Isnin, 16 Mac 2009

CINTA
Memang susah nak ungkap betapa besarnya makna cinta dalam hidup kita. Tambahan lagi, setiap orang mengertikan cinta itu dengan maksud yang berbeza. Apatah lagi dengan pengalaman hidup yang dilalui oleh setiap manusia adalah berbeza. Hampir semua tidak tahu apakah ertinya cinta. Ada yang menganggap ia sekadar berlandaskan nafsu semata – mata, ada juga yang sebaliknya. Iaitu yang menganggap cinta lebih dari sebuah perhubungan. Perlu ada komitmen, keikhlasan, kejujuran, kasih sayang dan kepercayaan.
Walaupun erti cinta berbeza, namun ia tetap menjadi idaman setiap manusia. Salah satu pelengkap hidup seseorang yang bergelar insan. Tidak kurang juga yang trauma, atau takut untuk bercinta. Mungkin kerana kenangan pahit yang pernah dilalui atau bimbang akan terpesong jauh dari landasan kebenaran. Benar, betapa ramai yang kecundang kerana bercinta, ada yang terlanjur, ada yang telah melakukan kesilapan, tidak kurang juga yang kecewa kerana cinta. Mengapa masalah seperti ini boleh terjadi? Adakah wajar kita salahkan sesetengah pihak? Atau kita salahkan individu itu sendiri? Mengapa ini boleh berlaku? Adakah kerana cinta yang tidak cukup kuat atau tidak melalui landasan yang betul ataupun mereka tidak mengenal erti cinta sebenar?
Walaubagaimanapun, cinta yang agung tetaplah cinta kepada tuhan yang esa. Kerana cinta kepadaNya kekal abadi selama – lamanya. Kita perlulah menilai sama ada cinta kita terhadapNya sudah cukup untuk kita teruskan percintaan terhadap makhlukNya. Adakah sudah cukup kewajipan, keperluan kita sebagai seorang hamba untuk menikmati cinta yang dianugerahkan olehnya? Adakah mampu kita membalas nikmat cinta yang diberikan olehNya? Memang diri ini juga sedar bahawa tidak berapa sempurna untuk menegur yang lain kerana diri ini juga pernah dilandai dugaan akibat dari cinta. Namun itu bukan suatu penghalang untuk kita memperbaiki diri dan memperbetulkan apa yang sepatutnya. Sesungguhnya tiada yang dapat menandingi kasih sayang yang diberikan oleh yang maha Esa kepada kita.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails