Kawan
Dah lama aku alami perasaan ini. Perasaan yang membuatkan aku rasa keseorangan. Kadang – kadang aku rasa aku tak punya ramai kawan. Semua yang aku kenal aku rasa macam mereka tu hanyalah kenalan yang aku tahu nama dan rupa sahaja. Mengapa?. Mungkin kerana aku jenis yang kurang peramah yang membuatkan aku kurang mendapat perhatian atau aku memang ditakdirkan untuk tidak mempunyai ramai sahabat. Ada ketikanya, aku amat terasa apabila teguran aku tak dilayan, lawak aku tak diterima dan percakapan aku seolah –olah tiada bunyi. Mereka yang berada di sekelilingku seolah – olah menganggap aku bisu. Atau aku memang bisu dari pandangan mereka?
Aku masih ingat zaman persekolahan yang penuh kenangan. Zaman yang penuh warna – warni dan menggembirakan. Tapi aku dah tak dapat nak balik ke masa yang lalu. Walaupun aku akui yang zaman persekolahan amat manis. Pernah aku rasa menyesal kerana pernah membenci zaman persekolahan yang aku sangkakan neraka remaja. Namun semua itu berubah bila aku temui sahabat yang benar –benar boleh menerima aku (sewaktu tingkatan 3).aku tidak boleh balik pada masa lampau untuk perbaiki kata –kataku, memperbaiki persepsiku.
Tapi itu semua hanyalah kenangan dan sekarang aku rasa semakin hari, semakin ramai rakan yang pudar dari pandangan dan dari ingatan. Aku tak tahu sama ada mereka masih ingat aku atau tidak. Walaupun masa berlalu dan aku masih menerima ramai rakan baru, namun aku masih rindukan kenangan yang manis yang telah aku lalui bersama rakan – rakan. Walaupun aku tahu mungkin perkara itu tak mungkin dapat wujud semula.dan persoalan yang masih segar dalam fikiranku “adakah mereka disekelilingku adalah sahabat sejati atau sekadar kenalan yang datang dan pergi ibarat masa dan pengalaman yang akhirnya tinggal kenangan.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan