Sejak akhir – akhir nie, eh silap, bukan akhir – akhir nie, tapi start dah lama dah kot, maybe tahun lepas, Bapak ar, lamanya. Aku mula rasa sifat negatif dari dulu lagi. maybe masa tu kecik je lagi, so aku abaikan la. tapi sekarang dah bercambah dan mula nak membiak pulak. Kalau setakat nak bertunas tu masih boleh diselamatkan lagi. tapi kalau sampai nak membiak, faham – faham sendiri la. Makin lama makin naik lemak pulak. Makin nak jadi raja. Dan sekarang sifat tu dah mula nak naik belang dalam diri aku.
Aku mula perasaan dari dulu lagi tapi entah kenapa sampai sekarang tak berkesan jugak inisiatif yang aku buat. Peh ayat macam apa la sangat. Macam besar je masalah. Tapi bagi aku memang besar pun.
Aku pun tak faham kenapa sekarang nie makin menjadi –jadi aku punya nakal, jahat, seriau, b*d*h, dungu, noob, dan lain – lain yang sewaktu dengannya. Aku nak detect dari mana pun tak tahu. ada satu masa aku sampai rasa ada “sial” yang datang kat aku. sampai macam tu sekali?
Jauh menyimpang dari apa yang sepatutnya aku fikir.
Sekarang nie aku tak tahu nak cantas macam mana sifat negatif nie. sama ada nak pakai parang je ke, atau pakai hand saw tak pun pakai water jet, canggih sikit. Aku dah malas nak fikir macam mana nak buat itu ini tapi hampeh tak jadi satu pun. Aku jugak malas nak fikir masalah itu masalah ini tapi hampeh tak selesai pun. Aku jugak lagi malas nak fikir macam mana nak improve diri tapi hampeh tak improve pun.
Dari dulu sampai sekarang, tak habis – habis masalah yang lama, masalah remeh dan temeh yang buat aku sendiri meluat bila fikir balik. Asyik – asyik escape kelas, malas buat tutor, lupa lab report, malas nak revision, rumah bersepah, solat kurang khusyuk, tarawih dah inconsistent, dah kurang hormat lecturer, suka maki kawan, dah pandai mengumpat berskala besar, lewat tidur, lewat jugak bangun, dah lupa nak ber”thanks” dan “apologies”, dah mula jalan meninggi diri, mata liar, suka merungut, suka mengeluh. Dan banyak lagi la.
Bila la agaknya aku boleh hilangkan semua benda nie? tak dapat hilangkan semua, sikit – sikit jadi la. Asalkan tak menggangu akademik, daily life dan matlamat aku.
Please, please, please, harap - harap la aku boleh berubah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan