Masa – masa cuti nie aku sering memikirkan tentang kerja. Apa yang aku perlu buat untuk menambah duit poket aku. Aku mencari ke sana – sini, akan tetapi tidak Berjaya mencari sesuatu pekerjaan yang sesuai. Aku akui memang bosan duduk di rumah. Sesudah sekian lama aku sebegini, aku mula berfikir. Kenapa aku tiada pekerjaan?
Soalan itu sering muncul dalam fikiranku sehingga rasa bersalah menyelubungi diri. Mana tidaknya, tak kan la aku nak makan tidur, makan tidur sahaja di rumah? Memang membosankan. Siapa yang tak bosan. Tetapi pada sudut pandangan yang lain, aku berfikir, adakah ini mungkin kerana bukan rezeki aku?
Aku pernah bercerita tentang sifatku yang pasif sewaktu bekerja di sebuah kilang di pasir gudang. Pada waktu itu aku rasa resah gelisah. Pada awalnya aku berfikir mungkin kerana aku mengalami kejutan budaya. Tetapi tidak relevan jika itu sahaja sebabnya. Oleh itu, aku terus mencari faktornya. Sehingga aku rasa aku sudah mendapat jawapannya (Mungkin sekali).
Sewaktu bekerja dikilang. Aku tidak pernah berkesempatan untuk menyempurnakan kewajipan sebagai seorang Muslim. Pasti ada perkara yang aku tinggalkan secara sengaja atau tidak. Aku tak tahu adakah kerana tiada kemudahan dan peruntukkan masa untuk melakukannya atau memang aku tak perasan. Atau aku sendiri yang tak faham dengan jadual kat kilang tu. Sebab tak ada orang pergi surau dan tak ada orang ajak aku pergi surau. Atau lebih tepat, memang aku tak pernah Nampak surau kat kilang tu. (Bukan aku nak salahkan kilang tu, memang ada cuma mungkin aku tak jumpa). Oleh kerana pada waktu itu aku kurang mendapat kesedaran tentang pentingnya Solat. Lalu aku terus tidak mengendahkannya. (Oh, tuhan sahaja yang dapat mengampunkan dosa aku waktu itu, aku berharap sangat…). Mungkin disebabkan perkara itu. Tuhan, memberi aku peringatan dengan memberi aku rasa gelisah dan tak senang hati bila bekerja disitu.
Aku membuat keputusan untuk berhenti dan mencari kerja lain. Alhamdulillah, tidak lama kemudian aku mendapat kerja di sebuah pasaraya. Siapa yang tinggal di pasir gudang mesti pernah tahu Gedung Harian. Itulah nama pasaraya tempat ku bekerja selepas aku berhenti bekerja di kilang. Alhamdulillah, di sana aku mendapat peruntukkan masa untuk berehat dan menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim. Walaupun rasa resah gelisah itu sedikit demi sedikit berkurang. Namun ia tetap ada. Agak lama juga aku bekerja disana. Tapi Aku berfikir lagi, kenapa ia masih ada? Lama kelamaan baru aku perasan. Aku baru sedar yang pasaraya itu turut menjual sesuatu yang tidak sepatutnya di jual iaitu “*** ****”. Aku “diberi peringatan” lagi dengan terbaca sebuah artikel berbentuk tazkirah yang menyatakan dosa yang berkaitan dengan *** **** nie. Orang yang menanam,membuat,menjual, dan apa sahaja yang berkaitan dengannya akan mendapat dosa. (Sekarang nie pun ramai orang bekerja kat pasaraya macam tu, mungkin dia orang tak sedar atau belum tahu lagi kot, korang boleh fikir sendiri). Ya allah, aku terkejut. Pada waktu itu aku sudah lebih 2 bulan bekerja di sana.
Pada waktu itu juga aku sedang sibuk bersiap untuk membuat persediaan melanjutkan pelajaran ke matrikulasi. Oleh itu aku membuat keputusan untuk berhenti terus. Oleh kerana waktu yang tinggal sebelum aku berangkat ke matrik tidak lama, semua orang bersetuju dengan keputusan aku. so, impaknya, sampai sekarang aku takut nak bekerja, takut kalau apa yang aku kerjakan tu tak berkat.
Di sini ada perkara penting yang hendak aku Tanya pada korang semua. Adakah rezeki halal itu sudah mencukupi? Bagi aku ia belum mencukupi dan jauh dari apa yang sepatutnya kita perolehi. Kenapa aku cakap macam itu? Berdasarkan apa yang aku cerita, tentang pengalaman aku sendiri. Aku dapat tahu yang rezeki halal itu memang tidak mencukupi. Apa yang buat ia cukup ialah berkat. Mana tidaknya, bekerja kilang dan menjadi seorang pekerja di sebuah pasaraya sudah ternyata halal. Tapi kenapa sampai sekarang kebanyakkan orang yang bekerja di kilang tidak dapat menaikkan taraf hidup mereka? Bagi aku mungkin kerana dari rezeki yang tidak berkat. Bukan aku nak menuding jari menyalahkan semua orang yang kerja makan gaji.ada juga orang yang makan gaji dapat hidup senang. Aku juga bercakap bukan khusus untuk orang yang bekerja sahaja. Kerana golongan yang masih belajar juga kena tahu pasal perkara ni sebab ini berkaitan dengan rezeki, dari segi ilmu, ilmu tu rezeki jugak kan? Juga persoalan tentang mengapa ramai pelajar tak boleh nak focus kat study, atau mengapa ramai graduan tak dapat kerja terjawab kat sini (Mungkin, InsyaAllah).
Kunci utama keberkatan dalam semua amalan ialah solat. Bukan aku nak cakap yang aku nie cukup sempurna solat sangat. Kadang – kadang ada juga yang terlepas dan terpaksa Qada’ akibat lalai, terpedaya hasutan syaitan dan perkara yang tak dapat dielakkan. Tapi bagi aku itulah kunci utama. Kita dah pernah mendengar “Jika sempurna solatnya, maka sempurnalah segala amalannya”. (sila rujuk sumber yang lebih dipercayai) Ayat tu dah cukup nak beritahu betapa pentingnya solat. Tetapi betulkah kita dah sempurnakan solat kita? soalan yang patut aku tanya kepada diri aku sendiri dulu sebelum aku pas kan kat korang semua. Seringkali aku tertanya – Tanya, dah sempurnakah solat aku? aku rasa tidak. Adakah kerana perasaan was –was yang menebal yang berpunca dari hasutan syaitan membuatkan aku merasakan solat aku tidak sempurna? Aku sendiri tak tahu jawapannya. Berbalik kepada topik, aku bukan nak cerita pasal solat. Tetapi pasal berkat.
Aku nak fokus kat pelajar sahaja buat masa nie. Sebab kalau nak focus kat kerjaya nanti aku rasa terlalu panjang untuk aku tulis. Apa yang aku tulis belum tentu berguna. (korang nilai sendiri). Ok, Kita sering mengeluh dan bertanya kenapa banyak pelajaran dan ilmu yang kita pelajari hampir semua tak lekat kat otak kita, kan? tapi pernah tak kita tanya pada diri sendiri pernah tak kita amalkan apa yang sepatutnya kita buat sebagai seorang pelajar? Pernah tak kita baca doa sebelum nak pergi ke kelas? Pernah tak kita baca doa penerang hati? Atau pernah tak kita belajar dulu sebelum waktu kuliah? (Soalan yang aku patut tanya kat diri aku sendiri dulu). Itu baru soal amalan sebelum mula kelas atau kuliah. Bab selepas kelas pulak apa cerita? Pernah tak kita berterima kasih kat cikgu/pensyarah kita setiap kali lepas beliau ajar kita? Pernah tak kita minta maaf atas apa yang kita buat sepanjang beliau tengah mengajar walaupun kita tahu kita tak buat apa – apa yang salah? Selalu tak kita jumpa pensyarah sehingga pensyarah kenal kita dan berdoa untuk kejayaan sambil menyebut nama kita? (Aku cakap macam ni sebab aku tak rasa yang pensyarah macam cikgu, pensyarah jarang ingat nama semua pelajar yang dia ajar, ini pulak mendoakan pelajarnya, yang dia orang tahu kita kena buat apa yang dia orang suruh, betulkan aku kalau aku salah) Pernah tak kita ulang balik apa yang kita pelajari masa kat kelas tadi? Ini tidak, sibuk habiskan masa main game, tengok movie, “internet” (Yang nie aku tak lepas), memekak kat tingkap, bergossip. Itu belum masuk lagi soal gossip kat luar kelas, gossip kat dalam asrama/kolej kediaman.
Aku sering mendengar rakan – rakan seperjuanganku bercerita tentang keburukan tentang pensyarah kat Uni aku. (walaupun aku tahu itu bukan perkara buruk tetapi lebih kepada cara pensyarah aku nak mengajar, Cuma dia orang yang tak dapat ikut rentak). Aku juga tidak terlepas untuk sama – sama menuai dosa percuma dengan join dia orang bergossip. Untuk pengetahuan korang, orang lelaki kurang minat bergossip tapi kalau dah start, lagi dahsyat dari perempuan. (Pada pandangan mata kasar aku). Oh, kalau setakat meluahkan perasaan aku tak kisah. Tetapi yang buat aku tak sedap hati bila dia orang mula meluahkan kata- kata yang tidak sepatutnya diluahkan oleh seorang melayu atau lebih tepat, Muslim. (Mungkin kerana mereka berasal dari persekitaran yang agak kebaratan). Aku sedar perkara itu tidak sepatutnya berlaku, namun nafsu untuk menuai dosa hasil dari mengumpat lebih kuat pada waktu itu. Lalu aku pun tewas. (Aku pernah meluahkan perasaan aku tentang kata - kata kesat nie kat post yang lepas : The Fault Word) Akibatnya, tak perlu aku cerita. Perkara biasa yang kebanyakkan pelajar alami iaitu susah nak catch up syllabus. (Sem ni aku rasa paling ketara) . Mungkin ada diantara korang yang tak rasa sangat effect nya bila korang mengata orang yang mengajar korang. Mungkin sebab dah biasa dapat markah rendah (kepada yang terasa , bukan nak mengutuk). Atau korang belum ada rezeki untuk dapat peringatan dari Allah SWT. Tapi bagi aku, aku memang rasa dan tak suka sangat bila markah aku makin hari makin merudum. Aku pernah terfikir, sewaktu di bangku sekolah, perkara macam nie kurang terjadi. Malah aku lagi suka belajar di sekolah kerana aku lebih faham apa yang diajar dan tak pernah rasa terbeban dengan apa yang aku pelajari. Dulu aku paling minat dengan subjek math dan fizik. Orang cakap subjek tu killer (Orang cakap la) tapi aku layan jer, tak study hard pun aku boleh faham (aku tak bangga diri ok, jangan tuduh aku macam tu, ada orang lain lagi hebat dari aku). Tapi bila aku masuk Uni, seringkali aku pening – pening sebab fikir macam mana nak faham apa yang aku belajar. Aku mula berfikir balik. Betul ke cara yang aku guna untuk belajar? Sama tak macam aku belajar kat sekolah dulu? Memang la betul orang cakap hidup kat Uni nie lain. Tak macam kat sekolah, semua kena buat sendiri,berdikari. Tapi bagi aku tak lah jauh beza sangat. Lebih kurang sama je. Tapi kenapa aku boleh terkial –kial nak catch up apa yang aku pelajari? Baru aku perasan yang kat Uni nie, aku banyak buat perkara yang tak sepatutnya. Paling utama, bergossip. Tapi kebiasaannya “kesedaran” itu baru nak muncul bila saat – saat akhir sem dan nak final. So, apa yang aku pelajari semua tu tak ada berkat la.
Ini sebagai iktibar kepada aku dan juga kepada sesiapa yang nak. Korang semua pun tak ada seorang yang perfect. Cuma korang tak luahkan je. Tapi korang sekali lagi aku nak kena ingatkan :
Be careful and Be honest EVERYDAY, because you never know who is watching your action.
p/s : korang rasa dengan bercerita tentang pengalaman aku nie, adakah ia tindakan yang bodoh?

2 ulasan:
berkongsi pengalaman bukanlah perkara bodoh..
tak salah berkonsi pengalaman bukan
kalau ia memberi pengajaran pada kita..
apa yg kamu tulis tu ada benarnya coz itulah kehidupan pelajar di kampus..
thanks,
betul tu,
tapi kita je yang tak perasan kan?
sebab dah biasa....
Catat Ulasan