Isnin, 8 Februari 2010

Telinga si tukang tipu : Penerangan

Sekarang nie (Waktu sekarang maksud aku nie ialah waktu malam, waktu aku tengah tulis). Aku tengah tension sebab tak ada siapa pun bagitahu yang salah satu tugasan yang aku kena buat kena tulis tangan sewajibnya. Dah penat aku taip sampai nak pecah pergelangan tangan, last minute, diorang cakap kena tulis tangan. Kalau la aku boleh mencarut, dah lama aku buat dah, tapi apakan daya, aku tak sekuat macam tu, eceh eceh….

So, dalam kepeningan yang melampau akibat tension aku pun buat la kerja lain, secara kesimpulannya, aku berblogging la.

Sebenarnya aku tak ada apa nak cakap dalam masa terdekat nie sebab aku sibuk, tapi memandangkan ada orang yang tak paham tentang apa yang aku tulis lepas, so aku tulis la balik apa yang dorang tak paham tu.

Aku ada tulis pasal telinga yang menipu kita, iaitu telinga yang bagitahu kita perkara yang tidak benar. Macam mana? Selalunya kita biasa dengar orang yang bagitahu perkara yang tidak benar kan? Dan kadang – kadang kita dengar mata kita boleh menipu kita kan? Dengan beri illusi yang memelikkan dan menyakitkan mata. Kalau tak tau apa tu illusi, taip je kat google.

Tapi pernah tak kita dengar apa tu illusi bunyi? Dalam erti kata lain, telinga kita pulak tipu kita. Pernah tak? Telinga menipu kita maksudnya, telinga kita memberikan satu isyarat bunyi yang “disalahtafsirkan” oleh otak kita. Maksudnya kita seolah – olah mendengar sesuatu yang tiada dalam alam sebenar. kita dengar macam ada sesuatu disekeliling kita, tapi sebenarnya tidak, maksudnya telinga kita dah "permainkan" kita la kan?


Contoh aku dah beri, Cuma download je audio tu dan dengar guna fon, yang ada function stereo tau (Yang boleh asingkan bunyi kanan dan kiri). Tapi jangan dengar bila korang sorang – sorang dan waktu malam. Seram jugak nanti.

Aku bagi balik link cerita lepas, cuba dengar balik :


Telinga Tipu 1

Telinga tipu 2






p/s : kalau tak paham jugak tak tahu la aku nak explain camne…

frensicksignature

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails