Selasa, 8 September 2009

Bila Dah Web Addict

Bila dah web addict, semua serba tak tentu hala. Mana tak nya, hampir 24 jam asyik melanguk depan laptop. Dari pagi bawak ke petang, dari petang sampai ke malam lepas tu bawak ke pagi balik. Last – last satu apa pun tak jalan. Nak kata singgah blog orang, setakat satu dua je. Nak kata cek portal, haram sekali dua kali dan tiga kali. Nak kata update profle kat laman sosial, lagi la kejadah nya, tak update pun.

Bila fikir balik aku rasa sangat- sangat bersalah bila asyik mengadap laptop jek. Dah la tugas lain terabai, kerja pulak banyak tak siap. Tu belum masuk lagi bab tutorial, revision, research, argghh, (Kritik diri sedang berada di tahap yang tinggi sekarang)

Tapi bila muka dah depan skrin, bila punggung dah atas kerusi, habis semua awareness. Tangan tak reti nak lepas dari mouse, keyboard. Mata pulak tak nak kelip – kelip bila dah nampak dunia yang luas tanpa sempadan.

Oh aduhai, apa nak jadi dengan aku nie. bila line internet kat rumah sendiri tak ada, sibuk cari PC orang lain, tapi bila orang lain nak pinjam PC aku. pergh, kedekut nak mamfus. Tapi, ok la, at least sekarang baru aku sedar betapa ikhlasnya kawan – kawan aku bila aku tumpang internet dorang. Thanks you all.

Mesti dorang terfikir atau tersejenak terbayang. Ye la, bila aku time tak ada internet sibuk singgah rumah dorang, tapi bila dah ada internet, nak singgah pun susah, tiga hari sekali pun payah, tu pun kalau ada tugasan jek.

Dah la tu, sekarang nie aku dah mula nampak kawan – kawan aku mula nak pertikaikan keupayaan aku. apa boleh buat, dah memang dorang tu power dan aku nie slow learner. Aku dah biasa di “Under Estimate” kan. Memang rugi la kalau siapa yang kawan dengan aku. Aku tak heran sangat kalau dorang tak suka aku wujud asalkan at least aku hidup bahagia dengan dunia aku sendiri dan aku tak susahkan dorang. Walaupun ada certain perkara yang buat aku tak dapat elak dari minta pertolongan dari korang. Bukan aku sukarela ok, tapi terpaksa. Jangan ingat aku tak hargai apa yang korang buat dan bagi kat aku. Kalau la aku ada apa yang sepatutya aku ada, aku tak kan nak minta tolong dari korang macam pengemis tau. Tapi hakikatnya aku tak mampu nak ada semua tu. Apa punya kawan la aku nie. Hopeless, minta maaf kawan – kawan.

Although aku kena perkara teruk macam tu, aku sedar yang aku boleh nampak satu perkara. Aku nampak siapa sebenarnya kawan dan siapa bukan. Yang paling teruk, aku jugak nampak siapa lawan.

Tapi benda yang paling aku bimbangkan sekarang ialah akademik aku nie. makin hari makin teruk. Ish ish ish. Aku tak nak jatuh lagi pointer sem nie. harap – harap tak turun la pointer sem nie.

Sekarang nie hanya Dia sahaja yang boleh tolong aku.





frensicksignature

2 ulasan:

Lyla Ibrahim berkata...

i'm a web addict....
dok dpn laptop jerk memanjang....
assignment lambat siap...
huhuhu....

time management is important...
final semester exam dah dekat...
takot2....
huhuhu....

SaF_FreNsiCk berkata...

yup, time management tu pntg tp mmbr pun pntg gak, mmbr yg selfish tu mmg mcm parasit...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails