Kenapa kita masih lagi nak membincangkan tentang perkara basic yang telah jelas lagi bersuluh tak pun dah terang lagi bersuluh. Tentang penggunaan kalimah Allah yang ingin menggantikan perkataan GOD dalam kita bible.
Kita sudah sedia maklum bahawa God yang dimaksudkan dalam bible itu bukan Allah, malah God yang dinyatakan dalam bible tu adalah God yang mempunyai anak dan trinity. Sebaliknya, Allah swt tidak mempunyai anak mahupun trinity. Allah swt tidak beranak dan tidak pula diperanakkan [ surah al- ikhlas ayat 4]. Cari sendiri dalil yang berkaitan ayat yang aku nyatakan tu, aku dah bagi address dia dah. Tak kan semuanya nak disuap. Patutlah masalah macam nie pun susah nak selesai. Agama sendiri tak nak kaji. Bila datang masalah, huru – hara. Aku pun bukannya tinggi sangat ilmu tentang agama nie dan biasanya banyak jugak dosa yang aku buat tapi tu tak bermakna aku patut diam jika ada masalah tentang perkara nie berlaku.
Jika hari ini kita boleh menerima penggunaan kalimah allah dalam bible, tidak mustahil akan suatu hari nanti agama lain akan penggunakan kalimah allah dengan alasan Allah adalah tuhan untuk semua. Memang allah adalah tuhan sekalian makhluk, tapi bukan seperti yang dimaksudkan dalam agama lain. Allah adalah tuhan sekelian makhluk bukan tuhan sekelian agama.
Kalau tak puas hati lagi, tengok kenyataan di bawah nie
Isu penggantian nama God kepada 'ALLAH' ini juga muncul di Eropah Isnin lepas. Seorang tokoh kanan Roman Kristian Katolik di Belanda yang berusia 71 tahun Bishop Tiny Muskens mencadangkan supaya penganut Kristian menggantikan nama God kepada 'ALLAH', namun cadangan beliau dibantah keras oleh tokoh-tokoh Kristian Euro-Amerika.
Seorang tokoh dan ilmuan Kristian di Amerika, Dr. R. Albert Mohler, Jr., President of The Southern Baptist Theological Seminary, menegaskan bahawa, "it is inappropriate for Christians to call God "Allah" based on irreconcilable theological differences associated with the name "Allah" and core Christian beliefs. The key condition behind calling the Christian God "Allah" is that "Allah" must refer to the same God as the one in the Bible. However, this requirement presents “a huge problem for both Muslims and Christians,” contends Mohler. The theologian pointed out that the Qur’an explicitly denies that "Allah" has a son, and Islam considers the idea of a triune God to be blasphemy. “Thus, from its very starting point Islam denies what Christianity takes as its central truth claim – the fact that Jesus Christ is the only begotten Son of the Father,” wrote Mohler on his web blog Wednesday. “If "Allah" has no Son by definition, "Allah" is not the God who revealed himself in the Son. How then can the use of "Allah" by Christians lead to anything but confusion …and worse?”
Sebahagian dari penyataan di atas aku ambil dari
From
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
21 Muharram 1431
07 Januari 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan