Permulaan yang agak baik bagiku hari ini kerana tiada perkara yang menyakitkan hati berlaku di saat- saat genting (apa lagi, waktu pagi la), walaupun aku bangun agak lambat namun rutin harian diwaktu pagi ini agak lancar dan teratur.
Namun itu semua hanya sekejap sahaja, kerana keindahan rutin harianku sebagai seorang yang bernama pelajar dicemari dengan aktiviti yang kurang berfaedah. Aku telah terikut kawan - kawan untuk tidak datang ke kulah dan bersenang - lenang di rumah. Walaupun aku masih rasa bersalah namun perasaan (atau prinsip) "tidak mengapa" melewati segalanya. Lalu aku pun telah membuang masa dan peluang yang datang kepadaku. Satu tabiat yang aku tak pernah nak terfikir nak melakukannya dengan sengaja telah ku lakukan hari ini.
Walaupun aku pernah tuang kelas sebelum ini. Namun ia semua berasaskan alasan yang agak kukuh dan logik. Namun hari ini aku tidak dapat nak mencari alasan terbaik untuk tuang kelas.
Nampaknya, aku terpaksa menggantikannya (atau lebih baik dikatakan Menghukum diriku sendiri) dengan perkara yang lebih baik seperti menambah waktu belajar atau membuat lebih kerja untuk memastikan yang aku dapat "cover balik" apa yang aku dah terlepas...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan