaulah awal – awal aku berniat nak dekatkan diri dengan Allah, agaknya lagi banyak aku dapat kot. Tapi takpe la. buat masa ni, nie je dulu rezeki aku kot. Ala macam yang sahabat beritahu masa dulu (Lebih kurang macam nie) :

“Kalaulah kamu berhijrah untuk mendapat keredhaan Allah, maka kamu akan mendapatkannya. Tetapi jika kamu berhijrah kerana untuk mengahwini orang di sana, maka kamu akan mendapat itu sahaja.”

Macam tu la bunyinya. Berbalik pada plot perjalanan aku sekali lagi. Ahad petang lepas zohor kitorang gerak dari khemah menuju ke bas, pe lagi, nak balik la. Masa nie aku nampak berduyun – duyun orang nak balik. Macam training untuk sae’i pun ada. ramai sangat. Boleh kata ramai gila la. korang yang baca surat khabar tahu la berapa ramai. Jomheboh pun tak ramai macam ni kot. Ada jugak yang tak nak balik dulu. Tapi kitorang memang kena balik sebab esoknya ada kuliah. Aku dengan sorang member nie pergi la cari bas. Punya la susah. Dah la jalan kaki, bas pulak parking jauh. Memang dugaan la masa tu. last- last kitorang jumpa jugak bas. Tapi masa tu sebenarnya kitorang dah tawakal je sebenarnya. Mana taknya, kitorang memang dah tak jumpa bas dah tapi member aku lagi sorang tu macam dah malas nak cari, so kitorang balik je kat khemah. Member – member kat khemah pandang kitorang dengan harapan ada la berita baik nak dengar . Aku pulak tak sampai hati nak cakap, so member aku yang sama – sama cari bas tadi buat la ayat. Bukan menipu tau. Dia cakap la yang kitorang semua gerak ramai – ramai dulu keluar dari khemah lepas tu tunggu kat parking luar. Bas tak boleh masuk dalam. (Sebab memang tak boleh masuk dalam). Semua pun ikut la kan cakap dia, tak lama lepas kitorang tunggu kat parking luar, tiba –tiba je aku nampak klinik yang jadi sign tempat bas tu parking. Terus kitorang bergegas kat bas tu and then jumpa terus naik. Memang macam tak percaya jugak la masa tu.

Sebab tu la aku cakap yang kalau ada kemahuan di situ ada jalan.

Dah, habis cerita. Nie pun macam cerita untuk pengalaman je, pengajarannya sikit je pun.

Tak pe la, biar kecil asalkan berhasil (Pernah dengar tak ayat nie?)

Aku sebenarnya dapat inspirasi nak tulis pasal benda ni pun sebab tergerak nak tulis. So tak kan nak biar terbang macam tu je, aku tulis la kat sini nie. tu pun lepas baca Hamka punya cerita

p/s : Aku masih belum tergerak nak “keluar”. Maknanya aku belum dapat kesannya ke?
frensicksignature

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails