Jumaat, 5 Februari 2010

Sembahyang Jumaat, Perlu ke?

Soalan macam kat atas tu, perlu ke? Perlu ke ditanya? Entah la….

Sembahyang jumaat of course la perlu, sebab dah namanya fardhu kifayah, kena la buat. Tapi sebenarnya aku bukan nak cerita pasal keperluan solat jumaat, sebab tajuk atas tu saje je nak buat sensasi.

Sebenarnya aku nak soal satu soalan kepada sesiapa yang tahu. Sebab aku pernah alami perkara nie. Tadi aku pergi masjid bersama dengan sorang rakan. Sudaht tentu la naik motor tanpa helmet (Jangan di amalkan rutin seperti ini). Dalam perjalanan nak ke masjid tu, aku terkenang masa aku kat rumah aku, maksud aku hometown aku. Di mana pada suatu hari aku pergi ke masjid dalam keadaan tergesa –gesa sebab dah nak sembahyang dah. Khatib pun dah nak habis berkhutbah. So, pada masa tu terserempaklah dengan sorang hamba Allah nie yang aku tak perlu nak sebut nama dia sebab tak penting. Hamba allah nie bagi la aku tumpang naik motor dia untuk sampai ke masjid.

Lepas sampai je kat masjid, khatib masih belum selesai bekhutbah lagi. Maknanya, belum solat lagi. Aku pun turun dan terus masuk ke masjid. Tapi sebelum nak ke masjid tu aku teragak – agak nak bergerak sebab belum ucap terima kasih. Tapi nak ucap terima kasih tak boleh sebab bila dah dengar khatib sedang berkhutbah, kita tak boleh bercakap walaupun sepatah perkataan. So, aku pun pandang orang tu dan senyum je kemudian terus masuk masjid.
Persoalannya, betul tak tindakan aku tu? macam mana nak ucap terima kasih tanpa cakap sepatah pun?


p/s : sebab tu aku suka jalan kaki kalau nak pergi masjid. Kalau nak pergi naik motor jugak kena gerak awal2


frensicksignature

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails