Aku kembali lagi. tapi kali nie bukan dengan cerita harian aku tapi boleh dikatakan cerita rekaan.
Cerita nie dah lama dah sebenarnya, Tapi aku rasa masih elok lagi kalau aku ceritakan balik. Boleh dikatakan “remake” la. Tapi ni versi yang baru dan lain sikit. Nak sesuaikan dengan hari nie.
Cerita pasal keadilan yang sebenar. Dimana letaknya keadilan dalam hidup kita?Adakah dihati atau dikaki?
(wahh… Dah mula nak mengarut lagi)
Cerita ini bermula begini…
Ada dua orang sahabat yang sedang berjalan di suatu pekan. Sedang mereka berjalan, salah seorang dari mereka merasa keletihan dan ingin berehat. Maka bemulalah perbualan mereka...
Orang 1 : aku rasa elok kita berehat sebentar. Akupun dah penat nie…
Orang 2 : baiklah, akupun rasa bagus kita berehat dulu.
Mereka pun berhenti di suatu perhentian dan mengeluarkan makanan masing –masing. Orang 1 mengeluarkan 5 bungkus makanan manakala Orang 2 mempunyai 3 bungkus makanan. Tidak lama selepas mereka duduk dan mengeluarkan makanan, seorang pengembara datang kepada mereka dan meminta sediktit makanan.
Pengembara : Wahai kalian berdua, alangkah syukurnya hati saya jika saya dapat makan barang secebis dua makanan milik kalian berdua. Saya kelaparan dan masih tidak jumpa satu pun gerai untuk membeli makanan.
Orang 1 : baiklah, saya rasa baik kamu memberi pengembara itu makanan dan kamu boleh ambil makanan saya sebagai ganti.
Orang 2 : mana boleh, saya rasa patutnya kamu yang perlu beri makanan kamu kerana kau mempunyai banyak makanan berbanding saya. Ini tidak adil, sepatutnya kamu yang patut beri makanan kamu.
Orang 1 : saya rasa baik kita beri makanan kita berdua, kita bahagikan kepada beberapa bahagian.
Orang 2 : baiklah, saya rasa itu lebih adil.
Merekapun setuju untuk membahagikan makanan mereka kepada tiga bahagian. Dan merekapun bersama-sama makan makanan yang tersedia. Setelah selesai makan, si pengembara itu mengeluarkan 8 keping syiling emas dan memberikanya kepada mereka. Belum sempat si pengembara itu beredar, terdengar suara tidak puas hati dari mulut Orang 2.
Orang 2 : Ini tidak adil……!!!!!! (wah, macam dalam cerita 3 Abdul pulak)
Orang 1 : kenapa pula?
Orang : kenapa saya dapat 3 keping syiling emasa sahaja? Sedangkan kamu mengambil 5 keping syiling emas?
Orang 1 : betullah. Ini kerana kamu hanya memberikan 3 bungkus makanan dan saya memberikan 5 bungkus makanan dikongsi bersama. Memang saya patut terima 5 syiling emas.
Orang 2 : sepatutnya kita bahagi sama rata kamu empat, saya empat.
Si pengembara yang belum sempat beredar terdengar pertengkaran mereka lalu kembali mendekati mereka dan cuba menyelesaikan masalah mereka.
Pengembara : sepatutnya kamu bersyukur kerana kamu mendapat 3 keping syiling emas. Kalau hendak dikirakan keadilan, sepatutnya kamu hanya boleh menerima sekeping syiling emas sahaja.
Orang 2 : mengapa kamu berkata begitu?
Pengembara : cuba kamu bayangkan, kamu memberi 3 bungkus makanan dan dia memberi 5 bungkus makanan, jadinya 8 bungkus kesemuanya. Oleh kerana 8 bungkus tidak dapat dibahagikan kepada 3 orang, kalian membahagikan setiap bungkus kepada 3 bahagian. Hasilnya. Semuanya ada 24 bahagian. Betulkan?
Orang 2 : betul.
Pengembara “: saya mendapat 8 bahagian, kamu juga dapat 8 bahagian. Cuba kami renungkan, kamu memberi 3 bungkus makanan yang dibahagi 3. Maknanya kamu mendapat balik 8 bahagian daripada 9 bahagian yang kamu beri. Sahabat kamu memberi 5 bungkus makanan yang dibahagi 3. Maknanya sahabat kamu mendapat balik 8 bahagian daripada 15 bahagian yang diberinya. Ini bermakna kamu hanya memberi saya 1 bahagian berbanding sahabat kamu yang memberi saya 7 bahagian. Sepatutnya kamu bersyukur kerana sahabat kamu mahu memberi 3 wang syling emas, bukannya satu.
Selesai sahaja Si pengembara itu memberi keterangan, Orang 2 pun meminta maaf dan menerima 3 wang syiling emas itu.
Itulah kawan – kawan, kita mesti tahu erti sebenar keadilan. Bukan bererti bahagi sama rata tetapi MELETAKKAN SESUATU PADA TEMPATNYA…
Itulah yang dinamakan keadlian…
Sampai disini sahaja cerita aku buat masa nie, semoga korang dapat pedomannya…
Salam sejahtera…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan