Hari ini aku rasa sangat tenteram dan aman kerana tidak dihinggapi masalah - masalah baru dan yang menyakitkan hati. "mood" yang agak baik hari ini mengembalikan ketenanganku yang hilang sudah berapa lama. Juga mengembalikan diriku yang sebenar setelah hampir berbulan lamanya aku mencarinya (sejak bermulanya semestar kedua). Hari yang sesuai untuk aku mengambil masa untuk berfikir tentang diriku yang banyak tak kena.
Yang paling utama aku ingin berfikir, kenapa seringkali segala perkara yang aku rancangkan tidak berlaku seperti yang dinginkan? Memang aku mengaku yang kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan, namun apa yang membuatkan aku merasakan tidak kena adalah kerana segala yang berlaku jauh dari apa yang dirancangkan. Jika perkara yang aku inginkan berlaku walaupun dalam keadaan yang berbeza, namun tujuan dan objektifnya tercapai, aku tidak kisah dan tidak menjadi masalah. Tetapi apa yang berlaku seolah - olah ingin menjauhkan aku dari apa yang aku inginkan dan menggagalkan apa yang aku mulakan.
Seringkali aku merancang perkara yang mudah dan ringkas akan tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana masalah yang remeh dan tidak dapat dijangka hadir dengan tiba- tiba. perkara yang tidak dijangka berlaku datang dan menghalang niat aku untuk menyempurnakan apa yang belum lagi sempurna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan