Dah lebih tiga minggu aku bercuti, tapi tak Nampak tanda – tanda nak dapat kerja. Hehehe,
kalau cakap aku malas je kan senang?
Dalam masa tiga minggu nie jugak aku tak jejak kat pusat Bandar. Bukan pusat Bandar kat johor tu. Tapi nie KPBPG. Tau? Tak apa, aku terangkan, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.
Peh, Nampak macam megah je kan? sebenarnya tak ada apa pun kat sana, kedai – kedai kecil sahaja. kalau orang yang duduk kat pasir gudang tau la. ada yang dah bosan jalan kat situ. Sampai yang cakap tak ada “class” kalau jalan – jalan kat sana pun ada. Tapi bagi aku yang dah empat bulan tak balik Pasir Gudang nie memang rindu jugak la nak jalan kat sana. Tipu la kalau aku cakap tak rindu. Terlalu banyak kenangan aku masa zaman sekolah menengah kat situ. Aku bukan la selalu singgah kat Pusat Bandar kalau balik dari sekolah sebab sekolah aku belakang rumah je. Jalan kaki 3 minit dah sampai. Tak perlu nak naik bas sampai kena singgah Pusat Bandar. Masa form 1 dulu ada la sebab sekolah kat taman mawar, SMKPG2. Jauh sikit dan kena naik bas, dan dah tentu wajib lalu kat Pusat Bandar. So, hari minggu je la aku luangkan masa kat situ. Tu pun kalau ada perkara nak buat. Macam nak study kat perpustakaan atau ada function. Jarang ada function kat Pasir Gudang nie. Tapi kalau ada apa –apa function kat pasir gudang macam road show ABPBH, dia orang buat kat Pusat Bandar la. kira boleh tahan jugak la megahnya. Hehehe.
Kat Pusat Bandar nie semua ada. KFC,latios,Pizza Hut, semua ada. Nak beli baju?banyak kedai ada. Sekarang ni pulak dah ada UO gantikan Gedung Harian Sebab Gedung Harian bankrupt masa aku kerja beberapa tahun yang lalu. Tu semua kerja aku lah. hahaha. Tak ada la, aku mana kuat nak buat macam tu. Kalau nak main boling pun kat sini ada. Ada tempat karaoke lagi. Tapi tak lah grand macam kat tempat lain. Apa lagi yang best? Snooker,game arked pun ada. Cuma cinema je tak leh hidup kat sini. Tinggal “artifaknya” je. Kalau tak, mesti dah complete. Alahai, dah banyak aku cakap, pergi tak jugak. Kalau tak kerana kena suruh bayar bil, tak kan jejak kat Pusat Bandar tu.
Ada apa dengan esok? Esok ada JomHeboh kat Danga Bay, agak malas nak pergi jugak la, sebenarnya bukan malas. Ada sebab lain iaitu jalan sesak. Biasanya kalau ada JomHeboh confirm jalan sesak. Tu yang terbantut kalau nak jalan – jalan kat sana. Tu lah, hari tu JomHeboh yang buat kat Melaka tak nak jalan puas – puas.
p/s : saje je buat karangan nie, nak bagi blog nie kenyang...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan