Selama beberapa hari cuti pada musim cuti nie segalanya kelihatan dah semakin surut. Semua momentum yang ada dah semakin luntur. Semakin malas pun ada. Mungkin agak ‘cliche’ kalau nak cakap “dah lama tak update blog kan?”. Tapi itulah kenyataannya. Momentum untuk menulis dah semakin berkurang. Mungkin akibat dari stress belajar yang masih belum hilang (mungkin) dan juga rasa malas yang membuak – buak.
Kalau masa belajar dulu dalam sem, asyik buat perkara yang sama tanpa kelainan. Asyik – asyik bangun pagi pergi kelas, pergi kuliah, balik mandi, buat kerja tugasan, online kejap, sambung tugasan sambil online sampai lambat tidur dan kadang – kadang sampai tak tidur. Sekarang pulak aku rasa hampir sama jek “loop”nya. Bangun pagi, buat kerja (kadang – kadang tidur balik sampai tengah hari kalau tak ada kerja), malam pulak melepak (Adakalanya sampai pagi).
Untuk beberapa bulan nie (Dan mungkin hampir setahun) aku rasa kerajinan, kesungguhan, kreativiti, dan segala perkara yang baik dah mula luntur. Mungkin ini jugak agak ‘cliche’ untuk aku cakap kerana seringkali aku ulang perkara yang sama dalam post yang lepas. Asyik – asyik dengan rintihan, keluhan, renungan dan apa – apa sahaja perkara yang berkaitan dengan keluhan dan cerita yang agak “sedih”. Sedih tentang akademik yang merosot, sedih tentang kawan yang menjauh, sedih tentang masa yang berlalu dan lain lagi. Mungkin ada sesiapa diluar sana yang sedang membaca tulisan nie ketawa dan mula memikirkan perkara yang negatif (Negative impression) dan juga mula nak judge si penulisnya.
Jangan bimbang sebab tidak ada lagi “entry terpanjang di abad ini” versi kedua seperti yang pernah dibuat sebelum nie. Rasa ghairah nak buat macam tu dah tak ada dah. Rasa malu pun ada jugak bila baca dan tengok balik apa yang telah ditulis sebelum nie. Rasa macam tak percaya, betul ke aku yang tulis semua nie? Ada tulisan macam budak – budak. Ada tulisan berwarna – warni macam tulisan perempuan. Ada pulak buat Tag segala, dengan award pulak tu. Macam apa entah. Siap ada nak buat trivia la. Campur dengan entry yang gah dengan “Memartabatkan Bahasa Melayu” lah. Memang macam – macam. Tapi tu dulu, sekarang nak tengok satu dua post pun payah. Kalau ada pun post yang di kedepankan (Forward). Kalau ada masa dan rajin pun, rajin baca page orang lain sahaja. Idea tu memanglah mencurah – curah tapi apakan daya, rasa malas menguasai. Kesimpulannya, idea yang mencurah – curah tu hanya setakat sampai diingatan. Akan dibicarakan kenapa idea yang mencurah – curah tu hanya setakat sampai diingatan. tunggu...
Sekian sahaja untuk masa sekarang, terima kasih banyak – banyak kerana sudi membuang masa membaca entry keluhan yang tiada faedah nie.
1 ulasan:
esok lusa, dtg balik la semangat tue... juz wait and see... :)
Catat Ulasan