Khamis, 14 Mei 2009

Long Words For The Longest Time Ever




Yeah, it’s true. This is the long time ever I had as a blogger to be offline. Oh my god, it’s seems like I lost my connection to. the world and my life. Actually, yes it is.

(Hahaha…!). betul la, kalau tak takkan la dipanggil long term offline, kan kan kan?. walaupun tak la lama sangat, tapi bagi aku cukup lama untuk aku “beragan” dengan internet. So, kalau dah dapat online nie faham – faham la ya. Keinginan menulis entry yang dah lama terperap nie membuatkan korang semua terpaksa menanggung “akibatnya” dengan membaca entry yang agak panjang, (yup, hahahaha, ayat tak boleh blah….padan muka).

Ok la, jangan la takut sangat ya. Aku nie tak ada la yang jenis kejam sangat nak bagi korang baca entry yang tak bermakna nie panjang – panjang sangat. Cukup sekadar memuaskan hati aku yang dah lama tak ke udara nie. Ye la, orang baru nak aktif and addict ngan dunia maya nie. What can you expect?

11 hb Mei hari tu aku ada online kejap tapi tak sempat nak update post sebab banyak masa digunakan untuk update Friendster, Myspace, Tagged, KMJ Life Site, dll. Ada jugak masa digunakan untuk “Save Page”, apa tu? (Kalau nak tahu apa “Save Page” yang aku buat tu , baca sampai habis, tu pun kalau sudi la). So, sekarang je la aku dapat post entry baru.

Aku nak mulakan cerita dari awal aku bergerak nak balik ke Johor, boleh?

2 Mei 2009

I'm Back

Tepat pukul 10:00 setengah pagi aku gerak dari Murni dengan menapak, ya menapak. dengan beban yang aku bawa lebih kurang 11 kg, ya 11 kg, kenapa? Tak percaya? Suka hati la. sampai je kat perhentian bas, aku relaks kejap. Nasib baik bas lambat datang, dapat gak hilangkan peluh. Kalau tak, habislah semua penumpang kat dalam bas tu kena bau peluh aku yang sangat la wangi macam One Drop Perfume, hahahaha.
Sampai je kat MC (Melaka Central), aku terus gerak pergi kat kaunter dan terus tanya “Cik, Tiket Nak ke Johor Ada Tak?”. Mak cik kat kaunter tu pun jawab “Ada, kat belakang umah kau, g amik sendirik”. Eh eh, tak ada la, dia tak cakap macam tu, kalau betul dia cakap macam tu, mau kena “Hikmat Lempang Laju – Laju” dari aku. “Of Course la dia cakap ada. Memang nasib aku malang hari tu (Nasib baiklah…!). sebab baru je sampai MC dan terjah ke kaunter, terus dapat tiket balik Johor. Mana tak nya, aku sampai kat kaunter pukul 11:55 tiket pulak pukul 12:00. Terkejar – kejar la apa lagi.lepas tunjuk tiket aku pun naik bas dengan bau yang harum semerbak hasil dari marathon di sepanjang perjalanan ke kaunter. Stop, sampai sini je cerita tang on the way nak balik Johor.



Terbuktinya Kejayaan Seorang Anak Seni

Dah lama Rancangan Grand Final One In A Million Berlangsung. Semua sudah sedia maklum bahawa Syah Inderawan a.k.a Tomok Sudah membuktikan kejayaannya dan juga membuktikan yang dia masih mempunyai peminat. Dia juga Berjaya membuktikan yang dia bukan lagi di cop sebagai “Mamat Sengau” oleh sebahagian rakyat Malaysia yang tak suka kat dia nie. Walaupun dah lebih berminggu - minggu rancangan nie berlalu, namun aku tetap berkeras nak cerita sikit pasal si Tomok nie. Nak kata aku ketinggalan zaman? Dah awal – awal aku cakap aku baru dapat online dan sempat post sekarang nie, tak faham – faham lagi ke?

Aku tak la ikut Rancangan IOAM tu dan tak jugak expect yang Tomok boleh pergi jauh macam tu. Aku anggap dia tak lebih macam artis lain yang masuk dalam IOAM tu. Sekadar masuk je, belum tentu ada orang nak vote. Dan belum tentu boleh pergi sampai peringkat akhir. Tapi yang buat aku agak terkejut bila tengok iklan yang dia dapat pergi peringkat akhir. Lagi terkejut, malam aku balik ke rumah tu lah malam final IOAM berlangsung. Bila aku tonton rancangan tu baru aku Nampak yang memang dia dah berubah dan tak sama macam dulu. Dulu Nampak jiwang karat tapi sekarang nampak agak “Stylo” sikit la.

Aku cerita sikit pasal Syah Inderawan nie bukan sebab aku benci dan bukan jugak aku peminat dia. Cuma ada rasa tergerak nak cerita. Biasalah aku nie, tergerak sikit mesti nak tulis. Tergerak je, tulis, tergerak je, tulis. Aku anggap dia macam artis lain jugak. Walaupun dia tak ada dalam list artis yang aku suka sepanjang zaman.tapi kalau ada lagu best dari dia, aku dengar jugak. Tu lah aku nie. Lagipun die orang (Kawan – kawan sekelas) cakap aku nie macam Tomok (Uwekkkkk…….!!!!!). mana ada. Sikit pun tak de macam Tomok. Semua nie disebabkan rambut aku yang skema macam rambut Tomok masa zaman jiwang dulu. Terus dia orang panggil aku macam tu. Sekali lagi aku nak cakap, I’m not Tomok ye. Lagipun sekarang dia dah ubah imej dan aku pun dah ubah imej (Potong Rambut je...!!!) so, aku dan dia tiada kena mengena ye.

(Muka yang tak handsome pun orang kata macam tomok jugak, kalau handsome, macam siapa ek?)


6 Mei 2009Jejak Kasihan

Kebosanan akibat cuti panjang dah mula melarat dalam badan aku. tak tau sangat nak buat apa. Nak melanguk? Bertambah la bosan. Nasib baik aku kurus. Kalau tak, dah lama membesar tayar kat badan aku nie. Nak kerja? Nak cari kat mana? Ada pulak yang nak terima aku kerja? Nak pergi jalan – jalan? Banyak pulak duit aku. ada idea tak? Nak tak nak tunggu dan lihat je la masa yang mendatang. Mana la tau ada rezeki aku, dapat kerja ke, jalan – jalan ke, tak pun pergi minang anak orang (hahahaha, buang tebiat).

Haha, apa la, tengok subtajuk entry kat atas nie macam cerita sedih lak, mana ada. Sikit sedih pun tak ada. Actually aku baru jumpa dengan member lama (agak lama la). mana taknya, lebih kurang 6 bulan la aku tak jumpa dia (tak sure sangat la tapi yang penting memang lama). Siapa lagi kalau bukan Qayyum A.K.A Yoks. Haha, yoks, you are promoted here..!.

Aku dah lama tak jumpa dia sampai rasa nak “padam” je dia dalam “Senarai Sahabat” aku tapi nasib baik dia telefon aku kata nak jumpa. Terubat sikit “rindu”. Nasib baik kau yoks, kalau tak dah lama aku nyah kau, hahaha.

Malam 6 mei tu hari Rabu, kita orang pergi kat cafe yang baru aktif dibuka (tak la baru sangat ada la lebih kurang nak dekat setahun tapi bagi aku baru lagi la).Gerak dalam pukul 21:00 (9:00 PM) macam tu lah, tak ingat sangat. kita orang lepak – lepak jap, ingat nak online tapi last – last cek wireless lak susah masuk. Apa la, semua pelanggan yang nak online kat situ sama – sama susah nak online, sakit hati gak la. penat- penat datang lepas tu ada masalah nak online pulak. Tapi takpe la, lagipun masa tu aku belum update lagi. Belum buat persiapan nak update entry, bagus gak. So, kita orang minum – minum je la. Minum – minum kejap, borak – borak kosong and then tiba – tiba terkena lak aku. kena apa?

Relaks – relaks jangan takut jangan gabra. Aku bukan kena apa sangat, Cuma kena Closing je. Dia orang Closing aku and then perkenalkan aku dengan bisnes baru. Nama dia e-Mall. Pernah dengar? Aku baru first time dengar. Baru bertapak gak la tapi bagi kat area kita orang ada kumpulan sendiri, nama dia e- SYOB. Tak tahu lah betul ke tak. Aku Cuma baru tahu malam tu jugak. Dia orang punya cerita memang agak meyakinkan aku jugak la. ada gak rasa nak masuk bisnes nie tapi biasalah orang macam aku nie. Orang macam aku nie biasanya fikir dua perkara je. Modal dan Risiko. Kalau bab Risiko dia orang dah terangkan, semua benda ada risiko. Pasal tu aku setuju la tapi bab modal lak susah nak fikir mana nak cekau. Ada idea?

Ok la, tak nak cerita panjang lebar pasal bisnes. Nanti jadi tempat bisnes lak ruangan ni. Hehe, lepas closing tu, kita orang bual – bual kosong lagi sampai la pukul 12:30. (00:00 AM, 7 Mei 2009)Lepas tu apa lagi, baliklah. Ingatkan esoknya dia nak datang lagi nak jumpa katanya. Tunggu punya tunggu, batang hidung pun tak Nampak. Baru aku perasan. Dia orang datang nak closing pasal bisnes je. Ceh…


11 Mei 2009

111 Entry in one Week, 111 Entry in one Night…!!!



What? What actually I’m trying to say? Hahaha, rasa –rasa kalau aku tulis subtajuk kat atas tu korang semua faham tak? Kalau tak faham, aku akan terangkan, jangan takut. Sebenarnya aku kena baca lebih kurang 111 entry yang ditulis oleh Bloggers yang aku ikut.ya, kenapa, tak percaya? terpulang. Tak ada masa aku nak menipu nie. Ya, aku kena habiskan membaca 111 entry yang aku ikut, tu pun ada lagi yang tak sempat jenguk. Inilah akibatnya kalau ikut banyak sangat blog. Tapi tak mengapa, blog best punya pasal aku sanggup baca. Sebab aku dah janji dengan korang semua yang aku akan gagahi jua untuk baca semua entry yang korang tulis.So, untuk menjimatkan masa, aku menggunakan kaedah “Save Page As” je la. aku simpan page yang ada entry dari korang lepas tu aku baca la kat umah. Senang. Tapi yang tak bestnya. Ada yang tak dapat simpan dan ada jugak page yang tak perfect, maksudnya ada page yang tak boleh simpan gambar yang korang post. So tak dapat la tengok gambar korang yang cantik tu (Membodek namanya nie). Ada jugak. yang boleh simpan. Tapi korang jangan takut, lepas aku baca aku akan padam page yang aku simpan. Jangan takut, gambar korang aku tak akan simpan punya. Tapi kalau korang nak aku simpan, aku ok je. Masa yang diambil untuk simpan page pun lama. Kesimpulannya, aku tak dapat la nak pos entry baru hari tu. Cuma sempat approve dan balas komen sahaja.

Bermula dari jam 19:00 (7:00 PM) Aku baca sampai la pukul 00:00 (12:00 AM). (Ni lagi la macam tak logik, 111 entry dalam satu malam? Betul ke?). Memang betul, aku membaca terus - menerus dan tanpa rasa lenguh serta bosan (Bukan bermaksud aku tak buat benda lain, Kalau bab mandi, makan, sembahyang, baca Al-Quran tu tak payah cerita la ya, tu semua rutin harian). Lepas je pukul 21:00 (9:00 PM). Start tu la aku mula sebenarnya “Blog Marathon”. Ada lagi baki 77 page yang aku belum baca. Ingat nak habiskan sebelum tengah malam, tapi mata pulak penat. (Gila ke apa? Nak habiskan semua sebelum midnight?). Baca, baring, baca, baring, baca, baring, tak sedar dah sampai pukul 00:30 (12:30 AM esoknya). Dengan “selsema sangkut” yang menyeksa aku mula dari ahad lepas. Bayangkan kalau hidung rasa sengit macam baru lepas minum air bikarbonat macam air gas perisa Oren. Mesti sakitkan? Aku kena alami macam tu 24 jam. (Akibat sebab tak menyambut Hari Ibu la ni). Tu yang sampai 12:30 tu . Tambahan lagi, ada entry yang menarik untuk di “analisis” (agak – agak entry korang terpilih tak?).

Dalam banyak – banyak entry yang aku baca. Ada yang menarik tak kurang jugak yang kureng. Tidak kurang jugak yang agak membuang masa. Baru sedar yang banyak masa aku dah terbuang dengan membaca entry yang entah-apa- apa-entah. (Siapa yang terasa dia punya entry tersenarai tu, minta maaf ya). Tapi takkan la aku nak suruh dia orang berhenti menulis. Itu hak dia orang dan aku bukan layak untuk suruh buat macam tu. Aku pun pernah buat entry yang entah-apa-apa-entah jugak. Ada jugak yang buat aku terkilan. Sebab sebilangan member aku kat ruangan nie yang lepasan SPM dah mula jarang online sebab masing – masing dapat melanjutkan pelajaran ke tempat dan hala tuju masing – masing. Rasa terkilan sangat sebab tak dapat wish dan beri ucapan selamat pada dia orang. Kerana ada yang dah daftar masuk. Member uni pulak dah cuti. Tak tahu la macam mana boleh berhubung dengan dia orang lagi. Can anyone tell me how I can still contact to them? Please everyone, I miss you all.

Ada banyak yang entry menarik, yang menyakitkan hati pun ada jugak. Tapi yang ini bagi aku mesti kena share dengan korang semua. Kepada yang tidak tersenarai tu, tak bermakna korang punya tak best ok.

1. Gadis Biasa Itu Inn - ikhlas boleh tak?


2. Tinta Masih Basah - Perkara biasa..............

3. Me And My Aqidah - Confusion with Hadeeth and Sunnah

4. Dear DIARY – lari sikijap


Pendapat aku tentang empat isu/perkara kat atas:

  1. Aku tak tahu la aku ni ikhlas ke tak follow orang punya. Sebab aku pernah follow orang lepas tu berhenti. Tapi bukan sebab dia tak follow aku. Sebab dia punya cakap latest time nie buat aku tak selesa.
  2. Bagus pendapat tu. Tapi aku ada masalah lain tapi masalah biasa. Macam mana pulak nak khusyuk dalam solat dan nak ada minat untuk berjemaah?
  3. Dapat ilmu baru walau sikit. Lepas nie jelaslah sikit tentang beza hadith dan sunnah.
  4. Banyak novel bagus yang dah baca Nampak? Pernah pasang hobi nak baca novel tapi komitmen terhadap perkara lain menghalang. Tu yang terbantut.Dah habis baca, apa lagi, melantak lagi la aku tengah – tengah malam tu. (Dah banyak kali makan pada waktu lewat malam, tapi tak besar – besar jugak badan)
Amacam, letih tak baca entry mengarut nie? Letihkan? Dah la tu, buang masa lagi. Aku mintak maaf banyak – banyak kalau entry nie buang masa korang. So kalau rasa nak marah ke nak balas dendam ke, tulis panjang – panjang macam aku jugak biar aku terseksa nak baca balik. Hahahaha…

Perhatian :

entry yang ditulis oleh anda bermula dari hari Isnin, 11 Mei 2009 hingga Sekarang (Saat Entry ini ditulis) akan dibaca Selepas Entry ini di post. Segala kesulitan amat dikesali. Aku jugak akan berusaha untuk menambah label supaya senang. Kalau korang tak nak buang masa baca isu yang tak ada faedah, tengok label dulu.

Lagi satu, kebelakangan nie aku baru perasan kata – kata aku sebelum long term offline nie kebanyakkannya tidak berilmiah. So, mungkin lepas nie aku akan mula balik selitkan artikel yang mungkin berguna untuk korang.

Sifat keanak – anakkan mula menjalar dalam minda aku. So, sebagai impaknya, aku mula menggatal untuk buat konsep baru dalam ruangan nie, you can see and judge it by yourself.

harap – harap tak menjadi.

Terima kasih





Trivia Oh Trivia

Tak lupa gak kali nie aku nak selitkan lagi Trivia. Kali nie tentang Fobia. Ada la sikit term pasal fobia aku jumpa. Untuk buat masa nie aku nak tunjukkan sikit dulu term – term fobia, lain kali kalau ada lagi aku tunjukkan lagi :

Scolionophobia - Fear of school (Yang ni mungkin korang ada kot)
Venustraphobia - Fear of beautiful women (Oh my god, ada ke?)
Philophobia - Fear of love (Ya Tuhan, yang ni tak boleh terima nie)
Ephebiphobia - Fear of teenagers (yang ni lagi la)
Agak – agak, korang yang mana?


frensicksignature

6 ulasan:

princessfrogy berkata...

memang sungguh panjang ler..
hehe..
joke je yer..
selamat kembali... :)

SaF_FreNsiCk berkata...

hehehe,
saje je lepas rindu...
saf dah krm salam kat katak2 kat sini...
dengan prince nya skali tau..
hehehe...

limaumaniss berkata...

hadoi...buleh ingat balik yer sumer cerita pastu tulis semua bali...kagum!!!

SaF_FreNsiCk berkata...

ala, macam repot jugak...
bukan tulis semua sekali gus
sikit - sikit...
lama - lama jadi "sakit"

Adib berkata...

JazakAllah khair akhi for sharing my blog post. I truly appreciate it!

SaF_FreNsiCk berkata...

anytime, benda biasa je...
setakat review jek...

benda yang bagus mesti la kena kongsi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails