Jangan tanya pisau
Apa itu kesaksamaan,
Kerana mereka hanya tahu memotong,
Bukan membahagi
Jangan tanya dacing, apa itu keadilan,
Kerana mereka hanya tahu hak sama rata
Bukan meletakkan sesuatu pada tempatnya
Jangan tanya mangkuk apa itu tolong-menolong
Kerana mereka hanya tahu menerima,
Bukan memberi
Jangan tanya pahat apa itu kepimpinan
Kerana mereka hanya tahu tunduk diketuk
Jangan tanya penukul apa itu ketaatan,
Kerana mereka hanya tahu mengarah
Bukan mendengar
Jangan tanya nila apa itu kemuliaan
Kerana mereka hanya tahu merosakkan
Susu di dalam satu tempayan,
Tanyalah semut apa itu kerajinan
Kerana hanya mereka yang tahu mana gulanya
Tanyalah lebah apa itu nikmat
Kerana mereka telah rasa madunya
Tanyalah ruyung apa itu kehormatan
Kerana hanya mereka tahu nilai sagunya
Tanyalah kitab apa itu ilmu
Kerana disitu terdapat apa yang tidak kau ketemu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan