Selasa, 23 Februari 2010

Betul cakap orang

Tempat : Bilik
Waktu : 1 : 25 pagi
Mood : Penat, Bimbang, Kalut.


Betul cakap orang, bila selalu sangat duduk mengadap komputer, akan menjejaskan kesihatan. dulu aku tak percaya, macam mana duduk depan komputer boleh jejas kesihatan? Sedangkan kita bukan buat apa pun, bukan buat perkara yang berbahaya, bukan buat perkara yang boleh mendatangkan mudarat, bukan juga buat perkara yang mendatangkan penyakit.

Tapi ternyata aku silap, dan ternyata baru aku sedar setelah lama aku “menghidapi penyakit nie” aku baru sedar yang semua ni berpunca dari tabiat suka duduk depan komputer sangat. Dulu aku kurang sakit badan nie, kalau sakit pun sebab banyak sangat kerja atau salah tidur, tapi sekarang aku asyik sakit belakang je. Nak tegakkan badan punya la “nikmat”. Dulu aku tak pernah kena insomnia, tak pernah aku asyik tidur lambat, kalau lambat pun sekali sekala je dan sebab ada kerja dan tugasan. Bukan sebab tak boleh tidur dan tak mengantuk. Tapi sekarang nak tidur pun susah, kalau tak sampai pukul 3 4 pagi tak kan nak lelap. Aku cuba baring, baring dan baring, tak tidur jugak. Makin berpinar ada la. Mata pulak semakin hari semakin kuyu (Nampak lemah, tak bermaya, lesu, eyebag). Badan yang lain jangan cakap la ye, dah kering macam cicak kubing, lagi kering kot. Orang lain pun dah banyak kali perasaan.

Dulu aku senang kalau nak focus kat dalam kelas atau kuliah, tapi sekarang payah sangat. Boleh dikira aku pesaing hebat la kalau tersenarai dalam orang paling kuat tidur dalam kuliah. Entah la, tak tahu nak cakap apa lagi. Ingatkan semua nie punca dari salah makan ke, tak bersenam ke, rupanya asyik duduk depan komputer je. Mana tak nya, kalau dah melekat punggung nie dengan kerusi, selamat la aku punya jari melekat dekat papan kekunci. Pantang ada notification mesti nak bukak, nak tengok apa yang berlaku. Padahal tak sedar kerja dah berlambak tertinggal. Test dah semakin dekat, masa dah semakin suntuk tapi still melayan internet jek.

Tak tahu la apa nak buat sekarang nie, nak tinggalkan internet kejap sayang pulak, tapi kerja banyak lagi nie. Nak je aku “puasa” kang. Tak bukak computer berhari –hari, tapi boleh ke? Seminit tak tengok pc pun dah gelabah.
Harap – harap la aku dapat selesaikan masalah nie, dapat refresh balik badan dan minda aku nie.





frensicksignature

2 ulasan:

atikAh KAKAKA berkata...

penyakit kte sama lahhh .semoga kte berdua berjaya mencari ubat untuk penyakit ini .AMIN .
:D

SaF_FreNsiCk berkata...

sama ke, hahaha,
insyaAllah, amin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails