Beberapa sumber dari Johor memberitahu bahawa Tuanku Sultan Johor,DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail. Takziah kepada seluruh kerabat Johor dan seluruh rakyat Johor.Al-fatihah untuk Almarhum.
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Marhum Sultan Ismail mangkat di Hospital Pakar Puteri, jam 7.15 malam tadi.
Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang akhbar, sebentar tadi.
Jenazah Al-Marhum Sultan Iskandar akan disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah jam 2 petang esok.
Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, yang dilantik Pemangku Raja petang tadi, akan dimahsyurkan sebagai Sultan Johor pada jam 1 petang di Istana Besar esok.
Esok juga diisytiharkan cuti umum untuk seluruh negeri dan Johor akan berkabung selama tujuh hari. Sumber:Berita Harian
JOHOR BAHRU, 22 Jan. – Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO menyembahkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memaklumkan demikian setelah beliau mendapat pengesahan daripada kenyataan Setiausaha Sulit Pemangku Sultan Tuanku Ibrahim berkenaan kemangkatan baginda pada jam 7.08 malam tadi.
Terdahulu pada sebelah petang Al-Marhum Sultan Iskandar telah di masukkan ke Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru setelah gering.
Ekoran itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar hari ini dilantik sebagai Pemangku Sultan semasa kegeringan baginda Sultan.
Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli melalui satu kenyataan memaklumkan, Jumaah Majlis Diraja membuat keputusan itu di bawah Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 selepas menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan mengenai kegeringan baginda.
Menyorot kembali, Almarhum Sultan Iskandar yang diputerakan pada 8 April 1932 adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia kelapan iaitu antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989.
Almarhum Baginda adalah putera sulung kepada Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim dengan isterinya Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad dan dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 1959.
Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh Almarhum dan semoga dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh – Al-Fatihah. Sumber:Umno-Online
Kredit : Hazwan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan