PENGALAMAN
Memang sukar nak ungkapkan betapa besarnya dan banyaknya pengalaman yang kita dah lalui. Bermula dari sejak kecil hinggalah sekarang, kita memang tak dapat fikirkan apa yang sudah kita lakukan dan apa yang kita belum lakukan yang, yang sepatutnya. Kita sememangnya tidak tahu adakah apa yang kita sudah lakukan adalah perkara yang bermakna, bermanfaat atau sia – sia atau lebih teruk, keji.Oleh itu, kita kenalah fikirkan dari sekarang, kalau tidak, kita memang tergolong dalam orang yang rugi. Golongan orang yang tidak memikirkan apa yang mereka dah lakukan sama sahaja dengan golongan yang tidak ada masa depan. Nak tahu kenapa?. kerana bila kita tidak memikirkan masa lampau, kita tidak tahu apa kesilapan yang kita sudah lakukan dan tiada usaha untuk memperbaiki kesilapan kita. Buat apa kita hidup kalau tak ada masa depan?.
Masa memang tidak boleh diundur, lambatkan atau dihentikan. Oleh itu kita perlu memanfaatkannya dengan betul dan bermakna. Bukan bermakna kita perlu lakukan semua perkara yang membawa hanya kepada kejayaan tetapi kita perlu lakukan lebih dari itu. Kadang kala perkara yang kita anggap remeh menjadi perkara yang amat bermakna dan boleh diingati sampai bila – bila. Apa yang boleh menjadi kuncinya adalah kita perlu menikmati dan menghayati segala apa yang kita sedang lakukan.
Kita harus sedar bahawa banyak yang kita boleh lakukan dalam hidup ini. Banyak lagi perkara yang bermanfaat yang boleh kita laksanakan. Tak ada manusia yang tak boleh hidup bahagia. Sebab kita diciptakan sempurna. Tuhan tak buat perkara yang sia – sia. Oleh itu kita mesti tau bahawa tuhan memberi kita peluang untuk hidup bukan untuk menjadi orang yang sengsara atau menjadi makhluk yang paling buruk. Kita sentiasa diberi peluang untuk perbaiki keadaan kita tetapi sering kali kita lepaskannya begitu sahaja. Dan bila peluang itu habis dan sudah tiada, kita sering menyalahkan orang lain atau lebih buruk lagi, kita menyalahkan takdir. Mengapa?, adakah kerana kita rasa dunia ini tidak adil atau sebenarnya kita sahaja yang menzalimi diri kita sendiri?. Fikirkanlah, sebab tiada yang untung melainkan diri kita sendiri dan orang yang kita sayang apabila kita memperbaiki nasib kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan