Masa mula – mula aku hidup sebagai seorang yang betul – betul lepasan SPM, hidup aku tunggang langgang dengan perubahan mendadak yang aku alami. Dari kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah sehingga menjadi seorang penganggur yang tunggang – langgang. Cari kerja sana sini, berhempas pulas bekerja sambil merungut. Kenapa lah aku kena kerja. (Fakta: aku memang tidak suka bekerja)
Tempoh beberapa bulan berkerja membuatkan aku terfikir kenapa aku kena bekerja. Kenapa perlu ada cuti yang begitu lama. Mungkin untuk beri masa kepada lepasan SPM untuk berehat sebentar sebelum melangkah ke alam IPT. Ya lah, bukan senang menjadi seorang pelajar sekolah menengah nie. Banyak perkara perlu dipelajari. Banyak perkara perlu diingati. Banyak perkara jugak yang perlu di ambil berat terutamanya yang berkaitan dengan peperiksaan. Tambahan lagi, sewaktu sekolah dahulu, lebih menitikberatkan ilmu dari segi teori berbanding amali. Maknanya, lebih banyak perkara perlu dihafal, diingati, dan dipelajari. Maknanya juga, otak lebih banyak bekerja berbanding badan. For your information, penat otak adalah lebih penat dari penat fizikal. Sebab tu la kena banyak masa untuk otak berehat. Agak lama jugak kan?
Lama – kelamaan baru aku sedar yang sebenarnya tempoh masa untuk keputusan SPM keluar adalah lama dan dalam tempoh masa itu, aku tidak boleh duduk diam diri semata – mata untuk rehatkan otak . Kena belajar berdikari sedikit demi sedikit (Walaupun begitu, masih banyak lagi perkara yang belum dipelajari).
Semasa aku belajar sebagai seorang pelajar matrikulasi, aku masih lagi terfikir kenapa perlu ada cuti yang begitu panjang sehingga hampir setengah tahun selepas peperiksaan SPM. Aku pun berfikir lagi dan mendapat jawapan sedikit demi sedikit (Mungkin). Oh! Mungkin kerana peperiksaan SPM tu sangat penting dan perlu diperiksa dengan begitu teliti berbanding peperiksaan lain seperti UPSR dan PMR.
Tetapi peperiksaan PMR pun apa kurangnya? Agak penting juga untuk diperiksa dengan teliti? Sekali lagi aku mendapat jawapannya. Oh! Mungkin kerana subjek peperiksaan SPM tu lagi banyak dan spesifik, sedangkan di sekolah aku sendiri pelajar boleh mengambil 10 mata pelajaran, itu tidak termasuk yang belajar di sekolah teknik, sekolah vokasional, sekolah menengah agama, sekolah menengah sains, yang ambil peperiksaan sebagai calon luar juga tidak terkecuali. Tidak termasuk juga yang ‘gatal’ mengambil berbelas mata pelajaran, tidak kurang juga yang berpuluh. Sebab itu perlu lagi banyak masa. Untuk diperiksa, untuk dikemaskini dahulu sebelum dikeluarkan sebagai keputusan peperiksaan rasmi. Selepas itu aku tidak lagi bersoal tentang kenapa perlu cuti yang panjang selepas peperiksaan SPM.
Akan tetapi, sejak kebelakangan nie, persoalan tu makin segar balik dalam minda aku. Entah kenapa aku rasa masih lagi ada jawapan lagi kukuh yang boleh aku perolehi. Ada lagi persoalan kenapa kita perlu daftar untuk masuk di dalam IPT tidak kira awam mahupun swasta dalam pertengahan tahun. Kenapa perlu daftar dalam bulan 6 (Jun) atau 7 (Julai), paling cepat pun dalam bulan 5 (Mei).
Nak tahu jawapannya?
Tunggu...
P/S : Ada yang belum tahu jawapannya dan nak tahu, Ada yang belum tahu jawapannya, tapi buat – buat tahu. Ada yang sudah tahu tapi buat – buat tak tahu kerana ada agenda tersendiri, ada yang sudah tahu dan mahu beritahu lagi untuk berkongsi apa yang mereka tahu dan juga ilmu.
Kita mahu kita dimana?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan