Dah masuk minggu ke empat aku kat sem baru nie. segalanya berjalan lancar. Ye la memang la lancar, sebab tu aku terkial – kial nak kejar.
Start dari minggu pertama lagi sebenarnya banyak gak la masalah yang agak remeh datang. Walaupun remeh, masalah tu agak mengganggu prestasi belajar aku gak la. (ceh ayat tak bleh blah). Tapi takpe, alah bisa tegal biasa. Lama – lama ok la kan. tapi tak tahu la bila nak ok.
Tengok macam sentiasa KO je. tu la, apa nak jadi, setiap kali awal sem je mesti ada masalah.
Masa – masa macam nie lah baru aku lapang sikit nak update. Tu pun kesian gak tengok ruangan nie. mana tak nya, dah bersawang dah. Tu belum masuk lagi error yang tiba – tiba occur kat tempat nie. ingat nak decorate la kejap kan masa online hari – hari lepas, tengok – tengok makin tak lawa jadinya. (Tu la, dulu masa kuliah belajar programming tidur je, sekarang kan dah susah). Tak pe la jugak. Kali nie biar aku kurangkan sikit “sampah” kat sini (rasanya dari hari tu lagi cakap nak bersihkan tapi tak jalan jugak).
Serius aku nak cakap yang sindrom Insomnia aku datang balik. Malam tak boleh lelap tapi siang terhegeh – hegeh nak datang mimpi yang indah (indah la sangat). Yang buat aku geram, time lecture tengah bercakap or bagi kuliah kat depan kelas time tu lah nak tersengguk – sengguk (atau terhangguk – hangguk). Masa nie lah nak apply lagu Ahli fiqir – Angguk – angguk geleng – geleng. Time lecture tengah pantau apa kitorang buat tak de lak macam tu. Dah la tak de rezeki duduk kat depan. Kat belakang jangan cerita la. aku rasa macam nak menyumpah je tapi nasib baik boleh kawal lagi. Tapi dalam hati tak yah cakap la ye. Paling bad aku rasa ialah bila dapat beli buku masa hari isnin minggu ke tiga. I said minggu ke TIGA. Tu pun buku latihan or buku untuk note je. Belum masuk yang lain. Buku reference belum beli lagi ye (ala, yang tebal – tebal tahap gaban tu dan harga yang boleh buat sakit kepala jugak la). Bayangkanlah macam mana lancarnya proses perjalanan P&P (Pengajaran dan Pembelajaran) aku nie. dah minggu ke tiga baru nak kemaskini senjata untuk berjuang. Eh, aku cakap pasal Insomnia kan? Tu la nak Tanya, macam mana nak rawat penyakit nie ek? Malas la nak cari kat internet. Terlalu banyak, dah la berfalsafah pulak. Ada ke patut info pasal medic nak tulis lawa – lawa sampai macam berpuisi?
Ada budak dapat masuk IPT, gembiranya. Tapi aku tak rasa sangat. Ye la sebab aku dah rasa dah. Agak tak gembira la sebab tak nampak sangat budak batch baru masuk. Semua nampak sama je. Tak tahu mana freshie mana direct entry dan mana senior. Except bila dorang pakai Name Tag dengan rantai baru, tak pun kalau ada yang pakai beg baru, warna ? Ungu Putih la apa lagi (Agak cantik jugak la berbanding batch aku tahun lepas).
Sem nie dapat amik koko. Ape tu? kokurikulum la. aku amik Kayak sebab kelab lain dah full. Yang belum full pulak macam suam – suam kuku je. Tak best langsung. Pada pandangan aku la. minat orang bukannya sama kan? ingatkan Kayak nie best la jugak. Tapi first impression aku tengok lagi tak best dari suam – suam kuku. Mana taknya, dah la aku sorang je budak 2BMCD yang masuk, ingatkan dorang masuk gak kayak, last – last tengok masuk kelab lain. Tak guna korang. Tambahan lagi dengan coach yang ala – ala tahu semua, dengan erti kata lain belagak. (Tapi memang dia tahu semua pun, pasal kayak la, bekas atlet Negara la katakan). Memang “heaven” la sangat. Tapi tak pe, kalau ada masalah aku mengeluh la dalam hati. Lantaklah, aku masuk kelab nie pun dah kira bagus, tolong penuhkan, tu pun tak reti bersyukur. Kalau tak disebabkan kuota, mimpilah nak masuk kelab nie. (Err, siapa yang tak reti bersyukur tu?). Straight to the point, aku tak suka coach yang berlagak tu. ingat dia sorang je yang pandai berkayak?
Sabtu lepas pergi kem, nama kem tu bukan main lagi : “Sejambak Kasih Pengikat Sayang”. Jiwang la pulak. Siapalah pilih nama macam tu. anywayz, walaupun satu hari je, ok la jugak. Ada jungle tracking, obstacle, river crossing, cheers competitions. Yang penting, tak bayar. Sebab kena paksa atas alasan sebagai ketua rumah, so kena pergi.
Ada orang cakap aku nie tak matang lagi. Sebabnya? Sebab aku suka cerita yang bukan – bukan. Ye ke? Rasa korang? Kalau budak perempuan cerita bukan – bukan boleh pulak ek? Alasan, dah memang jiwa dorang macam tu. hamlau… tau la korang tu “matured” habiskan, aku nie siapa la. cakap sikit je nak kritik, cakap sikit je nak label aku macam – macam. Kalau korang tu matured sangat pasal tak buat buku tulis macam nie : “cara – cara nak matang”
P/s : nak buat itu terhalang, nak buat ini terhalang, macam dah malas nak buat apa - apa…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan