"My action speaks louder than my word, but my text is loudest. If you found this blog is full of emptiness, then you can expect how silence i am!" - Safri
Ahad, 23 Oktober 2011
Bulan – bulan kehilangan
Mesti ada yang tertanya kenapa aku dah tak menulis lagi atau mungkin juga yang suka aku tak menulis lagi. Bukan sengaja nak membiarkan ruangan yang pernah menjadi terapi untuk aku kosong begitu saja. Cuma sejak kebelakangan ni aku sering alami perkara – perkara yang agak mengecewakan aku. Lebih mudah untuk aku katakan yang bulan – bulan yang latest ni aku sering mengalami kehilangan.
Ya, kehilangan
Kalau nak diceritakan satu persatu mungkin akan membenihkan lagi rasa kecewa, hampa. Atau mungkin rasa meluat pada semua. Tapi apakan daya, aku tak boleh menahan lagi sorang diri. Aku terpaksa lepaskan dalam ruangan ni. Mungkin dilain hari aku akan ceritakan satu persatu. Sebab sekarang ada kekangan masa dan kerja.
Wait if you want to wait..
Ahad, 8 Mei 2011
Thanks to Nabil
masa tengok Maharaja Lawak ikut bahagian (Part by part), yang buat aku tertarik ialah masa Nabil buat persembahannya. Ada satu bahagian tu dia gunakan lagu nyanyian Fauziah Idris iaitu Lagu Merindu.
Lepas dengar jek lagu tu terus selongkar folder lagu, mana la tau kalau ada simpan. Tetapi bila dah lama selongkar, tengok - tengok tak ada lagu tu.
How Come?!
Macam mana aku boleh tak ada lagu tu?
Lagu melati boleh ada pulak? Ni lagu yang aku minat pun boleh terlupa nak simpan? Alamak. Tak cukup melayu la.
Apa lagi, terus la cari lagu tu kat internet, nasib baik ada, dapat lepas rindu :-)
Layan lagu nie :
Sabtu, 7 Mei 2011
Terlalu Banyak Perumpamaan | Tekanan
Tekanan bukanlah perkara yang baik kalau diinterpretasikan dalam kehidupan sehairan kita.
Siapalah yang nak kan tekanan dalam hidup mereka. Walaupun ada yang cakap tanpa tekanan, manusia tak kan berubah. Tapi, tekanan yang macam mana?
Carbon kalau diberi tekanan yang tinggi akan menjadi Grafit. Akan tetapi apabila menerima tekanan yang lagi tinggi akan menjadi Berlian? Betulkan?
Tapi antara Grafit dengan berlian, mana lagi banyak dekat bumi nie? Fikirkan sendiri.
Berbalik pada soal tekanan. Dari segi sains, tekanan akan tinggi apabila ruang atau luas permukaan rendah atau nilanya kecil tetapi rendah apabila luas permukaan tinggi.
Tahu kenapa Daya dalam istilah sains dipanggil 'Force'? Sebab ia lebih kurang sama dengan paksaan. Nanti akan dibincangkan kenapa daya dipanggil 'Force'. Macam biasalah, kalau ada masa, kalau aku tak lupa dan kalau aku tak malas. Sekarang kita bincang pasal tekanan dahulu. berbalik kepada tekanan lagi, Dari segi sains, tekanan akan tinggi apabila ruang atau luas permukaan rendah atau nilanya kecil tetapi rendah apabila luas permukaan tinggi. Begitu juga dengan kehidupan kita.
Jadi bagaimana nak atasi tekanan?
Yang pertama ialah kita perlu lapangkan hati kita. Lapangkan dada supaya tidak mudah putus asa dengan apa yang terjadi, walau seberat manapun tekanan yang kita hadapi itu. Banyak cara untuk kita lapangkan hati kita, kalau nak senang cari je kat internet, memang banyak.
Yang kedua ialah kita perlu luaskan pemikiran kita supaya tidak sempit dan tidak tertekan dengan keadaan sekeliling kita.
Salah satu cara nak luaskan pemikiran kita ialah dengan berjalan, bersiar, melancong untuk lebih tinggi tahapnya. Kalau kita sebagai student, cukup sekadar berjalan - jalan bersiar. Sebagai contoh berjogging, bermain futsal, beriadah, melawat tempat - tempat berfaedah, tak kira mana jua asalkan berjalan dan tidak melakukan perkara yang tidak sihat.
Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan Luas pemandangan."
Pernah dengar cerita "Hati Sebesar Cawan Dan Hati Sebesar Kolam"?
cerita nie memang berkait rapat dengan perumpamaan yang dibincangkan.
Ceritanya macam nie:
"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
" Masin!"
Lelaki tua itu tersenyum lagi.
"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.
"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."
"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."
"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."
Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.
Sumber Cerita : ILuvIslamJangan Terlalu Baik?
Berikut antara petikan yang buatkan aku tersenyum. Aku terfikir, kenapakah aku tetiba tersenyum setelah membacanya…
“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”
“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi. Jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”
“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”
“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”
“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”
“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”
“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”
“Bila diri dicintai, Dia pasti akan berusaha untuk anda, sentiasa ada bersama.”
Ya, aku tahu aku ada yang dah tahu dan dah bosan serta dah basi dengan perkara nie. Aku tahu juga aku adalah antara orang yang paling akhir ceritakan tentang perkara nie, sebab aku memang "The Last Person". Tapi apa salahnya kalau kita ulanginya lagi, kan?
Isnin, 2 Mei 2011
Cerita Menarik Tentang Jodoh Dan Epal | Versi Lebih Baik
tapi nie versi yang lebih baik
Pada zaman dahulu ada seorang pemuda yang amat soleh dan warak. Dia juga terkenal sebagai seorang yang sangat jujur dalam percakapan mahupun perbuatannya. Dia tinggal di sebuah kota kecil di negeri Parsi. Abu Salih adalah seorang pemuda Islam yang kuat beribadat, ilmu pengetahuannya amat luas dia tidak tertarik langsung kepada kesenangan dunia. Setiap hari dia suka duduk di tepi sungai sambil memikirkan kebesaran Allah S.W.T.
Pada suatu hari ketika Abu Salih sedang duduk di tepi sebuah sungai, tiba-tiba dia ternampak sebiji buah epal sedang dihanyutkan air. Ketika itu Abu Salih belum lagi makan apa-apa sebagai alas perutnya. Sebaik sahaja dia ternampak epal itu perutnya terasa lapar, lantas dia pun mengambil buah epal itu dan memakannya. Tiba-tiba dia tersedar akan kesalahannya. Buah epal itu adalah dari pokok kepunyaan orang.
Oleh kerana Abu Salih seorang yang sangat beragama, dia berasa tidak senang hati kerana telah memakan buah yang bukan haknya. Dengan tidak membuang masa dia terus mencari tuan punya buah epal yang dimakannya itu. Dia benar-benar ingin meminta maaf di atas keterlanjurannya. Dia ingin memohon di halalkan buah epal yang dimakannya itu.
Setelah sekian lama dia mudik mengikut sungai itu, akhirnya dia ternampak dahan pokok epal tersebut berjuntai ke dalam sungai. Setelah dilihatnya pokok epal itu, maka dia yakin bahawa epal yang dimakannya adalah dari salah satu pokok epal yang terjuntai itu. Kerana rasa takut di atas kemurkaan Allah serta tuan punya pokok epal, lantas dia terus berjalan mencari tuan punya pokok epal itu. Tidak lama kemudian Abu Salih pun tiba di sebuah rumah yang sederhana besarnya. Abu Salih mengesyaki rumah itu adalah kepunyaan tuan punya pokok epal tersebut. Rumah itu sebenarnya kepunyaan seorang wali Allah yang terkenal bernama Abdullah Sawmai.
Setelah memberi salam dan masuk ke rumah orang itu, Abu Salih meminta maaf di atas kesalahan yang telah dilakukannya. Abdullah Sawmai bersedia memaafkannya tetapi dengan syarat Abu Salih mesti tinggal bersamanya selama 12 tahun. Wali itu sengaja menguji sejauh manakah ketakwaannya. Di dalam hati wali itu berkata, “Baik sungguh orang muda ini, hinggakan termakan buah epal pun dia berasa perlu meminta maaf kepadaku.”
Abu Salih yang lurus itu bersetuju dengan syarat yang diberikan oleh Abdullah Sawmai. Sejak dari hari itu tinggallah dia dia bersama wali tersebut. Semasa dia berada di situ, dia telah membantu membuat pelbagai kerja rumah dan taat pada setiap kerja yang diberikan kepadanya. Setelah genap 12 tahun dia tinggal di situ, dia pergi berjumpa semula dengan wali itu untuk meminta maaf sekali lagi kerana hendak pulang ke kampung halamannya.
Sebaik sahaja selepas dia meminta maaf, Abdullah Sawmai pun berkata kepadanya, “Aku bersedia memaafkan engkau dengan syarat engkau mesti kahwin dengan anakku yang buta, pekak dan juga cacat”. “Kenapa bergitu berat sekali hukuman yang diberikan kepadaku, sedangkan aku hanya memakan sebiji epal”, bisik hati Abu Salih. Dia terfikir juga itu mungkin satu cubaan terhadap dirinya oleh Allah S.W.T. Mungkin ada hikmah disebalik denda tersebut. Akhirnya dengan rela hati Abu Salih menerima syarat Abdullah Sawmai itu.
Setelah mereka dinikahkan, Abu Salih amat terkejut apabila didapatinya isterinya tidak buta, tidak pekak dan tidak cacat seperti yang dikatakan oleh bapa mertuanya. Sebaliknya isterinya adalah seorang gadis yang amat cantik yang tidak pernah di temuinya sebelum ini sepanjang hidupnya. Di dalam hatinya dia berkata, “Mungkin ini adalah balasan Allah terhadapku kerana menahan sabar. Tetapi kenapa pula ayah mertuaku tidak berkata yang sebenarnya kepadaku dahulu”.
Pada suatu hari ketika ayah mertuanya sedang duduk di pintu, Abu Salih pun datang menghampirinya seraya bertanya, “Wahai ayahku, kenapakah ayah berkata bahawa anak ayah itu buta, pekak dan cacat?” Maka Abdullah Sawmai pun menjawab, “Aku katakan Fatimah isterimu itu buta sebab dia belum pernah melihat orang lain selain dari ayahnya. Aku katakan dia pekak kerana dia dia belum pernah mendengar sebarang kata nista dan aku katakan dia cacat kerana dia tidak pernah membuat dosa”.
Semenjak dari hari itu Abu Salih hidup berbahagia bersama isterinya yang bernama Ummu Khair Fatimah.
p/s : Cerita kat atas nie dengan cerita yang aku sendiri sampaikan ada banyak perbezaan, maklumlah, cerita yang sampai dari mulut ke mulut, lagipun masa tu aku kecil lagi. apapun yang penting mesejnya pasti sampai.
Sumber : Syahirul
Doa Yang Patut Aku Amalkan
"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, ubun-ubunku adalah dalam genggaman-Mu, berlaku hukum-Mu ke atasku dan ketentuan-Mu adil kepadaku. Aku memohon daripada-Mu dengan semua nama yang Engkau miliki, yang telah Engkau turunkan dalam kitab-Mu, jadikanlah al-Quran itu penyejuk jiwaku, menjadi cahaya petunjuk dalam dadaku, menghilangkan kesedihanku, menghilangkan kesusahanku. Ya Allah, hilangkanlah kesusahanku dan gantikan kesedihanku dengan kebahagiaan."
Rabu, 13 April 2011
Ahad, 10 April 2011
Advice for me and also for all brother and sisters
Walaupun dah berapa kali tonton, masih lagi malu dengan diri sendiri bila dengar dia cakap macam tu
Ahad, 27 Mac 2011
Terlalu Banyak Perumpamaan | Kerja
Kalau kita bekerja adakah sudah memadai untuk dikatakan kerja?
Agak pelik soalan tu kan? Tapi itulah soalan yang aku nak tanya pada semua, adakah kita dianggap telah melakukan suatu kerja itu walaupun tiada hasil?
Secara rawaknya : Ya,
Secara faktanya: Tidak
kenapa?
kita lihat perumpamaan yang diberikan dahulu. perumpamaan bukan la semula jadi tapi adalah buatan manusia iaitu manusia sendiri prinsip ini ke atas hukum alam yang semulajadi. apa perumpamaan yang berkaitan tu? lihat bawah:
di dalam hukum fizik, sesuatu kerja itu berlaku apabila ada daya (Force) dan juga jarak atau sesaran (Distance). jika tiada keduanya maka kerja tidak akan berlaku.
Begitulah jua juga dengan dunia tempat kita duduki nie. Kita tak akan dianggap melakukan kerja jika tidak ada daya dan juga sesaran. Sesaran jika diterjemah ke dalam bahasa kehidupan seharian ialah sama dengan hasil, HASIL!.
Kerja kita tak akan diiktiraf jika tidak mempunyai hasil. itu adalah fakta yang sukar nak dipertikaikan tapi itulah dia. yang menyatakan prinsip nie dalam hukum fizik adalah manusia dan yang menyatakannya dalam kehidupan seharian ialah manusia juga.
Fikir - fikirkanlah
Isnin, 14 Mac 2011
Senaman untuk blogger
Rakyat Malaysia Paling Tinggi Bazir Air
liter) dan Thailand sebanyak 90 liter setiap hari.
Katanya kadar penggunaan air yang disyorkan untuk setiap penduduk di negara ini ialah 165 liter setiap hari dan penggunaan air semasa oleh setiap individu mencerminkan tabiat pembaziran oleh masyarakat. "Sekiranya penduduk Malaysia mematuhi kadar penggunaan air yang disyorkan itu, maka pengguna boleh menjimat sehingga 28.2 meter padu setiap isi rumah yangmembawa kepada penjimatan RM18.33 sebulan," katanya ketika merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, hari ini.
Chin berkata mengikut kajian itu, 70 peratus daripada responden menyatakan mereka tidak mungkin mengurangkan jumlah penggunaan air di rumah masing-masing pada tiga tahun akan datang. "Kita tidak sedar tindakan kecil seperti membiarkan air paip terus mengalir ketika memberus gigi dan mengabaikan kebocoran paip boleh mengakibatkan jumlah besar pembaziran air yang dirawat," katanya.
Karnival sehari dengan tema '1Hijau 1Komuniti' yang dianjurkan oleh kementerian dan Greentech Malaysia antara lain menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup kehijauan serta menonjolkan inisiatif kehijauan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Seramai hampir 4,000 pengunjung menghadiri karnival itu yang menampilkan pelbagai aktiviti termasuk permainan untuk kanak-kanak, konsert mini, bengkel pendidikan dan menukar barangan kitar semula dengan hadiah.
- Kuala Lumpur, 13 Mac 2011
Source: ILuvIslam
Ahad, 27 Februari 2011
A mechanic was removing the cylinder heads from the motor of a car when he spotted the famous heart surgeon in his shop, who was standing off to the side, waiting for the service manager to come to take a look at his car.
The mechanic shouted across the garage,”Hello Doctor!! Please come over here for a minute.”
The famous surgeon, a bit surprised, walked over to the mechanic.
The mechanic straightened up, wiped his hands on a rag and asked argumentatively, “So doctor, look at this. I also open hearts, take valves out, grind ‘em, put in new parts, and when I finish this will work as a new one. So how come you get the big money, when you and me is doing basically the same work? ”
The doctor leaned over and whispered to the mechanic…. .
.
.
He said: “Try to do it when the engine is running “.
Sabtu, 26 Februari 2011
Monolog
Warning : this is the negative side of me!!!
Aku bukan la jenis yang suka cari pasal dan tak jugak jenis yang tak amik peduli pasal kawan. tapi kenapa aku kena "aim" macam aku nie parasit tahap S pulak kat kawan aku sendiri? apa salah aku, kalau ada pun besar sangat ke?
korang tak yah la berlagak baik depan aku tapi benci nak tak ingat dengan aku. depan - depan cakap baik semacam tapi belakang kutuk bukan main. cara kau pandang aku pun dah buat aku paham yang kau memang tak suka kat aku. kenapa?
sebab aku nie malas, miskin, buruk, bodoh, tak ada guna, tak boleh harap? so, apa guna korang sebagai kawan aku? bukan nak menegur tapi terus nak menghukum aku dengan cara paling halus, memang korang nie genius la.
Tak sedar yang sebenarnya semua orang kat sekeliling aku memang tak suka aku. sebab tu aku lebih rindukan zaman sekolah sebab aku lebih aman. walaupun tak ramai kawan tapi aku bahagia dengan siapa yang aku ada. tu dulu, sekarang pulak, apa yang aku ada dulu pun rasa nak macam lari dari aku jugak. tak macam sekarang. semuanya selfish, hipokrit, materialistik. lelaki perempuan sama je.
why it happen to me? what the reason?
p/s : bermonolog sebentar, harap maaf
Rabu, 23 Februari 2011
Bismillah
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. ' BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. '(Hadith Qudsi).
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30).Ibnu Masud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
sabda Rasulluah, ''siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada''
Anak Jantan
mulanya cerita:
adalah teman sebilik anak perempuan saya di hostel. Sebagai seorang siswi yang tinggal jauh daripada ibu dan bapanya, Izra kerap berkunjung ke rumah saya pada hujung minggu. Itupun sekiranya dia tidak keluar berdating dengan teman lelakinya. Oleh kerana dia kerap datang ke rumah, selalu juga saya bersembang dengannya.
Pada suatu hari, Izra tampak muram. Lama sangat murungnya. Saya mengagak remaja sepertinya tidak mungkin bermuram begitu lama jika tidak kerana bermasalah dengan teman lelakinya. Oleh kerana risau dengan kerisauannya, saya mula menyelidik. Benar. Soalan saya dijawab dengan anggukan yang lemah, tanda dia tidak berdaya berdepan dengan problemnya.
Mengikutnya, semakin sehari, teman lelakinya kian bergantung kepadanya. Mula-mula sekadar meminjamkan buku-buku rujukan, kemudian teman lelakinya meminta pula nota-nota kuliah untuk disalin apabila dia ponteng. Sebagai teman, Izra ingin sekali membantu orang yang disayangi.
Namun, semakin sehari, teman lelakinya semakin [B]menyalahgunakan kebaikan gadis[/B] itu. Bermula dengan belanja makan, si teman lelaki sudah mula meminta Izra membuat top-up telefon bimbitnya, meminjamkan wang, membelikan pakaian dan akhirnya membasuhkan juga pakaiannya. Izra bukan sahaja menjadi teman wanita, tetapi akhirnya menjadi peminjam wang dan juga tukang dobinya.
Saya nasihatkan Izra agar berfikir panjang mengenai masa depannya sebagai siswi. Sebagai orang yang belum bergaji, dia perlukan setiap sen wang PTPTNnya untuk menampung kos pengajiannya. Dia tidak boleh menanggung orang lain, apatah lagi seorang teman lelaki. Ya. Seorang lelaki.
Apa yang dihadapi oleh Izra menjadikan saya kian bimbang dan rimas. Ini adalah kerana, semakin sehari, saya makin kerap terdengar cerita lelaki-lelaki yang bukannya anak jantan. Golongan ini adalah jenis yang lemah semangat dan pendirian. Mereka tidak berkeupayaan untuk berfikir dan memajukan diri. Berwawasan jauh sekali.
Saya teringat satu insiden beberapa tahun dahulu. Rakan sepejabat saya, Fazli menjawab telefon dengan suara tinggi dan membentak-bentak. Setelah meletakkan telefon, saya bertanya Fazli, apa yang membuatnya menyinga. Katanya, dia menerima panggilan bekas teman serumahnya, si polan yang hendak meminjam wang.
Fazli begitu marah kerana kawan lamanya itu sudah pun bekeluarga. Perangainya suka meminjam wang dan berhutang telah menjadi karakternya. Padahal, gajinya lebihkurang sama dengan Fazli. Kata-kata Fazli itu masih terngiang-ngiang di telinga saya,
"Sampai bila dia nak hidup dengan meminjam dan berhutang? Dia sudah ada keluarga, bukannya masih bujang! Bukan anak jantanlah, kalau hidup masih ditanggung orang!"
Di kalangan anak muda, golongan lelaki yang bukan anak jantan, hanya menghabiskan beras.
Mereka [B]bukannya memilih kerja, malah tidak mahu bekerja langsung[/B]. Mereka enggan membantu kerja-kerja di rumah walaupun sekadar menolong menghantar adik ke sekolah. Mereka lebih suka berlingkar di tempat tidur di sepanjang hari kerana mereka manusia malam.
Ada juga lelaki yang sepatutnya menjadi ketua keluarga lebih suka membiarkan si isteri menanggung segala perbelanjaan seisi rumah. Sewa rumah, bil api, air, astro dan perbelanjaan dapur semuanya ditanggung isteri. Gajinya hanyalah untuk dirinya sendiri.
Keadaan pada hari ini di mana si isteri turut bekerja bagi menampung ekonomi keluarga turut menjadikan lelaki yang bukannya anak jantan, naik lemak. Sikap baik si isteri ingin membantu akhirnya menjerat diri. Akhirnya, memberi nafkah kepada keluarga sudah beralih kepada si isteri.
[B]Lelaki sebegini mempunyai pandangan yang terbalik[/B]. Dia menjadi ketua keluarga atas kebetulan semata-mata. Entah-entah kahwinnya juga disponsor sepenuhnya oleh ibu dan bapa. Dia tidak tahu peranan, tanggungjawab dan kewajipan sebagai ketua.
Mereka mungkin sekali tidak menerima didikan mengenai peranan lelaki sebagai ketua, pemimpin dan suami daripada ibu bapa. Kelelakian adalah pembinaan peribadi tidak terdapat dalam sukatan pelajaran sekolah. Kerana itu, ibu bapalah yang seharusnya mencorakkan mereka agar menjadi lelaki yang sebenarnya, mengikut fizikal, mental dan perwatakannya.
Bila tiada didikan, golongan ini tidak tahu peranan mereka. Lalu mereka berbuat sesuatu mengikut suka hati. Akhirnya mereka menjadi lelaki-lelaki yang tiada kekuatan jiwa, rasa ingin merdeka untuk mencari rezeki sendiri dan ingin menguasai dengan menjadi pelindung keluarga yang mereka ketuai.
Oleh kerana lemahnya fikiran untuk belajar daripada suasana sekeliling, memperoleh ilmu melalui pembacaan dan mendapat iktibar melalui tatapan di TV mahupun internet, mereka tidak tahu yang mereka tidak tahu pentingnya ilmu menjadi anak jantan. Akhirnya mereka bukannya menjadi pemberi, sebaliknya hanya menjadi peminta, sama ada kepada kekasih, isteri mahupun ibu sendiri.
Dalam pada itu, [B]masih ramai lagi lelaki yang mempunyai sifat-sifat anak jantan[/B]. Lihatlah mereka yang bekerja sebagai petani, pesawah, nelayan, peneroka, drebar teksi, askar dan apa jua kerja-kerja yang memerlukan tenaga tulang empat kerat. Walau betapa susah dan payahnya mereka, dapur di rumah sentiasa berasap dan anak-anak mereka cemerlang di dalam pelajaran.
Jika direnung, pertambahan lelaki yang tidak bersikap seperti anak jantan [B] berpunca daripada kita yang sudah hidup selesa[/B]. Tentu sekali kita selesa hari ini kerana bermula dengan kepayahan. Bila sudah senang, kita tidak mahu anak-anak kita susah seperti kita dahulu.
Lalu kita tidak mahu melasak anak kita dengan kesusahan dan kepayahan.
Tanpa kita sedari, [B]anak-anak kita dimanjakan[/B]. Bangun pagi dikejut, tidurnya didodoi. Ke sekolah dihantar dan kembalinya dijemput. Mereka hanya duduk goyang kaki dan makan tidur di rumah. Sebiji pinggan pun mereka tak perlu mereka basuh. Biar ibu atau bibi sahaja yang menguruskan.
Jika kita inginkan anak-anak yang teguh personalitinya, [B]kita harus berani memberi kesukaran kepada anak-anak[/B], khususnya anak-anak lelaki. Latihan yang mensasarkan kepada pembinaan fikiran sudah terlalu banyak ditumpukan. Apa yang perlu dititikberatkan pula ialah latihan untuk membina fizikal.
Latihan kelasakan, keberanian, kecekapan dan ketangkasan fizikal perlu dijalankan seiring dengan latihan mental. Ertinya, kita perlu latih anak kita berlari, melompat dan memanjat. Mempekakan naluri kelelakian ini akan melahirkan lelaki yang bersikap seperti anak jantan!
Credit to: IluvIslam
Isnin, 21 Februari 2011
You Are Not A Photographer
Rabu, 16 Februari 2011
Cerita Menarik Tentang Jodoh Dan Epal
(Cerita nie dah lama dah tersimpan, tapi baru sekarang nak post)
Cerita bermula disini :
Pada suatu masa dahulu ada seorang pengmebara yang berjalan – jalan dan kemudian berhenti di sebatang sungai untuk merehatkan badan lepas beberapa lama berehat disungai tu, dia ternampak sebiji epal yang terapung kat sungai tu ( macam mana epal boleh terapung kat sungai, tu aku tak tau, atau memang epal boleh terapung?)
Lepas je epal tu dicapai, pengembara tu pun makanlah epal tu dan dimakannya sampai habis. Lepas je habis makan, dia terasa lain macam. Bukan terasa nak buang air tetapi terasa yang dia macam dah buat salah. Dia rasa bersalah kerana dah makan buah tu tanpa kebenaran pemiliknya. Kalau kita, nak ke kita fikir tentang pemiliknya? Terus makan ada la kan? Harta yang dah tau ada empunya pun kita main amik jek. Betul tak?
Lepas tu dia pun berjalan sepanjang tebing sungai tu untuk mencari pemilik epal tu. mana la tau ada ladang yang berhampiran dengan sungai tu.
Jalan – punya jalan, akhirnya dapat juga pengembara tu ke tempat yang sepatutnya iaitu tempat epal tu mula – mula jatuh ke sungai. Dia nampak ladang epal dengan satu rumah kat tengah – tengah lading tu. dia terus menuju ke rumah tu dan mencari penghuninya.
Akhirnya Berjaya juga berjumpa dengan pemilik epal tu. tanpa berlengah dia pun menyatakan hasratnya ke rumah pemilik epal tu. dia telah termakan epalnya dan tidak mampu untuk membayar ganti.
Apabila mendengar sahaja perkara yang diberitahu, pemilik epal tu pun menyatakan yang dia akan menghalalkan epal yang dimakan oleh pengembara tu. tetapi dengan syarat, ya syarat!
Pengembara tu dikehendaki untuk bekerja dengan pemilik epal tu selama setahun, ya setahun. Kalau kita nak ke? Tanpa banyak soal, pengembara tu pun setuju untuk bekerja dengan pemilk epal tu selama setahun.
Setahun kemudian…
Pengembara tu pun menyatakan kepada epmilik epal tu yang syaratnya sudah diselesaikan. Akan tetapi pemilik epal tu masih belum berpuas hati lalu diletakkan satu lagi syarat. Kalau kita tentu dah marah kan?
Syarat yang lagi satu ialah, pengembara tu dikehendaki berkahwin dengan anak perempuan pemilik epal tu. sebelum bertanya adakah pengembara tu setuju dia menyatakan bahawa anaknya itu buta, pekak, bisu, tiada kaki dan tangan. Dia tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan anaknya sehingga sudah bernikah.
Tanpa banyak soal pengembara itu pun setuju juga. Pengembara itu pun berkata dalam hati
“kalau itu sudah jodoh ku, aku redha”
Kalau kita tentu sudah maki hamun orang tu kan, pasal epal pun nak syarat macam tu?
Lepas sahaja sah bernikah dengan anak perempuan pemilik epal tu maka dengan debar hatinya pengembara tu pun masuk lah ke dalam bilik. Inilah kali pertama dapat melihat isterinya tu.
Alangkah terkejutnya apabila pengembara tu melihat bukan isterinya tetapi orang lain yang berada dalam bilk tu. dia terkejut lalu berkata
“Siapa kamu?”
Wanita itu pun menjawab “Aku ialah anak kepada pemilik epal yang kamu makan”
Dengan keadaan masih terkejut, pengembara itupun terus lari mendapatkan pemilik epal tu. dia berkata dan bertanya siapakah wanita di dalam bilknya itu?
“Itu adalah isteri kamu”
Lalu pengembara tu pun berkata
“Isteri saya bukankah buta, bisu dan pekak, malah kudung kaki dan tangannya?”
Pemilik epal tu pun berkata untuk member penjelasan
“Yang dimaksudkan dengan buta ialah kerana dia tidak pernah melihat perkara yang buruk, yang sia – sia dan yang maksiat. Yang dimaksudkan dengan bisu ialah kerana dia tidak pernah mengeluarkan kata – kata yang kesat dan buruk. Yang dimaksudkan dengan pekak ialah dia tidak pernah mendengar perkara yang lagha dan yang tidak benar. yang dimaksudkan denga kudung kakinya ialah kerana dia tidak pernah melangkahkan kakinya ke tempat yang tidak sepatutnya. Yang dimaksudkan dengan kudung tangan ialah kerana dia tidak pernah membuat perkara yang berdosa. Itulah maksudnya.”
Apabila mendengar sahaja pernyataan pemilik epal tu. pengembara tu pun bersyukur dengan sesyukurnya dan berterima kasih dengan pemilk epal tu.pemilik epal tu berkata bahawa dia sudah memerhatikan perilaku pengembara itu sejak mula mereka bertemu dan sepanjang bekerja dengannya. Sebab itu dia menyatakan hasrat untuk mengahwinkan mereka berdua.
The End
p/s: segala watak dan cerita adalah hasil dari penceritaan dan ditokok tambah untuk kesesuaian cerita. Namun mesej asal adalah tidak diubah.
Semasa aku kecil dulu, dalam usia lingkungan 7 atau 8 tahun (tak ingat), aku pernah mengikuti rombongan ke kuala lumpur. Masa tu ada konvensyen tentang Zhulian, ya Zhulian. Jangan salah anggap, aku tak ada kena mengena dengan syarikat tu ok. Masa tu aku baru budak – budak lagi. Aku ikut orang jek pergi konvensyen tu.
Iklan : masa tu la aku mula kenal perkataan konvensyen dan lepas tu keliru dengan istilah konvokesyen bila aku mula dengar istilah onvokesyen tu. that’s fact.
Masa konensyen tu berlangsung ada artis jemputan yang dating untuk buat persembahan. Artis tu ialah Rabbani, kenapa, tak percaya? Percayalah. Masa tu rabbani nyanyikan lagu intifada dan cari pasangan. Yang menceritakan tentang cerita kat atas itu ialah:
AL – Fatihah untuknya...
Selasa, 15 Februari 2011
My Therapy
Menulis adalah terapi aku untuk meluahkan rasa dengan cara yang berkias
tapi bila nak menulis pun tak ada masa, rasa sama je macam tak pergi klinik atau tak pergi pusat terapi. Sama la tu. Bagi aku ada dua sebab jek kenapa aku tak menulis. Yang pertama ialah sebab aku tak ada masa. Yang kedua ialah sebab aku ada masa tapi untuk perkara yang lain. Get it?
Kalau aku menulis maknanya aku dalam keadaan serabut mungkin, bosan mungkin, atau lebih teruk tak ada life. Ibarat kata orang, blog adalah tempat untuk orang yang tiada life. Don’t want to agree or not.
Selain menulis aku hilangkan stress atau berterapi dengan dengar lagu kuat-kuat pakai earphone. Masa makan pakai earphone, masa tengok tv pakai earphone, masa tidur pun pakai earphone. I know that not quite good. Pakai earphone lama – lama boleh beri kesan dekat telinga. Tapi nak buat macam mana. Dah minat.
Mungkin lepas nie boleh kurangkan dengar lagu guna earphone. Tapi bila earphone buat hal, aku terpaksa tahan la jugak nak dengar lagu, nak dgr ikut pc or loudspeaker nnt menganggu pulak org lain. Sebab tu la aku banyak kali tukar earphone. Mungkin lepas nie kurang jugak hendaknya tukar – tukar earphone.
Nanti aku cerita berapa banyak kali aku tukar earphone, tu pun kalau aku nak.
Do not found benefit from this entry? Aku tahu, sebab aku saja je tulis. Nak hilangkan stress buat lab report yang…
p/s : Betul - betul nak jadi orang yang optimis dan proaktif
Isnin, 14 Februari 2011
Terlalu Banyak Perumpamaan | Geseran
Kalau ada sesiapa yang amik mata pelajaran fizik masa sekolah dulu mesti ingat akan perkara yang aku nak cakap kan nie.
Pada masa sebelum – belumnya yang mungkin dah begitu lama bagi aku (Dalam lingkungan berbulan juga la) aku jalankan rutin maya seperti biasa iaitu jalan – jalan cari blog. Dalam pada leka mencari blog dan membaca suapan terbaru, aku terbaca satu pandangan dari rakan satu kelas masa matrik dulu. Pandangannya tentang kebolehan kita untuk melakukan sesuatu perkara. Aku tertarik dan mula terfikir perkara yang lain yang mungkin bagi aku ada kaitan dengan artikelnya.
Ini artikelnya : sakeenahwanstosay
Bagi aku, apa yang ditulis dalam tu sedikit sebanyak masuk dalam konsep yang aku nak buat iaitu Terlalu Banyak Perumpamaan. Kali nie aku nak bincangkan tentang pekali geseran, (pekali geseran?)
Atau dalam bahasa orang putihnya : Coefficient Of Friction
Ada dua pekali geseran iaitu pekali geseran statik dan pekali geseran kinetik. Atau dalam bahasa orang putihnya sekali lagi dipanggil Coefficient of Statik Friction and Coefficiant of Kinetik friction. Tak tahulah betul ke salah apa yang aku tulis nie.
Apa perkara penting yang aku nak cakapkan ialah, kalau kita belajara tentang pekali nie kita akan dapat lihat bahawa nilai pekali geseran statik adalah lebih tinggi dari pekali geseran kinetik. Betul atau tidak? (Anda Tentukan, hehe)
Apabila sesuatu objek itu berada dalam keadaan statik, pekali geserannya adalah tinggi (disebabkan oleh pekali geseran statik) akan tetapi apabila objek itu dikenakan daya dan mula bergerak, pekali geserannya berkurangan (kerana telah bertukar kepada pekali geseran kinetik).
Sekarang cuba kita tukarkan pekali itu kepada halangan/sifat malas/cabaran?
Kemudian kita tukarkan daya itu kepada daya usaha?
Do you get the picture?
Macam tu la kalau dalam dunia sebenar. hendak memulakan sesuatu tu memang susah tetapi apabila kita dah memulakannya dan terus melakukannya dengan berterusan (boleh dipanggil secara komitmen atau konsisten atau secara istiqamah). halangan dan rintangan tu sedikit sebanyak akan berkurangan akhirnya.
Tapi kena ingat, bila kita hendak pastikan objek itu terus bergerak, kita terpaksa kenakan daya yang berterusan (Continuously) keatasnya, baru la ia boleh bergerak. Kerana ia masih mempunyai rintangan.
Macam itulah dalam hidup kita. Bila kita hendak terus maju dalam apa jua perkara dan terus menghadapi rintangan, kita hendaklah terus berdaya saing dan juga tak boleh berputus asa.
Self Reflect
Mana pergi bau hangat- hangat yang kau hangatkan dulu?
Dah betul jadi tahi ayam ke?
Mana pergi ayat - ayat kebudak-budakan yang kau guna dulu masa mula - mula aktif?
Mana pergi saf si budak pendiam peredam bunyi yang kecoh sangat bila menulis dulu?
Mana pergi trivia yang kau kata nak buat setiap entry?
Mana pergi "percentage Bahasa Melayu" yang kau kata kau nak kira dulu?
Tak kan dah jadi betul - betul diam kot?
Dulu kata "my text is louder than word"
Sekarang dua- dua dah jadi the most silent thing in the world?
I know you know that "Silence is Golden"
but you must know that To much silence can be such a burden.
Terlalu Banyak Perumpamaan konon...
p/s : Just for me...
Sabtu, 22 Januari 2011
Home
Kalau dilihat video pertama tu, macam kurang harmoni kan? Tapi macam mana video yang kedua tu? nampak menarik tak? Jarang kita lihat ayah dan anak nyanyi sama - sama macam tu...
I like It...
dapat dari review Blogserius
P/s : Video kedua tu dapat page views paling tinggi dari yang pertama...