Jumaat, 29 Mei 2009

Tidak Sesuai Caranya

Sejak kebelakangan nie aku sering kelam kabut. Kelam kabut dan tergesa – gesa bila hendak online atau kemaskini profile di Friendster,Myspace,Tagged dan lain – lain laman social yang aku ikut. Tidak kurang perkara yang sama berlaku dalam blog nie. Kesannya korang semua boleh tengok dalam entry aku yang lepas. Banyak kesalahan bahasa, susunan ayat dan juga perenggan yang tak tersusun. Aku juga agak tak menyempat – nyempat untuk membaca semua entry yang aku ikut. Memandangkan dah makin bertambah ruangan yang aku minat. Impaknya, aku terpaksa membaca semua entry yang di post walaupun tidak begitu berfaedah. (Pemberitahuan, aku bukan merungut atau cuba nak tunjuk baik bila aku cakap aku ikut banyak blog orang). Tapi perkara yang paling membuatkan aku rasa penat dan menjengkelkan bila terpaksa membaca buletin yang disebarkan oleh rakan – rakanku di lelaman sosial yang aku ikuti. Kenapa aku merasakan perkara itu menjengkelkan?

Bukanlah aku tidak suka akan semua buletin yang disampaikan oleh mereka. Cuma aku agak sakit hati bila sebahagian besar masa yang digunakan untuk membaca buletin “terbuang”. Aku merasakan bahawa masa yang diperuntukkan untuk membaca buletin agak terbuang kerana kebanyakkan mesej yang di sampaikan dalam buletin yang dipost adalah perkara yang sama.

Bagi aku yang inginkan jawapan kepada setiap persoalan yang sering bermain difikiran. Seringkali aku tertanya – Tanya. Apa yang ada dalam buletin yang mereka hantar? Tengok tajuk pun ada yang nampak menyeronokkan. Betul ke apa yang disampaikan dalam kebanyakkan buletin nie? Akan tetapi apabila aku membuka satu persatu buletin yang dipost. Hampir semua adalah perkara yang sama. Agak sakit hatilah jugak. Terutama sekali apabila ada orang yang menghantar mesej yang berkaitan dengan persahabatan. Mereka yang kononnya rakan atau sahabat yang sejati cuba untuk mempertikaikan dan mempersoal keikhlasan orang lain. Aku rasa cukup annoying dan tidak adil bila mereka menghantar buletin berbunyi lebih kurang sebegini rupa :

“Kita Sering terima kawan baru dan menambah kawan baru dalam profile kita, tetapi betulkah mereka ingin berkawan dengan kita? Atau sekadar untuk mengumpul rakan – rakan dalam senarai profile nya. Mengumpul rakan – rakan untuk dijadikan sebagai bahan untuk mereka berbangga kerana mempunyai list yang banyak? Untuk buktikan anda bukan salah seorang dari mereka, sila hantar mesej kepada saya.”

(Ada yang berbunyi “Sila Forwardkan mesej ini jika anda benar – benar rakan saya”)

Bayangkan jika lebih dari seratus orang menghantar buletin sebegini rupa. Sanggup kah kita nak balas buletin mereka? Adakah ini cara terbaik untuk melihat keikhlasan seseorang itu berkawan? Mereka dengan senang menghantar buletin (Yang hanya sekali hantar boleh dibaca oleh semua orang). Tetapi kita terpaksa membalasnya dengan mesej (Yang sekali hantar, hanya untuk dia sahaja). Walaupun teknologi sekarang membolehkan kita menghantar mesej (Bukan buletin) kepada lebih dari seorang penerima. Mengapa mereka tidak berbuat begitu? Mengapa mesti menghantar buletin? Bukankah ia bertujuan untuk menyampaikan pengumuman atau berita terkini? Perkara itu membuatkan aku berasa malas untuk menjenguk buletin dan terlepas banyak perkara atau pengumuman penting.

Ada juga mesej yang berbentuk tazkirah yang menjadi antara post yang paling kerap dihantar oleh rakan – rakan. Di sini aku ingin menjelaskan bahawa aku tidak marah jika mereka menghantar buletin berbentuk tazkirah. Tidak kira berapa banyak mereka menghantarnya, aku tetap menyokong, walaupun aku penat membacanya. Kerana itu adalah satu kewajipan. Aku ulangi sekali lagi, satu kewajipan bagi kita sebagai umat islam. Akan tetapi ada perkara yang membuatkan aku merasa ragu dengan mesej yang dihantar oleh sebahagian dari mereka.
Aku mengambil contoh :

Mesej pertama :

''Allahumma inni as aluqa tahhdy bihal fitnati anni'' do'a Nabi Muhammad saw.kirim ke 10 org Insyaallah 2 jam kemudian kamu akan mendengar khabar baik & m'dpt kebhgiaan ttp jk tdak mnybrkan maka kamu akan m'dpt musibah besar.Demi ALLAH ini amanah dn jgn dihapuskan sbelum d sbarkn...

Mesej kedua :

ALLAH HUMMA INNI AS ALUQA TAHHDIYBIHAL QALBI WATAJMU BIHAL SYAMLI WATATDHUBIHAL FITNATI ANNI" ini doa NABI MUHAMMAD S.A.W.kirim pada 5 teman,insyaAllah 2 hari kemudian,anda akan mendengar khabar baik dengan mendapat kebahagiaan.Tapi jika anda tidak menyebarkan,maka anda mendapat musibah besar...."DEMI ALLAH

Mesej ini dihantar oleh orang yang berbeza pada masa yang berbeza.

Cuba kita perhatikan pada mesej yang pertama dan kita fokus pada ayat ini :

“2 jam kemudian kamu akan mendengar khabar baik & m'dpt kebhgiaan ttp jk tdak mnybrkan maka kamu akan m'dpt musibah besar.”

Bagi aku dan beberapa rakanku yang tidak berapa arif tentang isu agama nie sangat khuatir ada unsur khurafat (Pada pendapat aku, dan sebahagian rakan) dalam mesej yang dihantar itu. Unsur khurafat ialah perkara yang dianggap wujud dalam islam tetapi sebenarnya tidak. Ia adalah termasuk dalam enam perkara yang membatalkan iman. Aku rasa korang semua dah tahu pasal benda nie. Lebih – lebih lagi bagi lepasan SPM. Sebab segar lagi dalam ingatan korang tentang perkara nie kerana ia termasuk dalam silibus Pendidikan Islam. (Kalau silibus masa batch aku tak ditukar lagi sampai sekarang). Bila sahaja terbaca mesej macam itu, terlintas beberapa soalan tentangnya.

Soalan pertama, mengapa mesti 2 jam kemudian akan mendapat khabar baik? Bagaimana mereka tahu 2 jam dan bagaimana ia dibuktikan? Dan persoalan kedua, adakah benar jika kita tidak menyampaikannya, kita akan ditimpa musibah? Bagaimana pula dengan ilmu agama yang kita pelajari di sekolah, atau di masjid? (Yang sudah tentu lebih berguna dan penting). Adakah kita akan ditimpa musibah jika tidak menyampaikannya? Mengapa perlu diselitkan dengan ayat – ayat macam tu? Mengapa tidak menghantar nasihatnya sahaja? Bukankah itu lebih penting? Aku minta tolong sangat – sangat korang betulkan aku kalau aku salah. Sebab ini berkaitan dengan aqidah. Tak boleh main – main.

Perhatikan ayat ini pula :

Pada mesej pertama : “kirim ke 10 org”

Pada mesej kedua : “kirim pada 5 teman”

Mengapa mesti ada kuantiti penerima yang ditetapkan? Bukankah penyampaian ilmu itu tidak membataskan kuantiti si penerima? Aku tidak tahu sama ada ayat itu digunakan sebagai garis panduan atau tidak. Tetapi aku rasa tidak. Cuba kita bayangkan jika ada seseorang yang menghantar mesej itu kepada 10 penerima sahaja dan kemudian duduk goyang kaki kerana sudah dijanjikan khabar baik selepas 2 jam. Adakah ia sesuatu perkara yang diajar oleh islam?

Bagi aku tidak salah untuk menyampaikan mesej macam tu. Sekali lagi aku nak ingatkan, aku tak bermaksud untuk menghalang korang dari menyampaikan dakwah dengan cara sebegitu. Aku jugak tak cakap yang aku tidak suka baca buletin macam tu. Cuma aku nak beritahu sesuatu. Apa yang penting ialah niat kita. jika kita berniat kerana Allah, itulah yang menjadi kunci kejayaan atas apa yang kita lakukan. Jika kita menghantar mesej macam itu bertujuan untuk mendapat redha Allah dan memberi peringatan kepada sesama kita, itu adalah dituntut. Tapi jika kita menghantar buletin tu hanya berniat untuk mendapat khabar baik atau mengelak musibah, sekali lagi aku ulang, hanya berniat untuk mendapat khabar baik atau mengelak musibah. Ditakuti akan terpesong aqidah kita. Kerana niat kita dah lari. Macam surat berantai. Aku tak tahu sama ada surat berantai tu bagus atau tak. Tapi aku telah “dibasuh” oleh orang sekeliling yang mendakwa ia sebaliknya. Perkara nie lebih kurang sama macam surat berantai. Bezanya Cuma “surat” nie lagi canggih sebab guna teknologi. (Aku rasa la, lebih baik kalau korang rujuk sesiapa yang lebih arif)

Aku memohon dari korang semua yang aku rasa lebih arif tentang agama nie untuk kaji mesej itu. Kenalpasti, kaji dan beritahu aku sama ada benar ia mempunyai unsur khurafat. Sangat penting untuk betulkan aku kalau aku salah. Aku ulangi, sangat penting untuk betulkan aku kalau aku salah. Sebab aku tak nak jadi orang yang tak tahu apa – apa tapi berlagak pandai. Lebih – lebih lagi dalam urusan agama nie. Sekali lagi aku nak cakap, Aku minta tolong sangat – sangat korang betulkan aku kalau aku salah. Sebab ini berkaitan dengan aqidah. Tak boleh main – main.

Bercakap seolah – olah aku ni baik sangat. Aku tak bermaksud macam tu. Aku orang biasa, macam korang jugak.banyak kelemahan.

p/s : Amaran! jangan terima apa yang aku kata nie bulat – bulat. Aku tak nak tanggung akibatnya.
frensicksignature

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails