"My action speaks louder than my word, but my text is loudest. If you found this blog is full of emptiness, then you can expect how silence i am!" - Safri
Sabtu, 13 November 2010
Akibat Terlalu Banyak “Save Page”
Apa itu save page?
Save page ialah laman web yang kita simpan dalam komputer kita. Bila kita melayari internet, komputer akan simpan segala apa yang kita buka atau muat turun dalam komputer kita. Tetapi semua benda tu disimpan secara sementara sahaja (Temporarily File) . Bila kita tutup laman tu, secara automatik apa yang berkaitan dengan laman web tu akan di padam serta - merta.
Tetapi bila kita muat turun (Download / Save), apa yang kita muat turun tu akan tersimpan di dalam komputer selagi kita tak padam. Nie perkara asas bagi semua orang yang suka berinternet mesti tau. Kalau tak tahu agak bahaya.Tetapi ada satu perkara yang mungkin agak jarang kita buat iaitu simpan halaman, atau dalam bahasa mudahnya, “save page”.
Aku secara terus terang tak pernah ada kemudahan internet kat rumah, tak pernah memiliki jalur lebar atau bahasa popularnya Broadband, atau bahasa timangannya Berukband. Kalau kat hostel pulak biasanya pakai internet via Streamyx dari kawan punya. so, bila nak mohon tukar alamat, biasanya akan memakan banyak sangat masa. Kadangkala sampai nak habis sem baru la selesai pasang Streamyx. So, kesimpulannya, jarang la aku akan “online” (dan sesiapa yang suka tengok status aku kat facebook mesti pernah ternampak aku tulis LONG TERM OFFLINE) dan bila aku “online”, aku akan gunakan perkhidmatan tanpa wayar atau dalam bahasa mudahnya, Wireless Network” atau bahasa timangannya, “Wi-Fi”.
Bila aku gunakan wi-fi untuk berdunia maya, aku akan gunakan jenis yang awam punya. Contohnya macam dekat uni, dekat kedai mamak tak pun dekat kopitiam. Bila makan dan berdunia maya kat tempat macam tu, rasa kurang sedap la kan? Tambah lagi masa agak terhad bila berinternet kat luar. Sebab dorang ada masa nak tutup kedai jugak. Kalau ada yang jenis 24 jam pun, tak kan nak minum air satu cawan lepas tu, duduk berkampung kat kedai satu hari? Tak kan nak kena order tiap – tiap jam pulak kan? Banyak pulak duit aku?
So, bila dah tak cukup masa, aku akan cari alternatif lain iaitu simpan halaman atau “save page”. Aku akan bukak segala halaman yang aku rasa aku minat dan kemudian aku “save” terus sebelum baca. Dah balik rumah baru baca. Tu la yang jadi macam entry “111 entry dalam satu malam tu”. Bila dah simpan halaman, aku akan rasa sayang nak buang sebab ada artikel yang aku rasa menarik untuk disimpan. Mana la tau, kot – kot boleh guna untuk kebaikan masa depan. lebih – lebih lagi dekat facebook ramai yang post note pasal nasihat la, artikel la. Dah la aku jenis pantang jumpa page macam tu.
Bila next time berdunia maya lagi, aku akan buat perkara yang sama iaitu save page. Dan bila baca kat rumah, rasa sayang nak buang. Dan seterusnya perkara yang sama berulang sampai beberapa kali.
Kalau tak simpan dan terus baca jek, dia akan hilang bila kita tutup. Masalahnya, kali nie dah jadi fail yang kena padam sendiri. So nak tak nak kena la padam sikit – sikt yang rasa tak best tu. (Mungkin entry korang ada yang terpilih jadi koleksi “Save Page” aku, bukan satu atau dua, mungkin tiga atau lebih). Bila dah banyak sangat halaman yang disimpan aku terpaksa buat “folder” untuk asingkan yang mana dah baca atau yang mana halaman yang aku simpan hari ni, yang mana aku simpan hari tu. Bila dah banyak “folder”, maka banyak la ruang yang kena makan kat dalam Local Disk C aku.
Dan menjadi masalah lagi bila dah bercampur dengan data atau fail yang berkaitan dengan akademik macam soalan tutor, assignment, mini project yang nak kena muat turun dari portal. Selalu sangat aku terima fail atau data yang ter”duplicate”. Maksudnya fail yang sama tapi ada banyak disebabkan oleh terlupa sama ada aku dah muat turun atau tak, bila cari tak jumpa, so aku muat turun lagi. Dah macam sampah dah aku tengok ruang folder download.
So, sekarang nie kusut nak cari jalan macam mana nak bersihkan folder Dowload aku. Dan terus terang aku cakap ia memang mengganggu kerja aku terutama nak final exam nie. Banyak sangat yang nak dipadam dan ditapis tapi saying nak buang. Aduhai nasib.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
x payah buang
g beli external terus
1 tera ahaha
banyak la kau...
Catat Ulasan